Tuesday, December 10, 2013

UMNO’S TRANSFORMATION MAY RALLY MALAYSIANS OF ALL RACES

UMNO concluded its annual general assembly on Saturday on a high note to transform itself into a poilitical party that is fair to all Malaysians where priority will be to empower the economy of the Malays and bumiputras who form slightly more than 67 per cent of the population.

The emphasis will be to ensure that the majority population will be on par with the economy of others so that there will not be any single race that would feel left out in the fast growing economic development of the country.

In doing, the party pledges that other races would not be sidelined and that the party would continue its fair and just policies for all Malaysians.

Umno also concluded that the party would protect the sanctity of Islam by defining clearly in the Federal Constitution that Malaysia follows the teaching of Sunnah Wal Jamaah.

In facing the next general election, the party’s political transformation will begin at the party’s branch level where with immediate effect the branch level will have to follow the party constitution strictly to strengthen itself.

Party president Datuk Seri Najib Tun Razak had outlined the transformation programs in the wake of challenges that ‘may not be good for Umno’ if the party continues to stay as it is.

The political reality now is Umno is the only flag-bearer of the ruling Barisan Nasional (BN) besides Parti Pesaka Bersatu Sarawak (PBB) in Sarawak while the component parties in Peninsular are still ‘searching for their souls’ after being ‘slaughtered’ in the May 5 general election.

Called it the Chinese tsunami or whatever terms, the fact remains that rural Malays are still with Umno while the urban Malays have swung to the oppositions – PAS and Parti Keadilan Rakyat (PKR).

With Umno the only party that is still strong and ‘standing upright’ amidst the strong winds of change in the May 5 general election, the responsibility is now on its shoulders to rally Malaysians, not just Malays, behind the BN.

And the recently concluded general assembly, Najib, who is also the Prime Minister, spoke on the need for Umno to transform into an inclusive party, struggling for the Malays and bumputras while same time ensure other races are not sidelined and feel ‘alien’.

Transformation begins with change in minds and attitudes of party members and Najib stressed the need for the party to be strong from its roots – the grassroots – where the some 21,000 branches lie.

Transformation to strengthen the party as the pillar and backbone of BN where component parties, currently undergoing healing and rehabilitation, can heal themselves in time to face the next general election.

In strengthening the party, efforts to ward off elements that would weaken the party and its followers will have to be addressed and here is where the sanctity of Islam and the economic aspect needed push and protection.

The threat of Syiah is real and the ‘heads of Government Link Companies (GLCs) not helping out Malay and bumiputra enterpreneurs is real.

With Najib’s commitment to see the two subjects taken care, Umno is off to a brand new start in transforming itself into a political party where the Malays and bumiputras can rest assure their support for the party all this while did not go to waste.

And Malaysians on the whole, can rest easy that Umno is not only a party for the Malays but for all Malaysians.


Islam Agama Islam Persekutuan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kerajaan bersetuju untuk membawa usul bagi mengubah perlembagaan negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung masalah syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lalu.

"Apakah yang boleh kita jadikan sebagai panduan selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas menyatakan menyokong teguh kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di negara ini serta-merta.

"Dalam hal ini, kalau ada pihak tidak menerima hakikat, saya setuju dengan seorang perwakilan kalau buat baik, tak dapat diterima. Tetapi percayalah, kita tak akan lemah semangat kerana UMNO berada di atas landasan yang tepat, landasan ASWJ.

"Oleh itu, saya nyatakan, Islam di negara ini adalah Islam agama persekutuan, dan berkefahaman ASWJ," katanya.

Usul tersebut sebelum ini telah dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Cadangan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang berlangsung pada Selasa lalu.

Selain daripada itu, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang turut membentangkan usul yang sama unuk meminta Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Islam sebagai Agama Persekutuan ditakrifkan kepada ASWJ.

Wakilnya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, langkah itu perlu kerana Islam bertunjangkan ASWJ mampu menjadi benteng kukuh daripada sebarang usaha penyelewengan terutama oleh mana-mana ajaran sesat.

Beliau berkata, usaha tersebut akan melibatkan pindaan ke atas fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.

''Kita mahu Islam yang bertunjangkan kepada ASWJ dicatatkan sebagai satu kandungan rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita mahu memastikan tiada lagi pengikut-pengikut ajaran sesat dengan mudah mereka mengaku Islam.,'' katanya.

Manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika diminta mengulas mengenainya berkata akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan ASWJ dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini, mengeluarkan statistik yang menganggarkan hampir 300 ratus ribu rakyat di negara ini yang beragama Islam adalah merupakan pengikut fahaman Syiah.

Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80an selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79. Pada tahun 1984, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.

Namun pada tahun 1996, disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di negara ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Kesimpulannya pengumuman yang dibuat oleh Presiden UMNO itu membuktikan bahawa parti itu begitu berani dan serius untuk membendung ajaran sesat yang semakin berkembang ini.


Thursday, December 5, 2013

Naik Gaji Adun : Khalid Kena Bedal Lagi


Seperti yang telah dijangkakan, keputusan kerajaan negeri meluluskan kenaikkan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ekoran daripada rungutan itu juga, pimpinan pakatan pembangkang akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk turut sama mengkritik tindakan yang melampaui batas itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri khususnya Khalid perlu mengambil kira teguran daripada rakyat.

"Kita setuju (kenaikan gaji)... jumlah ini (kadar kenaikan gaji itu) boleh dikurangkan sebelum dilaksanakan," katanya.

Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Rabu lepas, Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji antara 87 hingga 373 peratus membabitkan menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun Selangor berkuat kuasa 1 Januari ini.

Sebelum ini, bagi meredakan kritikkan terhadap Khalid, Anwar mengarahkan semua Adun PKR di Selangor menderma antara RM1,000 atau sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.

Ini kerana Anwar berkata walaupun Khalid telah memberi penjelasan kenapa kadar kenaikan gaji wakil rakyat negeri itu begitu tinggi, PKR tetap mengambil tindakan susulan mendesak ia dikaji semula.

Selain daripada itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan berlipat kali ganda.

"Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu. Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia," katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Khim sebeum ini mencadangkan agar mana-mana Adun yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan itu agar menandatangani surat perakuan untuk menyerahan lebihan gaji mereka untuk tujuan kebajikan.

"Ketika usul kenaikan gaji dan elaun itu dibentangkan juga semua pihak (wakil rakyat) bersetuju, sekarang mereka kata tidak munasabah pula. Kalau rasa kenaikan itu tidak munasabah, jangan ambil (lebihan kenaikan gaji dan elaun) itu," jelasnya.

Malah setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin sebelum ini turut mempertahankan tindakan bosnya dengan melabelkan Azmin sebagai SARKAS.

Namun apa yang pasti, tindakan pimpinan pembangkang menghentam Khalid hanyalah satu drama samata-mata. Ini kerana seperti kata Chang Khim, ketika usul itu dibacakan semua Adun yang hadir telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

Sedangkan sekiranya benar mereka ingin menjaga dan memikirkan kebajikan rakyat usul ini tidak sepatutnya diluluskan. Atau setidak-tidaknya ada segelintir di kalangan mereka bangun untuk membantah dan meminta agar kadar yang diberikan itu dikaji semula.

Kepada para pemimpin pembangkang, berhentilah berlakon dengan sandiwara murahan ini. Sampai bila rakyat Selangor perlu dibodoh-bodohkan???


Tuesday, December 3, 2013

MPPN: Kerajaan Beri Ruang Pada Pembangkang pun Tak Kena Juga?

Penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.  Kerajaan tentunya ingin memberi ruang kepada semua golongan dan semua pihak di Malaysia untuk bersuara dan duduk bersama bagi mencari kesepakatan yang jitu. 

Jelas, bahawa pihak kerajaan cukup prihatin dan sedar akan ancaman terhadap perpaduan di negara ini serta berusaha sedaya upaya untuk menanganinya. 

Walaubagaimanapun, usaha murni ini telah dipandang sinis oleh pembangkang.  Dalam Sebuah artikel tulisan Koon Yew Yin di Malaysian Insider membuktikan betapa pembangkang langsung tidak tahu menghargai apa-apa jua usaha kerajaan ke arah perpaduan. 

Menurut Yew Yin, penubuhan majlis ini merupakan satu lagi langkah pembaziran wang dan masa rakyat Malaysia.  Beliau mencemuhnya dengan menggelarkannya sebagai Majlis yang tidak berguna.   Alasannya ialah kerana beberapa orang dari yang dilantik sebagai ahli Majlis tersebut merupakan orang yang terkenal sebagai ‘pembodek’, tanpa menyebut nama-nama mereka. 

Majlis ini diketuai oleh Tan Sri Samsuddin Osman, iaitu Pengerusi KWSP, dengan Tan Sri Lee Lam Thye sebagai Timbalannya. 

Apa yang menarik ialah, beberapa anggota lain merupakan mereka-mereka yang terkenal sebagai penentang kerajaan dan penyokong pembangkang tegar.  Malah, nama atau organisasi yang disertai mereka-mereka ini juga tidak asing dalam program-program atau demonstrasi yang memperjuangkan isu-isu bertentangan dengan aspirasi nasional. 

Antaranya ialah Marina Mahathir yang merupakan antara pejuang hak asasi golongan songsang atau LGBT.  Beliau merupakan pendokong liberalisasi serta pernah diundang melancarkan program Seksualiti Merdeka suatu ketika dahulu. Pernah juga terlibat dalam BERSIH.   Marina, bolehlah dikatakan sebagai pejuang yang menolak identiti Malaysia sebagai Negara Islam. 

Selain beliau, nama yang menarik perhatian ramai ialah Wardina Safiyyah, seorang artis yang cukup celupar mengutuk kerajaan di laman sosialnya.  Penulis menggunakan perkataan ‘celupar’ dan bukan ‘lantang’ kerana kenyataan Wardina terlalu cetek untuk diangkat sebagai sebuah kritikan.  Wardina cukup terkenal dengan sikap ‘hollier than thou’ apabila berhadapan dengan masyarakat umum sejurus selepas beliau memilih untuk ‘berubah’ dari segi penampilan.   Di masa yang sama, beliau juga dikesan mempunyai sindrom yang menyamai Abby Abadi iaitu gemar bercakap mengikut sedap mulut sendiri tanpa bersandarkan ilmu atau rujukan apa-apa, termasuklah dalam soal agama. 

Justeru, perlantikan Marina dan Wardina serta beberapa personaliti yang berkaitan dangan Majlis Peguam telah mengundang kritikan dan keluhan dari dalam UMNO sendiri. 

Bagaimanapun, Perdana Menteri nampaknya tegas dan berani mengambil risiko dalam perlantikan yang kurang popular ini, sekali gus menampakkan kesungguhan beliau untuk menangani masalah perpaduan yang semakin meruncing.  Kita faham bahawa Perdana Menteri ingin agar semua pihak mengenepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman serta memahami hakikat keunikan Malaysia di mana akhirnya akan membentuk jatidiri dan identiti sebagai satu bangsa. Sudah sampai masanya, semua golongan di Malaysia memahami bahawa kita tidak perlu mengikut atau meniru negara-negara lain tetapi berdiri megah dengan cara dan gaya tersendiri. 

Dari sudut pandangan pembangkang, mereka seharusnya merasa gembira kerana semakin ramai ‘orang-orang’ mereka mempunyai ruang untuk bersuara secara langsung kepada kerajaan. 

Apa yang kita tahu, Majlis ini bukanlah satu-satunya ‘ruang’ yang diperolehi oleh pembangkang untuk bersuara secara langsung kepada kerajaan. 

Setakat ini, telah didedahkan bahawa beberapa personaliti di dalam PEMANDU juga turut merupakan ‘suara’ pembangkang berdasarkan aktiviti mereka di laman sosial serta pergaulan harian mereka.  Malah, UMNO juga bukan sahaja memberi ruang untuk pembangkang bersuara tetapi untuk duduk bersama di dalam organisasi ini melalui Regina Lee, iaitu setiausaha kepada Ketua Pemuda UMNO. 

Semua ini membuktikan bahawa UMNO cukup telus dan tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dari rakyat mahupun pembangkang.  Pembangkang bebas bersuara dari dalam dan luar kerajaan dan seharusnya pembangkang merasa gembira dengan perkembangan ini. 

Malangnya, pembangkang masih belum gembira.  Bagi mereka ini semua masih belum cukup lagi.  Tiada apa yang dapat menggembirakan mereka dan tiada apa yang cukup yang dapat memuaskan hati mereka, melainkan jika kerusi Perdana Menteri diserahkan kepada mereka. 

Ini membuktikan bahawa pembangkang bukannya berjuang untuk rakyat kerana jika rakyat yang diperjuangkan, maka semua golongan rakyat telah mendapat peluang dan ruang di dalam kerajaan bagi membela nasib masing-masing.  Tetapi, apa yang pembangkang perjuangkan hanyalah kuasa dan kuasa semata-mata untuk merombak dan mengubahsuai Malaysia seratus peratus mengikut acuan yang diinginkan mereka walaupun acuan itu tidak menepati keinginan majoriti rakyat Malaysia.   


Isu Kucing Kurap: Si Tua OKU Yang Berkerusi Roda Berjaya Tundukkan Jeff Ooi


Para pencacai pakatan pembangkang khususnya ‘Red Bean Army’, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila episod drama ‘kucing kurap’ yang telah berlangsung sejak sekian lama itu dilihat hampir selesai. Ia ekoran dari permohonan maaf terbuka yang dilakukan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun kerana dikatakan akur dengan ‘nasihat’ Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memintanya berbuat demikian.

Jeff Ooi dalam ucapannya di konvensyen DAP Pulau Pinang petang tadi, menjelaskan bahawa dia tidak akan meminta maaf, seandainya tidak diminta berbuat demikian oleh Karpal.

"Tiada siapa boleh minta saya minta maaf. Saya tidak akan tarik balik atau minta maaf jika sesiapa minta, kecuali Karpal Singh, pengerusi nasional yang juga 'harimau jelutong',” katanya.

"Saya dengan ini memohon maaf kepada semua pekerja MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) yang terluka dengan gelaran berkenaan. Saya memohon maaf kerana menghormati permintaan Karpal sebagai 'Lead of Tiger Jelutong'.

"Jadi saya sebagai 'Little Tiger Jelutong' akan akur dengan kehendak Karpal," katanya sebentar tadi.

Terdahulu, ahli parlimen Bukit Gelugor itu dikatakan telah ‘menasihati’ Jeff Ooi agar memohon maaf secara terbuka kepada kakitangan MPPP yang digelar Kucing Kurap baru-baru ini, kerana menyifatkan gelaran itu tidak patut.

Disebabkan gelaran tersebut, pelbagai pihak tampil membuat kecaman termasuklah pimpinan dari pakatan yang mendesaknya agar segera menarik kembali kenyataan tersebut dan segera membuat permohonan maaf terbuka. Ini kerana ramai melihat kenyataan tersebut telah mengguris hati dan perasaan orang Melayu kerana majoriti kakitangan MPPP adalah terdiri daripada bangsa Melayu.

Malah disebabkan isu tersebut, para pencacai pakatan pembangkang dilihat seakan ‘mati akal’ untuk membela kenyataan yang mempunyai unsur perkauman itu. Sekiranya tidak dibela, ia boleh menyebabkan orang Melayu marah sekali gus merosakkan imej pakatan pembangkang. Mereka cuba menggunakan pelbagai isu sampingan bagi mengalihkan tumpuan masyarakat agar melupakan kenyataan ‘kucing kurap’.

Persoalannya bagaimana nak bela, kerana kenyataan Jeff Ooi itu jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP yang selama ini berselindung di sebalik jubah Pas dan Anwar Ibrahim bagi memancing undi simpati dari orang Melayu.

Di dalam kejadian sebelum ini, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah. Malah ketika ditanya mengenainya, Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap'kepada beberapa pegawai MPPP.

Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.

Kesimpulannya, kenyataan maaf Jeff Ooi yang penuh dengan nada angkuh itu jelas membuktikan ianya tidak ikhlas. Ini kerana, menurutnya ia dibuat kerana akur dan tunduk dengan ‘nasihat’ Karpal dan bukannya kerana rasa bersalah kerana menghina kakitangan bawahan.

Apa pun tahniah kepada Karpal, kerana berjaya menundukkan Jeff Ooi. Dia telah membuktikan walaupun sudah tua, cacat dan hanya duduk di kerusi roda namun taring dan kuku ‘Harimau Jelutong’ masih kuat mencengkam DAP.