Showing posts with label nurulizzah. Show all posts
Showing posts with label nurulizzah. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

AZMIN GUNA ISU MORAL JATUHKAN NURUL

Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling sengit dalam sejarah parti itu.

Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.

Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat PKR semakin kiat kedengaran.

Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.

Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan jawatannya  sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

Tanpa perlindungan politik dari presiden parti, Khalid akan mudah terdedah dengan serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur.

Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.

Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan menumbangkan Khalid.

Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.

Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.

Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu.

Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti.

PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat sokongan politik untuk berkuasa.

Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk.

Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya, Nurul Izzah yang baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.

Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.

Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti.

Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.

Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung nilai-nilai akhlak yang murni juga.

Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.

Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak, Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan contoh keluarga bahagia.

Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya, bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama, tetapi imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.

Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.
Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.

Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang.
Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.

Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin, kedudukan Nurul sebagai naib presiden akan terjejas.

Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak, posisi beliau di dalam PKR adalah agak terjamin.

Tuesday, September 24, 2013

Bos TV3 Tidur: Nurul Izzah Dapat Interview Eksklusif

Penulis baru sahaja ‘terserempak’ dengan sebuah rakaman youtube program 3R yang memaparkan temubual eksklusif dengan pemimpin pembangkang, Nurul Izzah Anwar.   Seperti yang kita tahu, apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen - biar apa pun programnya dan topik perbincangannya, ia secara automatik memberi publisiti atau keuntungan politik kepadanya. 

Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya, maka semakin tinggilah ‘saham’ ahli politik tersebut.  Dan inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan memuji-muji Nurul Izzah, termasuklah ibunya, Wan Azizah, sebagai tokoh yang dipandang tinggi oleh ‘rakyat Malaysia’.   

Tidak kira apa alasan penerbit program ini, objektifnya adalah jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti pembangkang sekali gus. 

Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media.  Namun, inilah diingatkan bahawa TV3 adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan.  Oleh itu, TV3 tidak boleh sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang kerajaan.  

Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi kehebatan musuh?  Contohnya, apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik, atas alasan kebebasan dan keterbukaan?   Tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali. 

Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus perdana membuktikan sikap tidak professional, kalau pun bukan pengkhianatan, stesyen televisyen itu.   

Dengan itu, kita ingin bertanya, apakah prosedur untuk menjemput dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di dalam TV3?  Apakah tiada pemantauan? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu membawa kontroversi? 

Setakat ini penulis tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah tersiar di televisyen, tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3. 

Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar ‘naif’.  Jika benar naïf dan jujur, kenapa tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk mempertahankan dirinya di sebalik  segala fitnah pembangkang?   Kenapa mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan Malaysia kepada dunia luar?  Apakah pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia?   

Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak bersalah.  Justeru, Nurul Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak bersalah. 

Lebih dari itu, boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara.  Nurul Izzah sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan susunatur pasukan keselamatan negara.  

Walaupun berpenampilan bertudung, Nurul Izzah juga yang meletakkan murtad sebagai hak asasi.  Dan bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut ‘mesra’ dengan idea-idea mengenai hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga ‘rangkaian-rangkaian’ agen mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi. 

Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah telah gagal.  Beliau tidak pernah dikenali kerana jasanya di kawasannya.  Malah, beliau lebih banyak merupakan ‘masalah’ dan bukan penyelesai masalah rakyat, sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi. 

Oleh itu, jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R, maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik, bermasalah moral serta hipokrit.  


Wednesday, April 24, 2013

"Pengundi Hantu" Bantah Izzah NafiKan Hak Mereka Untuk Mengundi! #TolakPR #PRU13 #GE13 #BNBagus #BetterNation


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kini tersepit selepas gagal memainkan isu pengundi hantu di Lembah Pantai. 50 orang “pengundi hantu” yang dicanang oleh Nurul Izzah tampil membuat kenyataan membidas beliau kerana menafikan hak mereka untuk mengundi dalam PRU13. 

Kejahilan Izzah tentang sejarah Lembah Pantai kini telah makan diri. Dulu banyak kawasan setinggan di Lembah Pantai dan "pengundi-pengundi hantu" ini yang duduk di situ telah menggunakan alamat lama untuk mendaftar mengundi. 

Hasil kerja keras kerajaan Barisan Nasional, Lembah Pantai kini telah pesat membangun dan tiada lagi pengundi yang duduk di setinggan. Mereka telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan yang lebih selesa. 

Mereka ini telah lama menetap, bekerja dan lahir di sini. Ada juga "pengundi hantu" yang sudah mengundi sebelum Izzah lahir lagi. Tindakan melabelkan mereka sebagai "pengundi hantu" ini adalah sebahagian taktik politik keji Izzah untuk managih simpati. 

Memandangkan Izzah cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi, 4,637 orang pengundi di Parlimen Lembah Pantai akan pastikan Nurul Izzah tersungkur pada PRU kali ini. Sebelum itu permohonan Semakan Kehakiman Nurul Izzah untuk membatalkan 4,000 nama pengundi di Lembah Pantai telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Setelah gagal dengan isu pengundi hantu, Nurul Izzah mula politik kotor dengan serang peribadi keluarga Raja Nong Chik. Politik sebegini tidak akan membantu Izzah untuk menang pilihan raya. Bagi penduduk Lembah Pantai yang miskin, Nong Chik adalah menteri mereka. Nong telah banyak membantu mereka dan sebagai Menteri Wilayah, terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan. 

Sebaik sahaja Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil kalah pada 2008, Nong Chik yang baru dilantik sebagai Menteri Wilayah ketika itu terus mengeluarkan surat tawaran kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan harga RM35000 seunit di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Itu baru bab rumah. Belum masuk lagi bab jalan yang ditar dan banyak lagi projek-projek pembangunan di Lembah Pantai. Mungkin Izzah adalah pendengar yang baik tetapi setakat mendengar, menjanjikan pelbagai perkara yang sekadar manis dibibir tidak akan mampu memberi sesuatu yang bermakna kepada rakyat. 

Dalam sibuk Izzah berkempen memburuk-burukkan kerajaan, Izzah terlupa isu kehidupan lebih penting kepada orang miskin daripada isu hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi yang penting bagi pengundi golongan pertengahan dan elit. Walaupun beliau hebat berkempen dimedia massa, hakikatnya pengundi tempatan sahaja yang mengetahui sama ada segala dakwaan Izzah itu betul atau tidak. 

Izzah juga buat kerja tapi tidak sebanyak Nong Chik. Izzah bekerja untuk pilihan raya tetapi Nong Chik bekerja sepanjang masa demi rakyat. Rumah PPR yang suatu ketika dulu, penduduk kena sewa dengan DBKL tapi kini tidak lagi. Usaha dan kerja keras Nong Chik membuahkan hasil apabila kementerian kewangan bersetuju untuk menjual rumah PPR yang disewa selama ini kepada golongan miskin yang memerlukan. 

Berbeza dengan Shahrizat sebelum ini yang jarang turun padang, Nong Chik sering dilihat bersama penduduk dan memperjuangkan isu seperti perumahan dan setinggan. 

 

Friday, March 22, 2013

Sekali lagi Nurul Izzah @n_izzah Hina Pasukan Polis !!! #ManifestoBukanJanji #BN4Malaysia #BetterNation

20 Mac 2013 dalam sebuah ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sekali lagi telah menyelar PDRM dengan berkata pihak polis tiada kerja lain selain mengintip pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Setiap kali bukak mulut, Nurul buat kontroversi. Apa salahnya duduk diam dan buat kerja? kalau diamati, minah nih sebijik macam bapak dia, asik bercakap aje... heng sana... heng sini... tapi kerja satu hape pun tak pernah bikin... janji sana... janji sini... sampai masa pusing balik. oopppsss!!!... ada satu kerja je yang bapak dia terer buat... korang fikir la sendiri!

Nurul Izzah kata pengganas Kiram senang masuk, sebab polis sibuk intip bapak dia... mana tidaknya, dah ada desas-desus mengatakan mungkin bapak dia ada kaitan dengan dalang yang terlibat dalam insiden di lahad datu. memanglah kena intip kot?!!!


macam perli je? huhuhu...