Friday, June 29, 2012

Api Reformasi Di Indonesia Sudah Menyala Di Malaysia?



Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.


Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.



Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.



Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok - beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).



Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.



Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.



Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.


baca selanjutnya di sini.


reformasi_ganas1998-1 reformasi_ganas1998-2

Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia?

No comments: