Showing posts with label regimpr. Show all posts
Showing posts with label regimpr. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Pakatan Berperang Sesama Sendiri #BNBaru #TolakPR #TukarKelantan #UbahPenang #SayangiSelangor #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13 #BetterNation


Semakin hampir PRU13, PR dikatakan semakin berperang sesama sendiri berikutan pemilihan calon yang tidak memuaskan hati penyokong-penyokong mereka.

Pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik – tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.

Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.


>> Proses pemilihan calon PAS Kelantan berkonsep kronisme

Inline image 1

Saturday, April 6, 2013

PR : Parti Anak Beranak #TolakPR #TukarKelantan #GelombangMerah #PRU13 #GE13 #BNBagus #BetterNation

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. (Sumber Dalaman)

PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.

DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.

Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep

Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme? Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan? Wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan sekarang kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof