Monday, July 18, 2011

Duit sumbangan untuk Surau dipertikaikan


Surau di kawasan pangsapuri PKNS taman dagang ampang telah menerima sumbangan daripada ADUN Bukit Antarabangsa (PKR) sebanyak RM5,000 pada tahun 2010 untuk perbelanjaan sepanjang bulan Ramadhan.

Ada seorang warga emas yang selalu ke surau tersebut telah memberitahu bahawa ahli-ahli PKR di kawasan pangsapuri tersebut bertanya tentang perbelanjaan wang berkenaan. Sebab utama mereka mempertikaikan perbelanjaan surau berkenaan mungkin kerana terdapat ahli jawatankuasa surau tu pro kerajaan pusat.

Cuba fikir,  sudah tentulah wang sumbangan itu dimanfaatkan untuk bulan Ramadhan, kalau berlebih pun ianya juga untuk kegunaan surau seperti menjelaskan bayaran air, elektrik dan sebagainya. Sumbangan tu diberi pada Ramadhan tahun 2010 dan sekarang nak dekat Ramadhan tahun 2011, tiba-tiba pulak mereka pertikaiannya pula. Apa tujuan mereka buat begitu ye? 

Sepatutnya mereka tak perlu pertikaikan wang sumbangan tersebut, tapi mereka perlu menambah apa yang kurang sebenarnya.

No comments: