Thursday, July 26, 2012

PM Buka Puasa Bersama Rakyat Selangor.


25 julai 2012 : majlis iftar dan tarawikh - 'Mengimarahkan Ramadhan Berasma PM' bersama para penduduk di parlimen ampang dan pandan sempena sambutan bulan Ramadhan 1433H. majlis ini disambut meriah oleh penduduk setempat. anggaran kehadiran seramai lebih kurang 3000 orang.

bergambar kenangan dengan AJK masjid Al-Mustaqim taman nirwana ampang.
mendengar taklimat pembinaan masjid Al-Mustaqim taman nirwana ampang.
PM melawat bangunan Masjid Al-Mustaqim yang sedang dibina. sebanyak RM2J peruntukan telah diluluskan bagi pembinaan masjid ini. pembinaan masjid ini juga sebenarnya tergendala buat seketika kerana peruntukan sebenar yang dijanjikan oleh kerajaan selangor nampaknya tidak menjadi kenyataan. untungnya ada PM yang prihatin terhadap keperluan rakyat selangor ini. dengan pemberian peruntukan masjid ini  dapat diteruskan dan masyarakat setempat dapat menjalankan ibadah dengan selesa.

penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, warga emas dan OKU.
DS Rosmah turut sama memeriahkan majlis.
adik-adik tahfiz juga dijemput hadir.
penyampaian peruntukan bagi pembinaan masjid Al-Mustaqim taman nirwana ampang.
penyampaian sumbangan untuk semua masjid & surau dalam negeri selangor.
penyampaian sumbangan untuk semua masjid & surau dalam  parlimen ampang.



sebahagian penduduk ampang dan pandan tidak ketinggalan bersama berbuka puasa bersama  Perdana Menteri.                            
PM juga sempat mengumumkan bonus gaji setengah bulan iaitu minimum RM500 dan bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. 

selesai berbuka puasa PM menunaikan solat jemaah Maghrib bersama penduduk  di surau Al-Islamiyah taman nirwana dan selepas itu PM bersama penduduk menunaikan solat Isya' dan Tarawikh di surau taman angsana hilir, pandan.

kagum dengan PM kita ni, walaupun bermacam tohmahan, fitnah, tuduhan, kejian dan sebagainya, beliau tidak jemu untuk membantu rakyat. bukti pemimpin yang bukan sekadar berjanji atau bercakap kosong tetapi janji ditepati.


rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

No comments: