Sunday, July 22, 2012

Ambil alih SYABAS! Khalid Gagap Hero Hancing!!!

MB: Selangor akan ambil alih pentadbiran SYABAS

SHAH ALAM, 16 Julai — Kerajaan negeri Selangor mengambil alih pentadbiran SYABAS, syarikat pembekal air di negeri itu, kata Tan Sri Khalid Ibrahim tengahari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata, masalah kekurangan air tidak seharusnya berlaku dan kerajaan negeri meragui tentang cadangan catuan air oleh SYABAS kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah tidak dimaklumkan.

Kerajaan negeri juga meminta Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS, dan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi meminta SYABAS untuk memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa. selanjutnya. sumber MI.


khalid gagap mahu jadi hero kot!!! kononnya mahu 'menyelamatkan' krisis air selangor dengan mengambil alih syarikat bekalan air selangor (SYABAS). 

kalau ye pun khalid gagap ni nak jadi hero biar la beri manfaat pada rakyat selangor. ini tidak...sendiri dah bau 'hancing'  lagi nak suruh rakyat mandi air lombong yang tak dirawat. air busuk yang dihadiahkan kepada rakyat. 
  
jika betul kerajaan selangor ni profesional tak perlu la nak ambil alih SYABAS. sepatutnya kerajaan selangor membantu bukannya merampas pentadbiran syarikat air ini. 

SYABAS yang mempunyai pengalaman luas dalam bidangnya mesti ada cara jalan penyelesaian terhadap krisis air ini jika pihak kerajaan selangor memberi ruang dan tidak mengganggu kerja-kerja yang dijalankan.

jika cadangan projek langat 2 boleh menyelesaikan krisis air ini, apa salahnya iannya diluluskan. suara dan pendapat rakyat yang harus didahulukan bukan keputusan kerajaan selangor sahaja yang diguna pakai. 

semenjak dari dulu lagi SYABAS telah menjalankan kewajipan terhadap membekalkan air bersih dalam negeri selangor. sehinggalah pemberian air percuma yang diberikan oleh kerajaan selangor yang kononnya untuk menunaikan janji dalam menifesto PR dalam PRU12 yang lalu sedikit sebanyak memberi impak kerana ianya tidak dikaji sedalamnya sebelum dilaksanakan. akibatnya juga SYABAS menanggung kos air yang tidak dibayar oleh kerajaan selangor.

apa yang kelihatan sebenarnya menisfesto PR dalam PRU12 itu cuma gimik yang tidak dikaji sedalamnya/terperinci untuk menarik pengundi kerna mereka tidak menyangka akan menang.

bila kerajaan selangor jatuh ke tangan PR, inilah jadinya seolah seperti kerajaan yang tidak tersusun dari segi pentadbirannya. macam mana nak membantu rakyat jika pentadbiran kerajaan dibuat secara carca marba?

adegan merampas/menjual aset negeri selangor semakin menjadi dan ini amat mengganggu dan menyusahkan rakyat sebenarnya. apa sbenarnya yang terjadi terhadap dana/simpanan yang banyak yang ditinggalkan oleh kerajaan selangor yang diterajui BN dahulu? kenapa dana ini semakin berkurangan malah tidak bertambah (kalau bertambah pun mungkin ianya hasil jualan dari aset tertentu negeri).

adakah ini yang rakyat mahukan? ternyata apa yanag kerajaan selangor ini buat kebanyakannya tanpa restu dari rakyat selangor sebenarnya. mereka tidak mendengar pun keseluruhan suara rakyat di selangor, tak kiralah dari fahaman politik mana pun tetapi mereka adalah tetap rakyat selangor. tak gitu?

No comments: