suatu ketika dulu Lembaga Zakat Selangor (LZS) sangat membantu kepada golongan susah. dulu pegawai yang ditugaskan di LZS cawangan ampang amat memberi kerjasama kepada agensi tertentu dan orang ramai. proses permohonan pun senang tak perlu nak suruh pemohon untuk dapatkan pelbagai surat/cop sokongan cukup dengan tandatangan/cop daripada nazir masjid.
tetapi keadaan sekarang usah berlainan semenjak PR mengambil alih kerajaan selangor. semakin sukar mendapat kerjasama dari LZS ini. malah pemohon disuruh mendapatkan surat/cop sokong sana sini dan proses permohonan mungkin lambat ada yang kecewa kerana tidak mendapat bantuan yang diperlukan. pegawai LZS bertukar, cara permohonan pun tak semudah dulu. adakah pegawai yang dilantik itu pro pada mana-mana parti hinggakan orang tertentu saja yang mendapat bantuan sedangkan ada yang lebih memerlukan tidak dapat bantuan? kalau dulu kerjasama antara LZS dan umno sememangnya baik dari segi membantu orang yang susah tapi sekarang tidak lagi seperti dulu. kalau tak mahu sekali pun berkerjasama dengan umno tapi janganlah menyekat bantuan kepada orang yang memerlukan. tak kiralah dari parti mana pun tugas LZS membantu orang susah. jangan disebabkan pemohon menyokong mana-mana parti, maka bantuan disekat.
LZS kena pandang pemohon itu sebagai seorang yang beragama Islam yang sedang dalam kesusahan. kita sebagai umat Islam wajib membantu orang yang dalam kesusahan walaupun orang itu bukan seorang Islam/Muslim. kesian tengok orang kecewa kerana tidak dapat bantuan dari LZS. kalau dulu program keagamaan (Islam) juga boleh memohon sedikit sumbangan untuk program tersebut (contoh seperti sambutan Maulidur Rasul) terutama dari sekolah-sekolah, kampung-kampung dan sebagainya. tapi sekarang tak tahu pulaklah macam mana prosedurnya. harap pihak atasan LZS memantau seluruh cawangan-cawangannya di Selangor ini.
jika wang zakat tidak disalurkan kepada orang yang memerlukan, ke manakah perginya wang tersebut digunakan?
wallahualambisawab