Tuesday, March 1, 2011

Ketua Cawangan Tak Hargai Sayap Sendiri

baru-baru ni satu program perkhemahan telah dia adakan di kawasan reakreasi yang agak terkenal juga. program ini melibatkan para remaja/belia kawasan dan juga dianjurkan oleh gabungan dua peringkat sayap cawangan iaitu pemuda dan puteri cawangan. seperti yang diketahui, dari mula susunan program diusahakan oleh kedua-dua sayap terutamanya oleh salah satu sayap ini iaitu puteri.

tidak pasti di mana silapnya, maka pada ucapan oleh ketua cawangan berkenaan tidak menyebut langsung barisan puteri yang terlibat dalam usaha untuk menjayakan program tersebut. walhal dalam usaha untuk mendapatkan dana juga barisan ajk puteri dan beberapa ajk pemuda yang bersungguh-sungguh menyiapkan kertas kerja dan berjumpa dengan pemimpin atas bahagian. namun apabila ketua puteri berkenaan mempertikaikan perkara tersebut dan mengutarakan kepada ketua cawangan, ketua cawangan berkenaan tetap mempertahankan yang program tersebut adalah usaha barisan pemuda cawangan berkenaan serta yang mendapat nama ketua pemuda dan salah seorang ajk pemuda yang langsung tidak berbuat apa-apa di awal perancangan program tersebut.

ketua puteri cawangan tersebut berasa kecil hati dan kecewa dengan sikap ketua cawangan tersebut seolah-olah tidak menghargai langsung serta tidak nampak (sengaja) apa yang telah barisan puteri cawangan tersebut lakukan untuk menjayakan program perkhemahan itu.

sikap ketua cawangan seperti ini seharusnya tidak dicontohi. kalau di dalam cawangan ketua ini tidak menjaga hati ahli-ahli cawangan sendiri, terutama diperingkat remaja tidak kira samada puteri ataupun pemuda dan bersikap 'pilih kasih' maka bayangkanlah jika ketua cawangan ini menjadi pemimpin atasan yang juga 'pilih kasih' hanya memilih orang-orang tertentu sahaja untuk diberi keutamaan. maka ramailah yang kecewa dan akan berpaling pada yang lain. perkara seumpama ini pernah berlaku sebenarnya kepada ketua cawangan ini tetapi nampaknya beliau tidak berasa serik malah bangga dengan apa yang dia lakukan iaitu sikap 'pilih kasih'.

walaupun berpelajaran tinggi tetapi jika sikap meninggi diri sangat kuat, tak akan kemana pun. sia-sia saja lah kalau nak laungkan slogan budi bahasa budaya kita dan juga sikap tak mengenang budi umpama kacang lupakan kulit.

...berterima kasihlah walaupun budi sebesar kuman...

3 comments:

Anonymous said...

kasik jatuh itu ketua cawangan :)

RockY-MY said...

ada jugak ketua cawangan yang perangai seburuk itu

belimbing bintang said...

sememang nya ada bermacam2 perangai ketua cawangan ni... cuma kebanyakkannya belum didedahkan je...