Thursday, July 7, 2011

Perhimpunan BERSIH tak bawa untung

sumber dari : Berita Harian Online

2011/07/07

RAKYAT pada umumnya mungkin lega apabila Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga membatalkan perhimpunan haram di jalanan pada 9 Julai ini di ibu kota. Usaha tegas berterusan pihak keselamatan terutama polis bertindak awal wajar dipuji. Hasil siasatan dan laporan polis, mendedahkan perhimpunan haram itu tidak berniat baik. 

Menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan perhimpunan haram mereka amat menjijikkan. SPR sentiasa membuka peluang kepada pihak tidak puas hati berbincang secara tertib. Sikap degil BERSIH menimbulkan persoalan?BERSIH mungkin didalangi pihak pembangkang atau musuh negara sengaja atau degil tanpa melihat rekod cemerlang SPR melaksanakan pilihan raya sepanjang 50 tahun merdeka. Malaysia antara negara termaju di Asia. Inilah bukti pilihan raya di negara ini berjalan dengan baik kerana berupaya mewujudkan kerajaan yang stabil.Kerajaan yang tidak stabil boleh mengancam masa depan rakyat. Keadaan ini sengaja mahu dicetuskan oleh BERSIH tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhannya yang masih memerlukan bantuan dan keamanan untuk meningkatkan taraf hidup. 

Apakah Ambiga dan konconya tidak memikirkan nasib rakyat miskin dan susah di ibu kota dan di luar bandar? Akibat perhimpunan haram boleh bertukar ganas kerana kebencian yang dikobarkan akan merebak menjadi pergaduhan dan dendam. Bukan semua rakyat di Malaysia senang lenang. 

Dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong supaya BERSIH membatalkan perhimpunan haram di jalanan itu barulah dia akur. Ambiga sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang kerana mencetuskan keadaan huru-hara. 

Jika akhbar lain boleh diberi surat amaran kerana tulisan mereka didakwa boleh cetuskan huru-hara dan kegelisahan rakyat, kenapa tiada tindakan sama dikenakan kepada Ambiga yang menaja perhimpunan haram BERSIH, pertubuhan haram yang boleh mencetuskan huru-hara? 
Kerajaan tidak boleh dilihat mengambil tindakan double standard dalam hal keselamatan dan ketenteraman awam. Ambiga wajar dikenakan tindakan tegas seperti diberi surat amaran dan sebagainya. 

Saya tidak nampak keuntungan kepada negara hasil perhimpunan haram BERSIH ini meskipun diadakan di stadium. Ia seperti menghina Parlimen sebagai tempat paling cocok membuat pindaan akta dan sebagainya. 

CHEREDZA, 
Pekan Sik, Kedah.
 



-----------------------------
Kalau Yang di-Pertuan Agong dah bertitah takan mereka tak faham-faham lagi. mahukan kerajaan penuhi tuntutan mereka hinggakan menggangu gugat kesejahteraan rakyat yang lain. rakyat yang menyokong bersih tu adalah rakyat yang menyusahkan ramai rakyat lain semata-mata kerana kepenting seseorang yang langsung tak ambil hal akan rakyat sebenarnya. ~BB~

No comments: