citer ni dapat dari penghuni di pangsapuri seri nilam, bandar baru ampang, semasa BB ikut dari rumah ke rumah bagi penyampaian sumbangan dari puteri bahagian ampang semasa bulan Ramadhan yang lalu.
rupanya puak PKR ni nak tolong/bantu orang pun bukannya bantu pada yang memerlukan. sepatutnya bantu biarlah pada yang betul susah. ini tidak, ibu tunggal yang mewah pun mereka bagi jugak, dah pulak tu drebar ibu tunggal tu yang datang ambilkan bantuan tu. mereka kata tak kira asalkan bergelar ibu tunggal dia bagi. wahhh... yang mewah bertambah mewahlah. lepas tu pulak mana yang sokong PKR je mereka bantu. ni macamana ni? kata nak bantu rakyat susah. kalau nak bantu rakyat kenalah tolak tepi fahaman politik. sekarang dah jadi pemerintah negeri selangor bukan pembangkang. dahlah janji-janji PRU12 semuanya tak tertunai.
tapi apa yang BB nampak masih ramai yang datang minta bantuan melalui UMNO. kadang-kadang kesian jugak la kerana ada bantuan tak dapat nak diberi sebab bajet terhad. apa yang dibuat, salurkan pada JKM atau mana-mana saluran yang berkaitan. memang nampak kebanyakkannya masih percayakan UMNO, tak kira bangsa apa pun tetap datang...
banyak juga cerita yang BB dengar tentang wakil-wakil rakyat (PR) kat Ampang nih. mana yang datang minta bantuan semuanya mereka tolak ke UMNO. itukah cara mereka bantu rakyat?
No comments:
Post a Comment