Showing posts with label m4all. Show all posts
Showing posts with label m4all. Show all posts

Saturday, February 25, 2017

Perangi Penyebaran Maklumat Palsu Jatuhkan Kerajaan BN - PM Najib PEKAN, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial dan pemimpin terdahulu bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokrasi perlu diperangi habis-habisan.

Beliau berkata ancaman baharu secara serangan minda dan hati menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah amat bahaya kerana ia dilakukan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik tersendiri.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk bangkit mempertahankan negara daripada serangan anasir berkenaan yang boleh menggugat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi ketika ini.

"Mempertahankan negara kita bukan hanya bererti negara diserang dari luar dengan kehadiran bala tentera, tetapi serangan yang lebih berbahaya lagi ialah serangan kepada minda kita dan hati kita.

"Apabila minda kita dan hati kita diserang dengan berita, dakyah dan maklumat palsu serta fitnah atau 'fake news' (berita palsu) yang keluar melalui media sosial atau pemimpin tertentu dengan tujuan jatuhkan sebuah kerajaan, maka inilah ancaman paling bahaya. Maka, kita akan perang habis-habisan," tegas beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Karuak dan Timbalannya Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.

Perdana menteri berkata berikutan penyebaran dakyah palsu, banyak langkah dan tindakan kerajaan untuk kebaikan rakyat telah disalahertikan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

"Sebagai sebuah kerajaan, kita dah buat macam-macam...tetapi apabila ada berita palsu yang cuba selewengkan sesuatu perkara, benda baik pun jadi tidak baik dan kontroversi, umpamanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Beliau berkata ketika kerajaan mencari rakan strategik untuk Proton Holdings Berhad, tindakan itu turut disalahertikan sebagai menjual syarikat berkenaan kepada China sedangkan ia sebenarnya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat bagi menyelamatkan 'periuk nasi' para pekerjanya.

Sementara itu, Najib berkata rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, kaum atau agama wajib mempertahankan kedaulatan dan keamanan yang dikecapi negara.

"Asas kita adalah sama iaitu Malaysia adalah negara sama untuk rakyat biasa, pemimpin tertinggi atau raja... cuba bayangkan kalau kita tidak ada negara seperti etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar tanpa kerakyatan.

"Lihat sahaja di televisyen, saban malam, saban hari bagaimana hidup mereka...bagaikan nyawa di hujung tanduk apabila tidak mempunyai kerakyatan, mereka terpaksa terima apa jua tindakan zalim, dirogol dan dibakar hidup-hidup. "Jadi, apabila kita diberikan kerakyatan maka itulah nilai yang paling berharga.

Sebagai rakyat, kita wajib mempertahankannya sebab inilah negara kita, inilah tempat lahir, tumpah darah dan akan disemadikan suatu hari nanti," katanya. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 dengan johan disandang oleh Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam, Johor.

Tempat kedua dimenangi Komuniti 1Malaysia Felda Keratong 3, Pahang manakala Komuniti 1Malaysia Projek Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kuala Lumpur.

Setiap pemenang menerima geran bernilai di antara RM4,000 hingga RM10,000. -- BERNAMA

Friday, January 27, 2017

KIT SIANG YANG DESPERADO

KIT SIANG YANG DESPERADO Oleh Amin Adnan (Mediacomm, Pen Hq) SIKAP Penasihat DAP, Lim Kit Siang, semakin hari makin terserlah dgn angan-angan setinggi langit utk kepingin menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yg dicanangkan oleh Pengerusi ‘U-TURN' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, jika memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 akan datang. Walaupun Kit Siang, 76, menjelaskan partinya mempunyai pendirian berbeza dgn PPBM, tapi pada masa sama beliau bersedia bekerjasama dgn Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, utk menjayakan agenda politiknya dan DAP bagi menghadapi PRU ke-14 . Sebelum itu DAP tidak menyetujui PAS terhadap RUU355, malahan Kit Siang begitu angkuh terhadap usul yg dibentangkan itu di Parlimen. PAS pula sama sekali tidak mahu terjerat dan dikhianati lagi oleh Penasihat DAP itu. Kit Siang semacam sanggup menjilat ludah mengenai yg dibentangkan itu selama ini. Kenakalan Kit Siang itu membuatkannya tergila-gila utk berbaik dgn PAS, kerana semata-mata mahukan kuasa. Sepanjang penglibatannya dalam bidang politik sehingga kini, Kit Siang seolah-olah selalu hendak menyekat perlembagaan negara serta perundangan Islam dan mahu parti politik berasaskan Melayu atau Islam dibubarkan. Kit Siang boleh berubah-ubah watak macam “sesumpah" dgn boleh menjadi Melayu, India, dan boleh memberi umpan berupa kewangan jika ia memberi kelebihan mengundi DAP. Inilah cermin DAP sebenarnya, dan masyarakat harus menolak sepak terajang Kit Siang sekeras-kerasnya. Kesombongan Kit Siang itu terserlah apabila beliau mahu bertanding di tempat lain kerana di kawasan Parlimen Gelang Patah yg dipegangnya skrg, ramai yg tidak menyukainya disebabkan tidak menjaga kebajikan penduduk di parlimen tersebut. Pengundi di kawasan itu sedar sikap belang Kit Siang dan pembangkang yg hanya inginkan kerusi dalam parlimen. Sikap desperado yg memual inilah yg membongkar agenda dan matlamat sebenar Kit Siang yg berhajat memastikan DAP mengetuai Pakatan Harapan bagi mengambil alih kuasa politik Melayu di Putrajaya.

Wednesday, November 23, 2016

SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA?


1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah. Semua orang tahu...

2. Ini belum lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham serta kontrak berbilion carigali dari Petronas. Agaknya, berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu...

3. Berbilion juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya dulu dikatakan pernah di'bail-out' berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan hubungan Anwar dan Mahathir semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu...

4. 22 tahun atas nama penswastaan, hanya beberapa syarikat terpilih untuk melaksanakan projek besar berskala mega. YTL, Berjaya Group, Kumpulan Bukhary, Binariang, Ting Pek Khing, UEM. Inilah kroni-kapitalisme. Di era itu belum ada media sosial yang boleh menghebohkan agenda pakatan menfaraidkan segala harta negara. Namun ia bukan lagi rahsia di zaman ini. Ia 'open secret' yang diketahui umum!

5. 1MDB muncul. Semua syarikat gergasi 'peliharaan' Tun M itu seakan diam menyepi. Monopoli yang dikuasai selama ini seolah dipecahkan. Harta negara kini dialirkan untuk nikmat semua usahawan, bukan hanya kepada dua tiga kerat suku sakat yang kononnya dianggap pakar dalam segala.

6. Lantas bila BR1M diagihkan, Tun M mendakwa ia adalah 'dedak' dari Najib untuk rakyat. Walhal ianya adalah jaringan keselamatan sosial, bantuan langsung yang masuk ke dalam isi rumah rakyat yang memerlukan. Tapi 'dedak' yang beliau tabur pada syarikat kroni-kroninya itu tidak pula beliau sebut dipentas.

7. Walau sedikit agihannya, namun meluas. Di anggar seramai 7.2 rjuta orang penerima paling tidak merasa, mendapat nikmat yang diberi sama rata. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu pening kepala memikirkan soal kos anak sekolah di awal tahun.

8. Segala perancangan Tun M menemui jalan buntu. Usaha politik 'dinasti', mengkayakan kroni dan menjaga kepentingan keluarga tersekat apabila Najib punyai pendekatan serta gaya pimpinan tersendiri yang lebih holistik.

9. Tapi 1MDB pula dijadikan sasaran. Hasrat menaikkan Muhyiddin sebagai 'transit' PM terbantut bagi membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Menteri Perdana selanjutnya.

10. Muhyiddin kerana ketidaksetiaannya menjadi 'api dalam sekam' dan bagai 'gunting dalam lipatan', kemudian disingkirkan, maka terputuslah 'talian hayat' Tun M dalam kabinet yang memalapkan impian peribadi.

11. Agenda besar untuk menobatkan Mukhriz ke arus perdana kepimpinan melalui jalan halus bermula 2013. Namun dengan takdir Allah, jawatan Naib Presiden yang ditandingi gagal dimenangi ketika itu.

12. Pada 2004, tatkala Pak Lah mengemudi PRU ke-11, segala percaturan calon di Kedah dikemudi Mahathir sendiri. Sekali lagi pada 2008, Tun M menggunakan alasan BN tewas di 5 negeri sebagai justifikasi untuk Pak Lah berundur. Meski dalam masa yang sama Pak Lah diasak agar Mukhriz dilantik ke jawatan kabinet, walhal Khairy menantunya yang lebih menang bergaya dan berada di puncak jawatan Ketua Pemuda tidak pula diberi laluan.

13. PRU 2013, Tun M menggunakan formula yang sama. Najib diasak agar Mukhriz dilantik kejawatan MB. Sungguh pun ketika itu 'Jeneral Perang' adalah Ahmad Bashah, namun atas dasar akur dan patuh pada pucuk pimpinan, beliau sekali lagi redha atas ketentuan Allah.

14. Tapi setelah 3 tahun tempoh diberi, Mukhriz lebih gemar bersantai dan bersenang lenang dengan sikap politik glamour dan kendiri 'selfie'nya. Entah kurang jelas, agenda pembangunan ekonomi, peluang untuk anak muda mahupun misi segar yang boleh meletakkan Kedah setanding dengan negeri lain bagaikan kabur dari pandangan.

15. Benarlah kata-kata hikmah, kebijaksanaan, kepimpinan dan iman tidak boleh diwarisi. Ianya perlu digilap, dilatih dan tidak mudah datang dengan sendiri.

16. Tatkala gerak kerja UMNO Kedah juga lembap, sebaliknya segala harta dan  hasil mahsul anak syarikat negeri dikatakan puas diagih sesama pegawai Mukhriz yang 21 orang jumlahnya. Walhal, ramai antara mereka ini tidak pernah pun berbuat apa jasa pada Kedah, telahan lagi banyak yang datang dari luar. Tapi Mukhriz terus mendabik dada, kononnya dia 'berjaya' di Kedah.

17. Sehingga kini, tiada apa legasi yang boleh dibanggakan. Tidak setara sama sekali dengan kepimpinan Osman Aroff, apatah lagi Syed Razak malah jauh lebih rendah prestasinya berbanding jasa arwah Ustaz Azizan.

18. Lantas apabila Mukhriz digantikan, dan Ahmad Bashah mengangkat sumpah selaku MB tanggal 4 Februari Mukhriz kelihatan seperti orang "gila talak". Bara dendam di dada Mahathir pula kelihatan kian parah.

19. Maka bermulalah gerakan 'Selamatkan Malaysia' acuan nafsu politik mereka. Deklarasi Mahathir-Kit Sang diuar-uarkan, kononnya tanda solidariti menentang kepimpinan 'zalim' lagi 'menindas'.

20. Walhal, 22 tahun segala akta diperalatkan demi legasi kuasa. Musuh-musuh politiknya ditalqin dan dikapan satu persatu, walau berpotensi. Anak-anak 'diktator' itu kaya-raya, mungkin 'berkat' menggunakan alamat niaga menggunakan kepala surat Seri Perdana.

21. Kini mereka melolong dan menjerit 'Selamatkan Malaysia'? Siapa yang mahu mereka 'selamatkan' sebenarnya? Keluarga mereka? Syarikat kroni? Dinasti politik? Atau Malaysia yang kian hari terus makmur, stabil dan berdaya saing.

22. Di saat orang sedang memperkukuh agenda ekonomi dan memulihkan imej negara, mereka bersekongkol dengan pembangkang dan media asing durjana memperlekehkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Itukah yang dinamakan sebagai 'Selamatkan Malaysia'?

23. Kata dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya Mahathir dan anak-anaknya yang lebih.. Sudahlah..Dah Lama Daaaah...!!!

Monday, November 14, 2016

RAFIZI DIHUKUM PENJARA

Rafizi Dihukum Penjara 1. Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berdepan kemungkinan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atasnya kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. 2. Mohd Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lalu. 3. Perkara ini tidak menghairankan kerana Rafizi sendiri telah mengaku bersalah. Dia tidak dijatuhi hukuman kerana "mendedahkan skandal besar kesalahan 1MDB" seperti apa yang Pakatan katakan, namun kerana mendedahkan satu halaman dalam Laporan Ketua Audit Negara 1MDB yang sudah dibaca oleh 4 Ahli Parlimen Pakatan termasuk Tony Pua. 4. Beliau telah mendedahkan dokumen OSA bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mempunyai hubungan dengan 1MDB tetapi belum dibayar sepenuhnya. 5. Seperti yang kita sedia maklum, LTAT diberikan kontrak oleh 1MDB untuk menggerakkan Pengkalan Udara Sg Besi dan untuk membangunkan 8 penggantian pengkalan tentera. 6. Dalam mana-mana kes, LTAT tidak hilang sebarang wang dan akan dibayar sepenuhnya oleh konsortium Keretapi IWH-China yang telah mengambil pemilikan 60% daripada projek Bandar Malaysia. 7. LTAT langsung tidak rugi dan sebenarnya, malah telah membuat keuntungan dan akan terus mengaut keuntungan dari kerja-kerja pembinaan pengkalan tentera dan daripada kontrak untuk menggerakkan Pangkalan Udara Sg Besi. 8. Ini adalah kekalahan kes mahkamah buat kali keempat berturut-turut bagi Rafizi. Walaupun beliau pasti akan membuat rayuan tetapi ini akan membatalkan kelayakan beliau daripada bertanding semula sehingga dia mendapat keputusan yang baik dalam pendengaran rayuannya. 9. Hingga kini, dia masih mempunyai kes-kes mahkamah lain yang belum selesai dalam kes sivil dan jenayah. Rafizi yang 'meminta' semua ini berlaku dan kini dia telah mendapat apa yang dia mahu.

Saturday, November 12, 2016

KEJATUHAN NILAI RINGGIT BERBANDING USD

KEJATUHAN NILAI RINGGIT BERBANDING USD 1. Kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar America semalam bukanlah unik kepada negara kita sahaja malah ianya turut mendapat tempias kepada negara2 lain seperti Korea, Taiwan, Philipines, Indonesia dan lain2 negara di Asia. 2. Kejatuhan nilai ringgit secara mendadak ini adalah akibat kegiatan spekulatif dipasaran matawang asing. Ianya berbentuk jangka pendik.Ia reaksi kepada terpilihnya DONALD TRUMP sbg Presiden AS dimana antara lain pasaran menjangkakan kadar faedah DI AS bakal di naikkan Dan TRUMP akan meningkatkan perbelanjaan dlm negara AS.. 3. Kerajaan akan sentiasa memastikan pertukaran matawang dipasaran terbuka kita tidak akan terjejas bagi memastikan kegiatan ekonomi kita berjalan dgn lancar. 4. Dalam jangka masa panjang kekuatan nilai ringgit akan terus bergantung kepada fundamental kedudukan ekonomi negara kita. Kerajaan akan terus menumpukan kepada kegiatan ekonomi bagi memastikan ekonomi akan terus berkembang. 5. Kedudukan reserve Bank Negara yg kukuh yg mencecah hingga USD$97billion membolehkan ekonomi negara kita berjalan dgn lancar tanpa sebarang ganguan.