Showing posts with label kebebasanmedia. Show all posts
Showing posts with label kebebasanmedia. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

The Heat: Kebebasan Media Bukan Bermakna Boleh Melanggar Undang-undang

Tindakan kerajaan menggantung ‘The Heat’ iaitu media berbahasa Inggeris yang khabarnya berdaftar sebagai majalah tetapi telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan akhbar, mendapat reaksi ‘luarbiasa’ di kalangan segolongan masyarakat Malaysia, umumnya penyokong pembangkang, khasnya masyarakat Cina. 

The Heat bukanlah sebuah akhbar popular malah ramai yang tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini. Namun, penggantungannya dijadikan isu besar oleh golongan ini hanya kerana antara percetakan terakhir akhbar tersebut merupakan kritikan terhadap isteri Perdana Menteri. 

Jelas, yang ingin dijadikan isu di sini bukan soal penggantungan The Heat tetapi soal apa yang dicetak oleh akhbar itu.  Tujuan mereka dengan terus memperkatakan mengenai penggantungan The Heat ialah agar dapat memburukkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia secara lebih ‘meluas’.

Sebenarnya, kebebasan media di Malaysia bukanlah satu perkara yang perlu diperdebatkan. 

Kewujudan akhbar-akhbar fitnah dan sampah atas nama ‘pembangkang’yang bersepah dijual sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan media sewajarnya.  Malah, tidak salah jika dikatakan bahawa media Malaysia telah dibiarkan ‘terlalu bebas’ sehingga berani menyebarkan hasutan dengan sewenang-wenangnya terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina. 

Lebih dari itu, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberi kebebasan kepada akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar perdana. 

Selama ini juga, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga akhbar milik pembangkang adalah bebas untuk menyindir, mengkritik, mengecam atau mengutuk Perdana Menteri Malaysia dan juga kerajaan sama ada secara halus, lantang, tersurat mahupun tersirat tanpa diambil apa-apa tindakan.   

Tidak cukup dengan tulisan, pihak yang sama juga menjadikan kutukan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai makanan harian, perisian rohani dan jasmani di mana-mana saja sama ada di dalam atau di luar negeri. 

Jika kerajaan tidak pernah peduli dengan mereka ini, maka kenapa pula kerajaan perlu merasa ‘panas’ dengan The Heat seperti yang dicanangkan pembangkang?    

Logiknya, jika mereka yang menyebarkan fitnah Altantuya atau cincin berjuta milik Datin Seri Rosmah masih terus hidup, bebas dan merdeka, maka kenapa pula The Heat harus digantung hanya kerana mengkritik personaliti yang sama? 

Hakikatnya, The Heat bukan digantung kerana apa yang dicetaknya tetapi kerana melanggar undang-undang.  Walaupun begitu, kita bersetuju jika kerajaan bertegas menghukum media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan hasutan sesuka hati.  

Mungkin dalam soal ini, kerajaan perlu mencontohi pembangkang yang sering membelakangkan hak kebebasan media sekiranya media itu melaporkan sebarang keburukan parti mereka.   Bukan rakyat Malaysia tidak biasa dengan seruan boikot Utusan Malaysia atau TV3 oleh pembangkang.   Kita juga biasa melihat pembangkang membuat ‘demo’ membakar akhbar yang ‘dimusuhi’ mereka. 

Pembangkang sering mengugut untuk menyaman mana-mana media yang melaporkan keburukan mereka. 
Jangankan melaporkan keburukan pembangkang, bertanyakan soalan juga tidak dibenarkan.  Itulah yang berlaku apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berhadapan dengan wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya. 

Pembangkang telah biasa menyeru penyokong  mereka agar jangan membaca akhbar yang bukan merupakan pro kepada perjuangan mereka sedangkan kerajaan tidak pernah menghalang rakyat untuk membaca apa saja. 

Justeru, melihat dari cara pembangkang menangani isu The Heat membuat kita semakin muak dengan parti itu. Hipokrasi pembangkang nampaknya tiada batasan.  

Pesan kita, sekiranya ingin berpolitik pun, janganlah melanggar undang-undang.  Bagaimana kita boleh membayangkan pembangkang sebagai pemerintah jika sering menyokong dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang? 


Friday, March 29, 2013

Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang #UUlangISaman #ManifestoBukanJanji #TolakPR




Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga. 

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media. 

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan  menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut. 

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini? 

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.

Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.