Saturday, August 4, 2012

Majlis Penyampaian Waran Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN Bagi Kawasan Parlimen Ampang.

4 Ogos 2012 : BN/UMNO bahagian ampang (biro pendidikan) dengan kerjasama PTPTN telah mengadakan Majlis Penyampaian Waran Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN kepada pelajar bagi kawasan Parlimen Ampang. majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Ismail Kijo, penyelaras parlimen ampang dan seterusnya menyampaikan waran tersebut kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih. seramai 200 lebih pelajar telah menerima waran tersebut. dalam ucapan yang disampaikan, Dato' Ismail telah berpesan kepada pelajar-pelajar agar belajar dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang berjaya dengan cemerlang serta dapat menjadi orang berguna dan dapat membantu membangunkan negara.







No comments: