Tuesday, February 28, 2017

MUHYIDIN MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

_28 FEB 2017 | 01 JAMADILAKHIR 1438H_ *KENYATAAN MEDIA* *Ab Aziz Kaprawi* _Ahli Majlis Tertinggi UMNO_ _Ketua Bahagian UMNO Sri Gading_ *MUHYIDDIN MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI* 1. Saya menyifatkan warkah terbuka Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu tindakan yang telah mengiyakan titah Tuanku Sultan Johor bahawa Muhyiddin adalah seorang yang angkuh dan sombong. 2. Teguran tersebut langsung tidak mahu dipandang secara serius oleh Muhyiddin malahan, warkah ini dilihat seolah-olah mahu mencabar pihak istana. 3. Muhyiddin tidak perlu menjelaskan jasa-jasa yang telah beliau lakukan sewaktu berkhidmat dahulu kerana jelas yang membolehkan beliau melakukan khidmat bakti tersebut adalah kerana bernaung di bawah panji UMNO dan Barisan Nasional. 4. Ini terbukti apabila dilihat statistik Insiden Kemiskinan mengikut negeri daripada 1970 sehingga 2016 yang mana sebelum dan selepas Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, nilai tersebut tetap berkurangan saban tahun dan kini, di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak, seluruh negara mencatatkan insiden kemiskinan di bawah 1.0% 5. Malahan, ekonomi negeri Johor yang kini di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor, Dato' Khaled Nordin, juga terus meningkat maju seiring dengan pertumbuhan negara yang dilihat semakin baik walaupun tanpa Muhyiddin menerajui negeri Johor. 6. Muhyiddin seolah-olah seperti ayam yang berkokok berderai-derai tetapi ekor bergemulangan dengan tahi yang mana beliau cuba sembunyikan dosa-dosa lampau dengan manyatakan jasa-jasa yang telah dilakukan. 7. Saya ingin menyingkap sedikit tentang kegagalan Muhyiddin seperti menguruskan Amanah Saham Johor (ASJ) sehinggakan masih terdapat ramai yang menanggung hutang akibat melakukan pinjaman untuk membeli saham tersebut. 8. Begitu juga dengan keputusan Muhyiddin untuk menukarkan hari cuti negeri Johor daripada hari Jumaat kepada hari Ahad sehingga mendapat bantahan yang luar biasa dari rakyat Johor termasuk dari pihak Istana dan setelah 22 tahun barulah dapat dikembalikan semula. 9. Sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan, beliau juga turut gagal meningkatkan pencapian universiti tempatan di peringkat antarabangsa sehinggakan Lim Kit Siang turut mendesak beliau untuk memberi kenyataan kementerian di Parlimen. 10. Begitu juga dengan projek 1Bestari.Net yang mana PAC sendiri telah mendapati projek ini gagal. 11. Saya tidak mahu membuka lebih banyak pekung Muhyiddin tetapi cukuplah sebagai bukti yang beliau hanya seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. 12. Ini juga termasuk dengan kenyataan beliau yang mengatakan YAB Perdana Menteri melakukan kerosakan dan kemungkaran. 13. Peristiwa bersejarah hari ini juga telah cukup untuk menyangkal dakwaan jahat Muhyiddin apabila Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, mengadakan lawatan ke negara kita serta berjumpa dengan YAB Perdana Menteri. 14. Pertemuan tersebut telah membuahkan hasil apabila Raja Salman bersetuju atas usahasama antara Saudi Aramco dan Petronas untuk memaju dan mengendalikan kilang penapis minyak di bawah projek Rapid Pengerang yang membawa pelaburan sebanyak RM31 Billion dari Saudi Aramco. 15. Selain itu juga, permohonan Malaysia untuk menambahkan lagi kuota haji dan permohonan untuk mengadakan pusat jemaah haji di Mekah dan Madinah juga telah dapat disampaikan kepada Raja Salman dan mendapat respon yang positif. 16. Terdapat pelbagai lagi usaha YAB Perdana Menteri telah lakukan melalui program Transformasi yang telah mendapat hasil yang positif serta memacu negara ke arah kemajuan. 17. Maka, saya ingin bertanya kepada Muhyiddin di mana letaknya kerosakan dan kemungkaran yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri? 18. Janganlah menabur fitnah, bersifat angkuh dan sombong akibat cita-cita politik yang tidak kesampaian. 19. Kita boleh berlainan pendapat tetapi biarlah berpolitik secara matang dan progresif yang akhirnya memberi khidmat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat. *----TAMAT----*

Saturday, February 25, 2017

Perangi Penyebaran Maklumat Palsu Jatuhkan Kerajaan BN - PM Najib PEKAN, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial dan pemimpin terdahulu bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokrasi perlu diperangi habis-habisan.

Beliau berkata ancaman baharu secara serangan minda dan hati menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah amat bahaya kerana ia dilakukan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik tersendiri.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk bangkit mempertahankan negara daripada serangan anasir berkenaan yang boleh menggugat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi ketika ini.

"Mempertahankan negara kita bukan hanya bererti negara diserang dari luar dengan kehadiran bala tentera, tetapi serangan yang lebih berbahaya lagi ialah serangan kepada minda kita dan hati kita.

"Apabila minda kita dan hati kita diserang dengan berita, dakyah dan maklumat palsu serta fitnah atau 'fake news' (berita palsu) yang keluar melalui media sosial atau pemimpin tertentu dengan tujuan jatuhkan sebuah kerajaan, maka inilah ancaman paling bahaya. Maka, kita akan perang habis-habisan," tegas beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Karuak dan Timbalannya Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.

Perdana menteri berkata berikutan penyebaran dakyah palsu, banyak langkah dan tindakan kerajaan untuk kebaikan rakyat telah disalahertikan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

"Sebagai sebuah kerajaan, kita dah buat macam-macam...tetapi apabila ada berita palsu yang cuba selewengkan sesuatu perkara, benda baik pun jadi tidak baik dan kontroversi, umpamanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Beliau berkata ketika kerajaan mencari rakan strategik untuk Proton Holdings Berhad, tindakan itu turut disalahertikan sebagai menjual syarikat berkenaan kepada China sedangkan ia sebenarnya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat bagi menyelamatkan 'periuk nasi' para pekerjanya.

Sementara itu, Najib berkata rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, kaum atau agama wajib mempertahankan kedaulatan dan keamanan yang dikecapi negara.

"Asas kita adalah sama iaitu Malaysia adalah negara sama untuk rakyat biasa, pemimpin tertinggi atau raja... cuba bayangkan kalau kita tidak ada negara seperti etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar tanpa kerakyatan.

"Lihat sahaja di televisyen, saban malam, saban hari bagaimana hidup mereka...bagaikan nyawa di hujung tanduk apabila tidak mempunyai kerakyatan, mereka terpaksa terima apa jua tindakan zalim, dirogol dan dibakar hidup-hidup. "Jadi, apabila kita diberikan kerakyatan maka itulah nilai yang paling berharga.

Sebagai rakyat, kita wajib mempertahankannya sebab inilah negara kita, inilah tempat lahir, tumpah darah dan akan disemadikan suatu hari nanti," katanya. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 dengan johan disandang oleh Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam, Johor.

Tempat kedua dimenangi Komuniti 1Malaysia Felda Keratong 3, Pahang manakala Komuniti 1Malaysia Projek Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kuala Lumpur.

Setiap pemenang menerima geran bernilai di antara RM4,000 hingga RM10,000. -- BERNAMA

Friday, January 27, 2017

KERAJAAN PATUT TUBUHKAN PASUKAN KHAS SIASAT SKANDAL FOREX BNM

Kerajaan Patut Tubuhkan Pasukan Khas Siasat Skandal Forex BNM

Dalam sebulan dua ini, pentas politik negara disajikan dengan "political maneuvers" Mahathir yang pelbagai.

Serang BR1M sebagai rasuah, tuduh Haji 1MDB tidak mabrur, buat U TURN halalkan BR1M, ceraikan PAS talak tiga dan tersasul burukkan Anwar Ibrahim dalam Buletin Utama TV3.

Dari kedudukan offensif , kini Mahathir dan pembangkang terduduk dalam keadaan  defensif. Isu BMF dan "Forex Scandal" datang balik untuk hantui Mahathir.

Tiba tiba muncul isu skandal BMF. Satu waktu dahulu di zaman tiada media sosial pernah dikecohkan hanya di kedai kopi dan ceramah pembangkang sahaja.

Tular dan bisingnya isu itu tidak masuk terus ke setiap telefon bimbit rakyat. Kali ini, BMF itu menjadi tular sekali. Menariknya, rakyat sendiri "investigate" maklumat itu dengan teknologi yang ada sekarang.

Siapa sangka pihak Central Intelligence Agency of America (CIA) akan mendedahkan semua hasil risikan dan dapatan mereka selama 25 tahun untuk tatapan umum.

Dalam pendedahan itu ada pula sebut kisah skandal BMF. Ramai dari rakyat Malaysia yang masih bawah umur pada tahun 1983, tidak tahu langsung apa itu BMF.

Maka riuhlah seluruh negara sekarang membicarakannya. Yang tidak bermaklumat menjadi terkejut, tambah lagi jika mereka adalah golongan pentaksub Mahathir.

Terkini, Tun Mahathir sudah pun menjawab isu itu dari sudut dan versinya sendiri. Seperti biasa jawapan Tun Mahathir tidak disahkan oleh mana mana pihak dan boleh dianggap sebagai jawapan membela diri sahaja semata mata.

Yang pasti ia jawapan dari orang yang sedang tersepit.

Apa yang menarik adalah, skandal berskala mega yang terjadi di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, didapati tiada satu pun siasatan dijalankan oleh pihak ketiga selain dari pihak yang berkepentingan seperti Mahathir sendiri.

Maka apa yang terhasil dari siasatan itu, terhad. Suspek sahaja, tiada siasatan mendalam dan tiada kredibiliti malah boleh dianggap sebagai “ochestrated”.

Mereka mereka yang didakwa dan dikenakan hukuman boleh juga mendakwa mereka sebagai “kambing hitam” yang diugut , takut dan mungkin terpaksa.

Yang disabit kesalahan itu tiada laluan untuk mengadu kepada rakyat bahawa mereka dipaksa dan diarah. Tiada Facebook dan Whatsapp pada zaman itu untuk mengadu. Maka hukuman terhadap mereka boleh dikatakan tidak 100% adil.

Kini sebelum kering lagi disidai isu skandal BMF , muncul pula skandal kerugian dagangan Bank Negara Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir.

Jika ikut "standard" yang Tun Mahathir sendiri cipta , iaitu apa apa terjadi di bawah kerajaan Dato Seri Najib adalah tanggungjawab Najib.

Maka bolehlah didakwa perkara yang sama juga kepada Tun Mahathir atas kerugian dagangan BNM.

Pernah juga diadakan seminar dan forum berkenaan isu ini.  Di mana pembangkang menyatakan wang rakyat dijadikan umpama berjudi di kasino iaitu “Bank Negara Forex Scandal–When Government Becomes Speculator” pada 2 Jun 2012.

Forum itu dihadiri oleh Guan Eng, anak kawan baik Mahathir kini yang mahu dilantiknya sebagai calon TPM.

24 Februari 2013, Roketkini, Lim Kit Siang (kawan baik Mahathir sekarang) pernah menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk siasat kerugian RM30 billion di Bank Negara dan kehilangan hampir RM100 billion ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sama seperti isu BMF, dulu Kit Siang gesa badan siasatan yang sama diwujudkan. Kini Kit Siang sudah "kawtim" dengan Mahathir sebab mahu kuasa dan jawatan TPM. Membisu dan tidak pertikaikan lagi isu BMF dan "Forex Scandal" Bank Negara.

Dalam sebuah tajuk di akhbar, seseorang yang masih hidup dan melalui isu ini di Bank Negara iaitu Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid mendedahkan Bank pusat itu kerugian sejumlah RM10 billion (nilai hari ini 3 kali ganda) .

Jumlah kerugian wang rakyat  yang diperjudikan itu lebih besar dari RM2.6 billion yang dijaja ke hulu dan ke hilir oleh Tun Mahathir.

RM2.6 billion itu bukan kerugian. Ianya hanya wang derma yang dipolitikkan oleh Mahathir. RM2.6 billion dengan 1MDB adalah cerita yang berlainan. RM2.6 billion bukan duit 1MDB, itu duit derma dari Arab Saudi.

Apa yang pelik, dalam isu "Forex Scandal" Bank Negara itu tiada langsung minat untuk mencari pesalah dan menghukumnya dibuat pada zaman Mahathir.

Jawapan yang diberi oleh bekas Gabenor iaitu Allahyarham Jaafar Hussein adalah “Saya Silap”. Itu sahaja dan jumlah yang dikaitkan pula berbeza iaitu RM5.7 billion.

Bermakna isu ini belum betul betul disiasat sehingga hari ini. Mengapa jumlah berbeza datang dari individu yang berbeza - beza? Mana satu yang betul?

Maka jika Tun Mahathir sangat lantang berkenaan isu 1MDB dan RM2.6 billion yang dipilih olehnya untuk menyerang Dato Seri Najib dan kerajaan , maka isu pada zamannya juga perlu disiasat.

Kerugian wang rakyat dalam Forex Scandal perlu dibuka untuk siasatan. Satu badan khas siasatan perlu ditubuh. Saksi  dan keterangan yang bercanggah ini perlu diforensik semula.

Seperti kata Datuk Murad Khalid, mungkin fail dan dokumennya sudah berkulat dan dimakan anai anai, namun keperluan untuk mengetahui apa sebenar terjadi dan ke mana wang itu pergi harus diadakan siasatan.

Selain itu ada juga pihak yang mendakwa , skandal Forex ini sengaja dikatakan sebagai kerugian tetapi sebenarnya wang itu sudah dialihkan ke tempat yang lain.

Maka, ini menjadikan sebab untuk diadakan siasatan bertambah kukuh. Siapa yang arah? Siapa yang ambil? Di mana wang itu disimpan?

Kerajaan tidak boleh berlengah lagi kerana orang seperti Datuk Murad dan Tun Mahathir masih hidup untuk memberi kenyataan dan menjawab soalan - soalan jika diwujudkan badan siasatan berkecuali.

Selama ini kenyataan dari Tun Mahathir lebih kepada “self defence” dan “denial” sahaja. Kini waktu terbaik untuk “establish” apa sebenarnya yang terjadi.

Tukarkan isu "Scandal Forex" ini dari dianggap sebagai kesilapan keputusan pelaburan BNM kepada kes jenayah. Sama  seperti mana Tun Mahathir menjadikan isu perniagaan 1MDB kepada isu jenayah.

Malah , isu isu lain juga seperti Perwaja, MAS, Maminco dan lain lain perlu dibuka semula untuk siasatan kerana banyak keraguan terdapat padanya.

Rakyat hendak tahu yang sebenarnya, siapa yang "curi" duit sampai RM27 billion dari Bank Negara. Badan penyiasat perlu ditubuh segera.

Tulisan :
Beruang Biru
BB250, Jumaat
27 Januari 2017

KIT SIANG YANG DESPERADO

KIT SIANG YANG DESPERADO Oleh Amin Adnan (Mediacomm, Pen Hq) SIKAP Penasihat DAP, Lim Kit Siang, semakin hari makin terserlah dgn angan-angan setinggi langit utk kepingin menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yg dicanangkan oleh Pengerusi ‘U-TURN' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, jika memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 akan datang. Walaupun Kit Siang, 76, menjelaskan partinya mempunyai pendirian berbeza dgn PPBM, tapi pada masa sama beliau bersedia bekerjasama dgn Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, utk menjayakan agenda politiknya dan DAP bagi menghadapi PRU ke-14 . Sebelum itu DAP tidak menyetujui PAS terhadap RUU355, malahan Kit Siang begitu angkuh terhadap usul yg dibentangkan itu di Parlimen. PAS pula sama sekali tidak mahu terjerat dan dikhianati lagi oleh Penasihat DAP itu. Kit Siang semacam sanggup menjilat ludah mengenai yg dibentangkan itu selama ini. Kenakalan Kit Siang itu membuatkannya tergila-gila utk berbaik dgn PAS, kerana semata-mata mahukan kuasa. Sepanjang penglibatannya dalam bidang politik sehingga kini, Kit Siang seolah-olah selalu hendak menyekat perlembagaan negara serta perundangan Islam dan mahu parti politik berasaskan Melayu atau Islam dibubarkan. Kit Siang boleh berubah-ubah watak macam “sesumpah" dgn boleh menjadi Melayu, India, dan boleh memberi umpan berupa kewangan jika ia memberi kelebihan mengundi DAP. Inilah cermin DAP sebenarnya, dan masyarakat harus menolak sepak terajang Kit Siang sekeras-kerasnya. Kesombongan Kit Siang itu terserlah apabila beliau mahu bertanding di tempat lain kerana di kawasan Parlimen Gelang Patah yg dipegangnya skrg, ramai yg tidak menyukainya disebabkan tidak menjaga kebajikan penduduk di parlimen tersebut. Pengundi di kawasan itu sedar sikap belang Kit Siang dan pembangkang yg hanya inginkan kerusi dalam parlimen. Sikap desperado yg memual inilah yg membongkar agenda dan matlamat sebenar Kit Siang yg berhajat memastikan DAP mengetuai Pakatan Harapan bagi mengambil alih kuasa politik Melayu di Putrajaya.

Monday, January 23, 2017

HUBUNGAN PAS DAN PPBM SEMAKIN SUKAR DICAPAI

HUBUNGAN PAS DAN PPBM SEMAKIN SUKAR DICAPAI Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat hubungan kerjasama antara PAS dan PPBM semakin sukar dicapai berikutan desas-desus terbaru, ada persetujuan antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada parti chauvinist tersebut. Sekiranya desas-desus ini benar, PAS diyakini akan bertindak tegas untuk tidak lagi mewujudkan apa-apa hubungan kerjasama dengan PPBM. Khabar angin mengenai adanya pakatan sulit antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang ditiupkan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Pengerusi DAP, dalam portal berita Malaysia Outlook, 31 Disember 2016 yang lalu. Selain daripada itu, Lim Kit Siang juga dikatakan akan menjadi Menteri Kewangan mengikut pakatan tersebut. Tunku Aziz di dalam portal berita yang sama, konsisten dengan dakwaannya malah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya. Dakwaan Tunku Aziz ini mulai memperlihatkan kebenarannya apabila Tun Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa DAP memang meminta jawatan Timbalan Perdana dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita Antarapos semalam. Perkembangan terbaru ini sememangnya mengejutkan, dan PPP yakin ia akan merencatkan sama sekali siri pertemuan antara PAS dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama. Buat masa ini, PAS sama ada melalui Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan PPBM. Yang ada ketika ini hanyalah siri-siri pertemuan dan program bersama untuk menerokai dan menjalin hubungan tersebut. Dengan perkembangan terbaru ini, iaitu adanya pakatan sulit memberi DAP jawatan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, PPP yakin akan menutup terus ruang kerjasama antara PAS dan PPBM. PPP juga yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS akan menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan-jawatan utama dalam kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dr Mohd Zuhdi Marzuki Pengarah Pusat Penyelidikan PAS 20 Januari 2017 22 Rabiulakhir 1438