Thursday, June 7, 2012

Akibat Terlalu Sibuk Bekerja Perkara Penting Pun Diabaikan!

kisahnya seorang wanita Indonesia ni. anaknya yang lahir kat Malaysia dihantar pulang ke kampungnya di Indonesia ketika umur anak itu 5 bulan kerana tiada orang yang jagakan, ketika itu juga wanita tersebut dalam proses becerai. dengan tak disangka paspot Malaysia anaknya tu hilang, dan dia tak buat repot apa-apa pun di Kedutaan Malaysia di Indonesia. sampai masa anak itu nak dibawa pulang balik ke Malaysia, dibuatkannya paspot Indonesia. itu perististiwa 15 tahun yang lalu. 

dan sekarang anaknya itu nak duduki peperiksaan PMR tetapi tiada kad pengenalan, dokumen yang ada cuma sijil kelahiran Malaysia dan proses permohonan untuk buat kad pengenalannya disekat kerana ada rekod dia menggunakan paspot Indonesia. dia dapat masuk sekolah pun setelah mendapat surat kebenaran dari pejabat pelajaran daerah. 

bila ditanya kenapa setelah 15 tahun dan anak nak ambil peperiksaan baru nak buat semua, jawabnya, dia sibuk bekerja dan tak terfikir pun tentang perkara ini. ada tak ada dia kena juga laporkan kehilangan paspot Malaysia anaknya itu. 

jika tidak, ada kemungkin terpaksa lalui prosedur seperti pendatang juga. kena mohon permit masuk, lepas tu baru boleh mohon taraf penduduk tetap dan seterusnya mohon taraf warganegara (kalau tak silap la). prosesnya juga memakan masa. 

akibat terlampau sangat bekerja mencari pendapatan, urusan tentang anak sampai terabai dan anak yang jadi mangsa, sampai terganggu proses pembelajaran.  

walaupun macam mana sibuknya bekerja hal kekeluargaan jangan diambil ringan hingga terabai. tak kira bangsa apa pun, kaum mana pun kena ambil berat. anak adalah amanah yang perlu dijaga dan dibimbing.

kes-kes seperti ini memang banyak berlaku, ada juga yanag sampai dah berkahwin pun tapi tidak mempuyai kad pengenalan. walaupun lahir di Malaysia tetapi kelahiran tidak direkodkan/didaftarkan dan saksi penting bukan dikalangan warganegara Malaysia dan mengambil masa yang terlalu lama untuk sedar akan kesilapan/kelalaian tentang dokumen/pengenalan diri.

apa pun cerita ini sebagai contoh dan pengajaran, kerana bukan sahaja warga asing malah warga tempatan pun ada juga kes sebegini.

~belimbingbintang

No comments: