Tuesday, July 31, 2012

PANAS !!! PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada !


Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.   

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.  Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.  

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.  

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.  Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini. 

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.   

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.  

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu.  Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.   Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’.  Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.   Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.  

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.  

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.  

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.  

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini.  Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.  Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan  hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu: 

1.      ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun, 

2.      ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta 

3.      ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.   

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.  

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.   Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.    

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.  Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya. 

beruang biru

Monday, July 30, 2012

Isu Catuan Air Gimik Politik, Kata Elizaberth Wong.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong
SHAH ALAM -  Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor.
 
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pula menjadi alat Umno untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2.


---------

itu lah dia puak PR ni, semuanya nak dikaitkan dengan politik. krisis air di selangor ni pun dia orang nak salahkan UMNO/BN jugak. eli wong kata kerajaan pusat menghalang usaha kerajaan selangor (projek mitigasi air bernilai RM225J) dan menuduh pula kerajaan pusat lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan UMNO dan bukannya melindungi rakyat. wah! siapa yang tak melindungi rakyat sebenarnya nih?

hiasan
kalau betul kerajaan selangor prihatin terhadap rakyat, seharusnya projek langat 2 diteruskan segera tanpa apa-apa prasangka dan tidak dipolitikan. bukankah kerajaan pusat dah bagi tau, perlaksanaan projek langat 2 dibuat secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan dan mengalu-alukan anak-anak syarikat kerajaan selangor untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan.

dek kerana kedegilan kerajaan selangor ini dan nak menunjuk sebagai hero, rakyat yang jadi mangsa sebenarnya. masalah sekarang ni bukan nak nama atau gimik PRU13 atau apa pun. sekarang adalah kepentingan kepada rakyat selangor dan berhampiran kerana air adalah satu perkara 'wajib' bagi semua manusia. termasuk juga industri-industri yang bergantung sepenuhnya pada air. 

malu la wei! selangor yang dulu merupakan antara negeri yang kaya tetapi sekarang dah jatuh miskin akibat kerakusan puak PR 'menarah' dana dan aset negeri selangor. ini sebenarnya menandakan puak PR tiada perancangan untuk terus kekal di kerajaan selangor. kalau ye, dah tentulah langat 2 diteruskan. demi rakyat kan! amacam?

RENUNGAN.

~Allah Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah seterusnya perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.~

Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W: "Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". (Al-Bukhari)

Sunday, July 29, 2012

Penyampaian Cek Bantuan Baik Pulih Rumah Mangsa Banjir Di Ampang.

29 julai 2012 : majlis penyampaian cek bantuan baik pulih rumah mangsa banjir bagi kawasan parlimen ampang. mangsa dari dua kawasan banjir iaitu lembah jaya utara dan tasek permai. bantuan baik pulih rumah ini telah diberi oleh kerajaan persekutuan melalui 1MDB dan telah disampaikan oleh penyelaras parlimen ampang, Dato' Ismail Kijo pagi tadi di dewan Dato' Setia Mufti Suib, UMNO Bahagian Ampang. seramai 23 keluarga mangsa banjir menerima bantuan tersebut.





Penyampaian Cek Sumbangan Untuk Surau & Masjid Parlimen Ampang.

29 julai 2012 : majlis penyampaian cek sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan parlimen ampang. cek sumbangan telah diberi oleh kerajaan persekutuan dah telah disampaikan oleh Dato' Ismail Kijo, penyelaras parlimen ampang kepada nazir-nazir masjid dan pengerusi-pengerusi surau di kawasan parlimen ampang.








Saturday, July 28, 2012

RAKYAT DERITA AKIBAT PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA ISU AIR


Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda  menjelang tahun 2014. Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya. Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat. Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019. 

Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.

Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.

Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor.
Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.

Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta.  Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang?

Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.

Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah  kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas. Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.

Kedudukan sebenarnya adalah begini - kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan  di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Fungsi utama Syabas hanyalah
sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.

Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN. Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat. 

Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.

Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat  Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014. Untuk menyelamatkan keadaan, kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas.

Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air.

Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus. Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.

Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan. Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagimemastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan. 

Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air. Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2? Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang. Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang. 

Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.

Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja!

Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN.
Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan cdilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender.

Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor. Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.

Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat. Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat. Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab:

1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah.

2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk  mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari.

Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor. Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari. 

Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja.
Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.

Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.

Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar pengguna.

Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna.



Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.
Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.

Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.

Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.

beruang biru

Kerja seniman adalah berkarya, tidak kira siapa perintah, Pyanhabib bidas Abby Abadi !


Kerja seniman adalah berkarya, tidak kira siapa perintah, Pyanhabib bidas Abby AbadiKUALA LUMPUR, 26 Julai — Pelakon dan penyajak terkenal, Pyanhabib Rahman (gambar) hari ini membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, kerja seniman atau artis adalah berkarya tanpa perlu menjadi orang kerajaan atau pembangkang.
Pyanhabib yang membintangi filem 'Kembara Seniman Jalanan’ arahan Nasir Jani pada tahun 1980an itu juga menyoal jika PAS tidak memenangi pilihan raya umum (PRU) 13, apakah Abby akan menunggu sehingga pilihan raya seterusnya.
“Kerja seniman adalah berkarya.
“Anda tidak perlu jadi orang kerajaan atau pembangkang sebagai lesen untuk berkarya.
“Jika pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda dapat berkarya?” kata Pyanhabib kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider semalam, Abby Abadi berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alihtampuk pemerintahan negara.
Sementara itu, penyanyi Folk Meor Yusof Aziddin merasakan bahawa Abby Abadi sedang berada dalam keadaan ‘culture shock’ atau kejutan budaya kerana baru beralih arah.
“Abby ini bagi saya rasa dia masih ‘terkejut’ sebab baru beralih musim.
“Kebanyakan artis yang berhijrah dari parti kerajaan kepada pembangkang mereka baru merasakan suasana baru. 
“Itu bagi saya hanya faktor musim, Islam adalah agama untuk semua. PAS sembahyang 5 kali sehari, Umno pun begitu juga dan bagi saya tak perlu berhijrah ke mana-mana  pun kalau setakat nak jadi seorang yang Islamik,” kata Meor.
Tambah penyanyi Folk yang telah menerbitkan sepuluh buah album secara independen itu, kenyataan Abby memperlihatkan yang pelakon tersebut masih lagi dalam keadaan belum matang.
“Jadi bila masuk ke suasana yang baru rasa seronok itu ada, mungkin berlebihan.
“Jadi kenyataan (Abby) yang keluar pun kenyataan yang pra-matang, saya setuju dengan pendapat Zunar,” katanya lagi.
Sementara itu, kartunis Ronasina atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli merasakan Abby Abadi terkeliru diantara Islam dan Arab.
“Islam dan Arab adalah dua perkara berbeza. Islam sesuai untuk apa juga bangsa, tidak perlu menjadi Arab atau dalam konteks seni Islamik.
“Nusrat Fateh Ali Khan menghasilkan karya seni kerohaniaan melalui ‘qawalli’ kerana ia dekat dengan masyarakatnya. 
“Begitu juga dengan Sunan Kalijaga yang menyerapkan Islam di dalam seni wayang kulit dan permainan kanak-kanakyang sebati di dalam masyarakat Jawa – Hindu pada ketika itu,” kata Ronasina lagi. 
MI

Friday, July 27, 2012

Isu Air : Kenapa Ada Pemimpin PR Yang Mengong?

ronnie liu tunjuk air empangan tak kering
semakin lama semakin teserlah kebodohan pemimpin PR terutama di selangor ni. tentang isu bekalan air di selangor, yang mana semua pemimpin PR mengatakan tiada masalah kekurangan bekalan air di selangor kerana air di empangan melimpah-limpah. hadoiii... apa ke mengong dia orang ni kan... sebabnya sekarang ni masalah yang dihadapi adalah loji penapis/merawat air tidak dapat menampung pengeluaran tinggi air yang dirawat bukan bekalan air banyak atau sikit. 

memang la air di empangan melimpah tiap kali hujan turun. air sungai pun ada  tapi adakah semua air tu nak terus digunakan dan disalurkan ke kediaman tanpa dirawat terlebih dahulu? tu la sebabnya kena tambah loji penapis/merawat  air. projek langat 2 tu mungkin adalah yang terbaik untuk rakyat selangor. yang penting sekarang ni air bersih yang sudah dirawat.

disebabkan kecetekan pengalaman mentadbir kerajaan, pemimpin PR buat kerja carca-marba je. bukan nak buat kajian terlebih dahulu. sampaikan syarikat bekalan air selangor (SYABAS) yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun menyelia dan membekal air yang terawat nak diterjah oleh kerajaan selangor PR nih.

makin lama makin ntah apa-apa la yang dibuat oleh mereka ni. yang dapat susah, rakyat selangor!

Populariti Najib, BN Terus Meningkat !!!



Kajiselidik berkenaan populariti pemimpin dan parti politik yang diadakan oleh UKM menunjukkan petanda yang baik buat Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.  Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa populariti Dato’ Seri Najib meningkat sehingga 76% mengatasi dua pemimpin pembangkang iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.

Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%.

Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13, 37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah.

Dalam pada itu, populariti pemimpin dan parti pembangkang semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan  55% responden di menyatakan tidak yakin dengan PR serta ragu-ragu dengan agenda PR yang banyak merugikan kaum Melayu.

Begitu juga dengan kepimpinan Azizan Razak di Kedah di mana daripada 10,800 responden, 68% daripadanya menyatakan yang beliau tidak cekap dan tidak efisien manakala 72.8% menyatakan yang beliau kurang prihatin dengan isu yang dibangkitkan rakyat.

Selain itu, kajiselidik oleh Free-Test Malaysia Team yang dihantar melalui e.mail mengenai "Undi Anda: Perdana Menteri Malaysia" menunjukkan Najib mendapat 58% sokongan, 25% tidak peduli dan hanya 17% yang memilih Anwar Ibrahim.

Perkembangan ini menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat dengan konsisten sejak mula memegang tampuk kuasa.  Ini berdasarkan kajian oleh UIA dalam tempoh Mac 2008 hingga Julai 2011 di mana pada Oktober 2008, 35% responden Melayu, 33% Cina dan 41% India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59%, 45% dan 62%.

Kajian UIA itu juga mendapati populariti pemimpin-pemimpin pembangkang terus menurun sebelum menjunam terus pada tahun ini sepertimana dapatan dari kajiselidik UKM di atas.

Peningkatan populariti Najib dan BN ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya dan kesannya dapat dirasakan secara langsung oleh rakyat.  Najib ternyata bukan hanya beretorik tetapi langsung tidak membuang masa menyusun dan merangka pelan pentadbiran serta pantas mengambil tindakan untuk membuat perubahan.

Ini menyebabkan, kebanyakan rakyat yang pada mulanya agak ragu-ragu yang beliau akan dapat ‘memulihkan’ semula keadaan BN yang ‘sakit’ ketika mula-mula mengambil-alih kuasa, semakin hari semakin yakin dengan kepimpinannya.  Hari ini, nampaknya rakyat telah bersedia untuk meletakkan harapan dan kepercayaan kepada BN dan Najib untuk menerajui nasib dan masa depan negara.

Walaupun kecekapan, kejujuran dan kebijaksanaan mengurus-tadbir merupakan faktor utama yang menyebabkan populariti BN meningkat dengan konsisten, tetapi kita tidak wajar menafikan peranan pembangkang dalam membantu melonjakkan lagi geraf populariti ini.

beruang biru