Showing posts with label ekonomimalaysia. Show all posts
Showing posts with label ekonomimalaysia. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Ekonomi Malaysia Kekal Memberangsangkan – Chief Economist, AMP Capital

Kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai GST pada hujung minggu telah diterima, dicerna dan ditafsirkan oleh rakyat mengikut ‘selera’ masing-masing.  Ada yang memuji-mujinya dan seperti biasa ada saja yang mengkritik dan merungut mengenainya.   

Kenyataan tersebut, antara lain menyebut bahawa “GST perlu dilaksanakan bagi mengelak negara menjadi bankrap seperti Greece jika kita memilih untuk meminjam” dan “kita perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan kerana itulah kita perlu melaksanakan GST.” 

Tanpa melihat keseluruhan ucapan atau melihat sudut lain, dua ayat ini terus terpasak dan menghantui fikiran rakyat.  Ramai yang mula tertanya-tanya, apakah Malaysia benar-benar berada dalam keadaan yang begitu buruk sekali sehingga terpaksa mencari sumber pendapatan dari rakyat sendiri melalui cukai?   Kebimbangan ini dikukuhkan lagi dengan perkembangan negara yang tidak memperlihatkan satu pun projek baru yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. 

Dari sudut politik, kita terpaksa mengakui bahawa siapa pun yang menulis ucapan kepada Perdana Menteri telah ‘tersalah’ memilih dan menyusun ayat.   Seharusnya, beliau lebih prihatin mengenai apa yang dilihat sebagai ‘politically incorrect’. 

Hakikatnya, ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang kukuh.  Laporan agensi penarafan ekonomi, Moody, baru-baru ini juga telah membuktikan bahawa kedudukan ekonomi Malaysia adalah positif terutama dari segi bon asing di mana negara ini berada di tempat tertinggi di rantau Asia. 

Jika enggan mempercayai laporan Moody, maka kita juga boleh mendengar sendiri dari Shane Oliver, Chief Economist, AMP Capital dalam temubual berikut:  http://www.abc.net.au/news/2013-11-25/malaysia-set-to-weather-a-slowing-of-us-stimulus/5114578?section=australianetworknews

Oliver menegaskan bahawa Malaysia masih sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi memandangkan ia terus menjadi pilihan pelabur.  Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan Malaysia untuk menjadi negara maju sejak dua puluh tahun lalu.  Antara yang membolehkan Malaysia kekal kukuh ialah kemampuan kerajaan untuk meyakinkan pelabur dengan menawarkan berbagai-bagai kemudahan bagi memastikan rentak kemajuan yang konsisten. 

Walaupun kedudukan hutang isirumah Malaysia dikatakan berada dalam keadaan membimbangkan, tetapi Oliver tidak melihatnya begitu.  Baginya, ia adalah sesuatu yang biasa dalam proses kemajuan negara, tetapi beliau bersetuju yang ia mampu menjadi masalah besar sekiranya jumlah tersebut terus meningkat dari sekarang.

Secara dasarnya, Oliver bersetuju bahawa langkah-langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST dan juga mengurangkan subsidi adalah tepat sekali.  Pendek kata, rakyat Malaysia tidak perlu bimbangkan apa-apa kerana ekonomi negara ini berada dalam keadaan yang baik. 

Kita tidak tahu sejauh mana rakyat meyakini penjelasan Oliver ataupun laporan-laporan positif dari agensi-agensi kewangan dunia mengenai Malaysia.  Ini kerana, keberkesanan langkah kerajaan hanya boleh dinilai oleh rakyat sendiri.  Pun begitu, penilaian tersebut sering dikaburi oleh persepsi yang dicetuskan oleh pengaruh dan hasutan pihak-pihak tertentu. 

Mungkin rakyat Malaysia perlu berlaku adil kepada diri sendiri dengan menilai kehidupan dari kaca mata sendiri tanpa terpengaruh dengan hasutan pihak lain.  Mulakan dengan bertanya diri sendiri, apakah kehidupan kita terjejas di mana-mana?   Biarpun subsidi minyak dan gula ditarik balik, apakah kehidupan kita telah terpaksa berubah secara drastik?  Apakah kita terpaksa menjual kereta atau tidak cukup makan? 

Apa yang kita lihat ialah, semakin ramai rakyat Malaysia keluar negara bercuti di musim cuti sekolah ini.  Pusat-pusat membeli-belah dan juga restoran tidak kunjung henti dengan pelanggan.  Sama ada di kampung atau di bandar, kehidupan kita masih sama saja biarpun mulut tidak henti-henti merungut itu dan ini. 

Justeru, apa kata jika memberi sedikit ruang untuk diri sendiri merasa tenang dan tidak terlalu menurut rentak pihak-pihak yang ingin mencetuskan prasangka dan kemarahan terhadap kerajaan.  Berikan kerajaan peluang untuk membuktikan ketepatan langkah-langkah yang diambil tanpa terlebih dahulu menghukum berdasarkan satu dua kenyataan dalam sebuah ucapan. 

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa rakyat akan lebih tenang sekiranya kerajaan dapat melaksanakan beberapa projek bagi meningkatkan pendapatan negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat dalam masa yang terdekat ini. Jika ini dapat dilaksanakan, kita yakin rakyat tidak akan semudah itu terpedaya dengan hasutan dan kerajaan juga akan lebih mudah untuk membela diri dari sebarang kecaman.


Wednesday, October 9, 2013

EKONOMI MALAYSIA CEMERLANG DI BAWAH PENTADBIRAN BN

Menjelang pembentangan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober depan, bermacam-macam analisis negatif dan komen yang tidak berasaskan fakta telah disebarkan oleh pihak pembangkang di dalam media maya.

Dengan menggunakan saluran media baru seperti blog, twitter, facebook dan sebagainya, pembangkang mereka-reka cerita bahawa Malaysia sedang mengalami masalah kewangan yang tenat dan mungkin juga bankrap!

Mereka menggunakan isu penarafan negatif oleh agensi penarafan antarabangsa Fitch berhubung isu jumlah hutang negara sebagai asas kepada hujah mereka.

Mereka juga membesar-besar amaran agensi penarafan antarabangsa lain seperti Standard & Poor's serta Moody Investor Service untuk membuat rumusan negatif berkenaan perbelanjaan dan pengurusan kewangan negara.

Jika diikutkan kepada banyak laporan negatif oleh agensi-agensi penarafan seperti ini sejak puluhan tahun lalu di mana mereka lebih kritikal daripada sekarang, Malaysia sepatutnya sudah lama bankrap dan rakyat hidup menderita akibat ekonomi negara yang merudum.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku, ekonomi negara terus kukuh dan rakyat hidup makmur sejahtera.

Kerajaan pula sentiasa mengambil pendekatan pro-aktif dan berpandukan kepada kepentingan negara dan rakyat.

Umpamanya ketika ekonomi negara rantau Asia Tenggara di serang penyangak matawabg George Soros pada 1997, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar sderta pendekatan bagi menyelamatkan ekonomi negara.

Antaranya melaksanakan mekanisme kawalan terhadap Ringgit dengan menetapkan kadar pertukaran matawang sebanak RM3.50 pada setiap Dolar Amerika.

Ini bagi mengawal pengaliran keluar masuk Ringgit di pasaran matawang antarabangsa serta membanteras aktiviti spekulasi matawang negara.

Bagi menyelamatkan sektor perbankan yang terjejas teruk kerajaan mewujudkan Danamodal bagi menyuntik modal baru bagi bank-bank tempatan supaya mereka berfungsi menggerakkan ekonomi negara.

Kerajaan juga menubuhkan agensi Danaharta bagi menyelamat dan memantapkan syarikat-syarikat di Bursa Malaysia terutamana yang berada di dalam sektor kritikal seperti pembinaan, petroleum, pembuatan dan sebagainya.

Jika mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membiarkan menteri kewangan ketika itu Anwar Ibrahim, sudah tentu Malaysia sudah bankrap malah dijajah oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

Kerajaan Malaysia ketika itu mengambil langkah drastik termasuk mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berjaya melindungi ekonomi Malaysia daripada badai kelemut ekonomi rantai tanpa melutut kepada mana-mana bantuan asing.

Begitu juga apabila Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara, beliau telah melancarkan program transformasi ekonomi serta pentadbiran bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2015 dalam kerangka besar Wawasan 2020 yang mana negara dijangka menjadi sebuah negara maju.

Dalam pentadbiran negara yang bersilih ganti sejak merdeka, setiap perdana menteri yang telah diberi amanah oleh rakyat, sentiasa meletakkan pembangunan fizikal dan modal insan sebagai tunjang transformasi ekonomi negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri dan seterus ekonomi berasaskan teknologi tinggi.

Di samping itu kerajaan terus memnberi penekanan kepada modal insan melalui pendidikan dan program sosial yang mantap.

Beratus ribu graduan dihasilkan dalam pelbagai bidang dengan dibangunkan banyak institusi dan kolej pengajian tinggi samada awan atau swasta.

Ekonomi negara pula berkembang dengan pesat hasil pulangan pendapatan eksport barangan Malaysia yang berkualiti tinggi serta mendapat keyakinan dunia.

Pelabur asing pula berlumba-lumba datasng ke Malaysia untuk mendirikan kilang serta melabur dalam sektor baru seperti teknologi maklumat.

Kerajaan pula sentiasa mengamalkan dasar mesra pelabur bagi meningkatkan lagi aliran pelaburan asing ke dalam ekonomi negara.

Pada masa yang sama syarikat-syarikat Malaysia sudah besar dan berjaya menjadi konglomerat pula mengembangkan aktiviti perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa dengan membuat peklaburan luar.

Ini juga membawa hasil positif kepada Malayia kerana keuntungan yang mereka perolehi daripada pelaburan luar di bawa pulang ke negara untuk terus memajukan ekonomi serta menjadi lebih besar dan kuat.

Jika dilihat dalam konteks keseluruhan pembangunan negara dan perubahan drastik hasil daripada kemajuan yang dicapai sejak hampir 60 tahun lalu, maka tidak timbul langsung isu hutang negara yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Hutang adalah perlu untuk bangunkan ekonomi sesebuah negara tetapi apa yang perlu difikirkan adalah pengurusan kewangan yang mantap termasuk bebanan hutang.

Selama ini dasar kerajaan telah berjaya mengurus sistem kewangan dunia dengan cemerlang sekali tanpa meletakan negara dalam situasi bahaya.

Propaganda negara bankrap dan sebagainya hanyalah tipu helah dan politik murahan pembangkang yang sudah bankrap idea dan modal untuk meraih sokongan rakyat.