Showing posts with label harakah. Show all posts
Showing posts with label harakah. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Lidah Rasmi Pas, Harakah Daily MEMANG KAKI PENIPU

Walaupun memegang status sebagai lidah rasmi sebuah pertubuhan politik yang kononnya memperjuangkan Islam, itu tidak bermakna mereka bebas untuk menipu pembaca dengan laporan yang boleh dikategorikan sebagai laporan sampah.

Ini kerana demi untuk menunjukkan kononnya himpunan #Guling yang diadakan di Dataran Merdeka malam tahun baru yang lalu mendapat sokongan, mereka sanggup menipu para pembaca fanatik untuk percaya dengan laporan berita yang disampaikan.

Isu ini berhubung gambar yang dimuatnaik oleh portal Harakah Daily yang kononnya melaporkan lintas langsung perkara yang berlaku semasa himpunan #Guling. Dengan menggunakan gambar tersebut, mereka mendakwa seramai 500,000 peserta demonstrasi telah berhimpun di Dataran sambil menyifatkan ia satu kejayaan besar terhadap program anak muda.

Namun apabila diselidiki, ternyata gambar tersebut adalah PALSU!!!!. Ini kerana gambar tersebut memaparkan kehadiran mereka yang hadir untuk program Gema Takbir Ambang 2014 bersama Azhar Idrus di Pulau Pinang. Ia berdasarkan kepada laporan media dan blog pembangkang yang melaporkan mengenai program tersebut.

Sudah mereka cuba menipu dengan melaporkan gambar yang salah, mereka juga dengan sengaja memberikan maklumat palsu tentang jumlah kehadiran. Menurut pemerhatian, pemantauan dan analisa yang dilakukan bermula jam 6.00 petang anggaran kehadiran pada malam itu hanya sekitar 5,000 – 6,000 orang sahaja. Ia termasuklah mereka yang hadir bagi mengikuti acara sambutan pada malam itu seperti konsert dan persembahan bunga api.

Tidak cukup dengan itu, Harakah turut mendakwa himpunan yang diadakan itu telah diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebagai satu simbolik kononnya mereka yang hadir benar-benar cintakan negara. Sedangkan secara realitinya, perkara tersebut langsung tidak berlaku sama sekali.

Malah menurut anggota keselamatan yang bertugas seperti polis dan penguat kuasa DBKL, para wartawan, pemerhati bebas, dan sebagainya turut mengakui langsung tiada sebarang nyanyian lagu negaraku yang berkumandang.

“Saya dan beberapa petugas (media) yang lain telah diarahkan untuk memantau kawasan padang, tempat di mana Chegu Bard dan beberapa wakil kumpulan pelajar berucap.

“Namun  bermula dari jam 11.30 malam (masa ketika konsert dihentikan, ekoran balingan botol air dan beberapa objek keras) sehinggalah jam 1.20 pagi (ketika, para peserta demo, mula bersurai) langsung tidak kedengaran nyanyian lagu negaraku dari kumpulan tersebut. Saya merasakan ia hanyalah merupakan laporan yang sengaja diada-adakan”, menurut salah seorang wartawan yang ditemui.

Memang tidak dinafikan, mereka ada menyanyikan beberapa buah lagu, namun kesemua lagu tersebut adalah merupakan lagu gubahan sendiri yang mengutuk, menghina, mengecam perdana menteri dan isterinya.

Kesimpulannya, ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan pendekatan seperti itu. Malah dalam beberapa siri demonstrasi jalanan yang diadakan mereka turut dilihat dengan sengaja memberikan angka yang besar berhubung jumlah kehadiran. Sungguh mengecewakan!!!! Ini kerana sebagai sebuah portal yang kononnya ingin memperjuangkan keadilan, telus dan bebas mereka secara diam-diam menipu pembaca setia dengan laporan-laporan sampah.

Malah pendekatan ini juga turut digunakan oleh jentera parti itu dalam siri kempen ketika pilihan raya kecil Dun Sungai Limau tidak lama dahulu. Mereka dengan sengaja telah mengubah beberapa keping gambar bagi menipu pengundi.



Monday, September 23, 2013

Benarkah PAS Tidak Pernah Tabur Duit Masa PRU?

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.

Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT. 

Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka. 

Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.  

PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya. 

Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali. 

Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.  Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah. 

Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu? 

Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah.  Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti. 


Wednesday, March 13, 2013

Awas Permainan Harakah Lindungi SuaraPakatanRakyat.com

Walaupun pernah dikecam hebat oleh perwakilan Pemuda Pas di dalam Muktamar Tahunan yang diadakan tidak lama dahulu, Harakah Daily yang merupakan portal berita dan lidah rasmi parti itu nyata tidak serik dan bermuhasabah. Perwakilan Pemuda Pas sebelum ini mengecam hebat peranan yang dimainkan oleh Harakah Daily kerana dilihat sebagai gedung fitnah serta menjadi alat dalam melaga-lagakan pimpinan Pas.

Ekoran daripada itu, Muktamar Dewan Pemuda Pas yang bersidang telah meluluskan dengan sebulat suara usul mendesak agar pimpinan pusat menstrukturkan semula sidang editorial parti itu. Malah mereka juga turut mendesak agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menapis dan mengawal kandungan serta pemberitaan Harakah.

Namun setelah hampir sekian lama, usul yang diluluskan itu hanya dipandang sepi oleh kepimpinan Pas pusat yang merasakan ia bukan satu isu yang mendesak. Malah lebih mengecewakan kepimpinan pemuda Pas bila mana, Hadi Awang selaku Presiden parti telah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh dan berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh Harakah selama ini.

Mengikut sumber, ekoran pendirian yang dikeluarkan oleh Hadi itu, ramai ahli dan penyokong Pas khususnya ‘orang muda’ telah mula memboikot portal tersebut sebagai satu pendekatan bagi menyuarakan bantahan. Mereka merasakan kredibiliti dan kandungan berita yang dilaporkan lebih menjurus untuk kepentingan sesetengah pihak demi survival politik sempit.

Peralihan minat pembaca setia lidah rasmi Pas ke portal-portal yang dilihat lebih ‘neutral’ telah menyebabkan ‘hits’ harakah merudum jatuh, dan perkembangan itu telah menyebabkan sidang editorial gusar dan tidak senang duduk.

Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengembalikan semula kredibiliti dan minat pembaca agar terus menjadikan Harakah sebagai medium rujukan utama. Oleh yang demikian saban hari, mereka mengunapakai strategi untuk ‘membunuh’ portal-portal pembangkang lain yang dilihat tidak sehaluan dan cuba melawan arus.

Terbaru, mereka berusaha untuk cuba menyakinkan pembaca kononnya, pengendali portal suarapakatanrakyat.com adalah milik Bn/Umno. Ia secara tidak langsung akan menimbulkan keraguaan di kalangan pembaca dan kembali menjadikan harakahdaily sebagai sumber rujukan.

Pendekatan menyerang mana-mana portal pembangkang yang ‘tidak sehaluan’ itu juga secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan peranan Harakah terus relevan dalam berdepan dengan media arus perdana dan portal-portal pro-kerajaan.

Sedangkan semua sedia maklum, mengenai pengakuan yang telah dibuat oleh mantan Ketua Pengarang suarapakatanrakyat tidak berapa lama dahulu yang mendedahkan mengenai penglibatan Anwar secara langsung dengan portal tersebut. Ketua Pengarang tersebut juga dilaporkan berkata, hanya dia dan Anwar sahaja yang tahu mengenai hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan oleh portal tersebut.

Penulis tidak berhasrat untuk membela portal tersebut, kerana merasakan kedua-dua portal tersebut (harakahdaily dan suarapakatanrakyat) adalah merupakan ‘sampah’ yang tidak mempunyai sebarang nilai. Laporan berita yang dimuatnaikan juga tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang boleh di sandarkan, tambahan pula keduanya sering melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan.

Cuma apa yang menarik ialah, permainan politik yang digerakkan untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain walaupun berkongsi objektif dan motif yang sama. Kesimpulannya kedua-dua portal dan gedung fitnah tajaan pakatan pembangkang ini wajar ditutup diambil tindakan oleh pihak berkuasa.