Showing posts with label cecdap. Show all posts
Showing posts with label cecdap. Show all posts

Friday, October 4, 2013

Dakwat Tidak Kekal DAP Satu Hukum Karma?


Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29 September yang lalu telah ditimpa ‘karma’ kerana parti itu begitu keterlaluan dalam menuduh dan memfitnah orang lain? 

Selama ini, DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya.   Seluruh tenaga kerja DAP digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol, bahawa semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan kotor. Pilihanraya yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut agar berdemonstrasi menolak keputusannya.

Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang hilang dan ditukar.  Konon terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh ribu.  Konon kes dakwat yang tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan. Konon PR sepatutnya menang berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi. 

Namun, semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang pilihanraya tidak telus.  Tiada kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan.  Malah, kemudiannya terdapat pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat. 

Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang ‘karan’ saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dengan gembira ria.   Pun begitu, usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus dilakukan mereka. 

Dalam pada itu, parti PR sendiri, terutama DAP turut mengalami kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus.  Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara licik sekali.  

Akibatnya, pemilihan semula terpaksa dilakukan, iaitu pada 29 Setember lalu. 

Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan BN. 

DAP didapati mengambil ‘khidmat’ pengundi hantu apabila ahli yang telah dipecat juga boleh mengundi, manakala lebih 800 perwakilan yang sepatutnya mengundi pula, telah ‘hilang’. 

Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan mudah dihilangkan, maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih tidak berkualiti lagi.  Menurut sumber, ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum proses pemilihan selesai sepenuhnya, atau sebelum sempat meninggalkan dewan. 

Alasan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke Siew Fook ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek.   Beliau juga menekankan bahawa biarpun dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku.  Justeru, tiada apa yang patut dirungutkan. 

Sedangkan, jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya.  Kini, DAP meminta semua pihak agar menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan berlaku. 

Nampaknya, amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP.  Parti ini jelas mempunyai masalah besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi. 

Hakikatnya, DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing secara adil.  Kerana itu, mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah ini.  Dengan cara ini, kaum Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama dengan bangsa lain. 

Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia. 


Thursday, October 3, 2013

Pemilihan CEC DAP: Bukti DAP Perlekeh Cina Sabah


 Walaupun BN sering dihentam kerana mengamalkan sistem ‘perkauman’ melalui parti-parti komponen, tetapi ternyata sistem itulah yang memastikan semua kaum tidak terpinggir kerana masing-masing punya suara yang sama lantang untuk bersuara. 

Sebaliknya, DAP yang sering mendabik dada sebagai parti berbagai kaum terbukti bukan sahaja meminggirkan, tetapi menindas kaum bukan Cina dengan berbagai cara halus mahupun terbuka  Pemilihan CEC yang penuh kontroversi adalah bukti segala-galanya. 

Di dalam DAP, bukan sahaja kaum lain tidak diberi peluang, tetapi kaum Cina dari Sabah juga turut dipinggirkan seolah-olah mereka merupakan Cina kelas kedua berbanding Cina Semenanjung.  Buktinya, tiada calon dari negeri itu yang bertanding dalam CEC yang lalu. 

Sedangkan, di masa yang sama, DAP sedang berusaha untuk menawan Sabah dan Sarawak sambil mengecam BN konon tidak membela rakyat kedua negeri itu dengan sebaiknya. Menurut Lim Kit Siang, parti itu akan memberi tumpuan khas ke atas Sabah bagi merampas negeri itu dari BN dalam PRU-14 nanti. 

Walaupun bercita-cita tinggi untuk menawan Sabah, tetapi pertandingan CEC DAP menyaksikan tiada calon dari Sabah.  Sebagai ‘ganti’, DAP melantik wakil dari negeri itu sebagai Ahli Jawatankuasa bagi menunjukkan seolah-olah parti itu berlaku adil.  Dr. Edwin Bosi kini merupakan satu-satunya wakil dari Sabah di dalam CEC DAP. 

Sebelum ini, DAP telah mengadakan program ‘kawasan angkat’ di kawasan-kawasan sasaran di Sabah di mana beberapa Ahli Parlimen dan ADUN dilantik sebagai ‘pemantau’ bagi memastikan kemenangan dalam PRU-14. 

Jelas sekali DAP begitu bersungguh-sungguh ingin merampas Sabah, namun atas sikap kuku besi yang kronik, kepimpinan DAP keberatan memberi kuasa kepada wakil dari Sabah. 

Sewajarnya rakyat Sabah mengambil iktibar dari apa yang berlaku ini dan belajar menilai DAP dengan minda dan hati yang terbuka.  DAP tidak segan silu berlaku tidak adil dan tidak segan silu menipu.  DAP juga tidak pernah merasa kesal atau bersalah serta tidak ingin berubah. Biarpun pemilihan CEC berlangsung dengan penuh manipulasi dan diskriminasi, DAP terus melakukan manipulasi dan diskriminasi yang sama dalam pemilihan semula. 

Lebih teruk dari itu, DAP juga sanggup mengumumkan seorang Cina sebagai wakil Melayu. 

Untuk rakyat Sabah, jangan sekali-kali lupa bahawa DAP telah menipu dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang.  DAP telah mendiskriminasi dan memijak ahli-ahlinya sendiri yang berbangsa Melayu dan India dalam pemilihan jawatankuasa parti.  DAP turut memperlekeh kaum Cina dari Sabah.  Dan pastinya DAP tidak memandang sebelah mata pun terhadap pribumi Sabah. 

Sabah, bagi DAP, hanyalah platform untuk merebut kuasa.


Wednesday, September 25, 2013

DAP CEC: DAP Do Not Trust Ambiga.

The DAP CEC election has been filled with controversy, to the extent that it has affected the party credibility. Now, the members are focusing fully on the re-election that will be held on the 29th of September.
However, the public believe that the DAP election will not be done transparently and without any fraud. The doubt originates from the current development that shows that the action of DAP leaders is truly mind boggling.
People are getting sick of the DAP leaders, some of the delegates shows that they are being left out of the special meeting that was allegedly held to discuss the re-election. This meeting was never before held in the history of DAP. DAP leaders chose specific people to be elected and this particular action angers most of the DAP members who are not included.
            What’s puzzling is that, even though the issue is getting bigger to the extent that they were forced to hold a re-election, the party did not even investigate why 753 delegates did not receive any notice for the previous meeting. DAP leaders are trying to justify the absence of 753 delegates in the early election. In other words, DAP leaders did not admit their mistakes.
            They are trying to lie to the people by saying that 500 delegates had already sent a note saying that they could not come to the meetings. The DAP has yet to show to the public any of the notes.
            DAP Vice Chairman for the constituency of Ladang Paroi, David Dass, has asked for an injunction from the court so that they can stop the election before it is held again for the second time.
            Clearly it shows that DAP members do not trust the DAP to held the re-election they are seen as fail to held a clean and fair election.
            Thus, many people suggested that the DAP must appoint BERSIH to look into the re-election. Ambiga Sreevanesan, who were obsessed with clean election have to be ready to lead the surveillances unit, plus, she must understand that those who were side-lined were from her own race.
Ambiga should make sure that there are no racist elements in the re-election in the DAP CEC.
Because of racism, DAP do not trust Ambiga to put her in a position where she can look into the CEC. DAP are willing to pay an international company (PKF Accountants and Business Advisers) to look into the CEC re-election process. The company is responsible to ensure that the counting of the votes for 2,576 delegates who are eligible to vote. The vote count will be made manually and also by a cross checking computer software.

The action of using an audit company is a drastic change for the party that is seen as a way to return the faith to the party among its members. However, it is seen as a desperate move and it is a sign that the DAP’s credibility has been destroyed completely.
Just imagine, to count 2,576 votes, the DAP party have been surveillances by an international audit firm. In the same time the DAP accused that the Malaysian government hold an unclean election. Ironically, DAP leaders who are not even trusted by its people are being celebrated for their roles in BERSIH.
It seems that, they do not trust each other even though they are always working side by side and seems to be in the same zone as one another. It is true what they say about liars, a liar knows another liar, and they could not bear to trust their comrades even when they are in the same boat.


Wednesday, September 18, 2013

Anthony Loke Masih Gagal Buktikan 500 Perwakilan DAP Tangani Surat


Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab. 

Setakat ini, Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari tuduhan manipulasi dan menipu undi.  Guan Eng juga tidak mampu menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal. 

Usaha terdesak setiausaha organisasinya, Anthony Loke, untuk memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa ‘500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis, sebenarnya telah menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir’, tidak dapat diterima langsung. 
Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut, kenapa pula mereka membuat aduan kepada ROS?   Dan jika benar surat itu wujud, kenapa Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat?  

Logiknya, jika surat tersebut dikemukakan, tentu DAP tidak perlu mengambil risiko dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan semula.   Dan tidak ada sebab DAP sengaja menyembunyikan surat tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti itu cukup ‘takut’ jika terpaksa dibubarkan. 

Nampaknya, baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng, langsung tidak merasa bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan penipuan juga.  Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin berang. 

Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan dan kemarahan ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan diktator.  Ia juga membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti milik Lim sekeluarga dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya. 

Sepatutnya, DAP turut mengambil tindakan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat tidak menghantar notis kepada perwakilan.  Dengan membiarkan sahaja kemelut ini berterusan membuktikan bahawa semua kepimpinan tertinggi DAP turut terlibat. 

Memandangkan Anthony Loke yang mula-mula menyatakan kewujudan 500 surat dari perwakilan, maka sekurang-kurangnya DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap beliau kerana menipu.   Ini kerana, jika benar beliau tidak menipu, maka tentu tiada masalah bagi beliau untuk mengemukakan salinan asal surat tersebut seperti desakan ramai. 

DAP wajib menunjukkan ketelusan dengan menghukum mereka yang bersalah.  Tidak mungkin surat tersebut hilang begitu sahaja jika benar ia wujud seperti yang dikata.


Tuesday, September 10, 2013

Kemelut CEC DAP: Bukti Cina Takut Bersaing Secara Adil


Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula. 

Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian. 

Tidak cukup dengan itu, turut didakwa terdapat ‘perwakilan haram’ seramai 547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian awal.  Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.

Ironi sekali apabila semua ini berlaku dalam DAP yang merupakan parti yang paling keras memperjuangkan keadilan, meritokrasi dan kesamarataan, serta sering mendabik dada sebagai parti yang tidak berasaskan kaum. 
Namun, apa yang berlaku telah membuktikan bahawa DAP telah bertindak bertentangan dengan setiap satu dari slogan perjuangan parti itu. 

Kita sedia maklum bahawa tonggak penentangan DAP terhadap Barisan Nasional selama ini adalah kononnya kerana BN yang diterajui UMNO mendiskriminasi kaum-kaum bukan bumiputera.  Kononnya UMNO terlalu melebihkan bumiputera sehingga memberi peluang pendidikan dan ekonomi kepada yang tidak layak.  Kononnya ramai lagi di kalangan bukan bumiputera yang layak dan berhak mendapat peluang tersebut tetapi terpinggir kerana dasar-dasar UMNO.  Kononnya juga, kaum bukan bumiputera rata-ratanya jauh lebih bijak dari bumiputera. 

Semua ini ditanam begitu kuat dalam sanubari DAP lalu disebarkan melalui sekolah-sekolah vernakular dan juga media berbahasa Cina sehingga akhirnya membangkitkan perasaan benci dan angkuh di kalangan hampir semua masyarakat Cina di Malaysia.  Buktinya dapat dilihat dalam PRU-13 yang lalu di mana hampir semua masyarakat Cina menolak BN dan memilih DAP. 

Jika ditanya kepada mereka kenapa memilih DAP, jawapan mereka pasti berbunyi kerana DAP tidak perkauman, DAP mementingkan keadilan serta berpegang kepada dasar meritokrasi. 

Bagaimanapun, seperti yang dikatakan tadi, kemelut CEC DAP sudah cukup untuk membuktikan betapa hipokritnya kaum Cina.  Dalam mereka melaungkan meritokrasi, keadilan dan kesamarataan, mereka sebenarnya cukup takut untuk bersaing secara telus.  Sekiranya mereka melihat kemungkinan kaum mereka tidak mampu memenangi jawatan, maka mereka akan menipu, memanipulasi atau mengugut bagi memastikan kaum mereka terus berkuasa. 

Sesiapa yang pernah bekerja di syarikat swasta pasti bersetuju bahawa taktik yang sama digunakan kaum Cina dalam pekerjaan dan perniagaan.  Sudah menjadi pengetahuan umum bagaimana kedai runcit atau pasaraya yang diterajui kaum Cina akan dengan sengaja mendiskriminasikan barangan buatan bumiputera dengan berbagai cara.  Jika mereka menjadi pemborong, mereka tidak akan memberikan kemudahan kredit yang sama antara peniaga kaum lain dengan kaum mereka, malah akan berusaha untuk menyukarkan atau menggagalkan peniaga kaum lain agar boleh diambil alih oleh kaum Cina.  

Mereka juga begitu tegar sanggup meletakkan harga sewa premis perniagaan yang berbeza antara kaum lain dengan kaum mereka sendiri.   Malah, dalam bidang pendidikan terutama pendidikan tambahan seperti seni dan muzik yang majoritinya dikuasai kaum mereka, terdapat beberapa kes di mana guru Cina dengan sengaja mengajar perkara yang salah atau tidak memberi maklumat penuh kepada pelajar kaum lain terutamanya yang lebih bijak dan berpotensi besar. 

Semua ini membuktikan betapa kaum Cina sebenarnya takut dengan persaingan berdasarkan meritokrasi dan segala laungan ke arah dasar meritokrasi hanyalah hipokrasi semata-mata.  Sekiranya dasar meritokrasi benar diamalkan, mereka pasti akan memanipulasi dan menipu sebagaimana yang dilakukan oleh DAP dalam pemilihan CEC.

Soalnya, sampai bila kaum Cina akan terus bersifat hipokrit?  Sampai bila DAP boleh menipu yang kononnya parti itu tidak menipu?   Aduan dan bukti sudah pun jelas, tetapi DAP masih tegar ingin terus menipu.  

Apakah kaum Cina benar-benar sanggup diperintah oleh parti penipu asalkan parti itu diterajui oleh kaum mereka?  Apakah ini yang dikatakan prinsip ‘kesamarataan, ketelusan atau keadilan dan tidak perkauman’ yang dilaung-laungkan oleh kaum itu? 

Friday, August 23, 2013

CEC DAP: Perwakilan India Akan DiAbaikan Sekali Lagi?


Dalam keterpaksaan, DAP telah mengumumkan akan mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Pusat (CEC) pada 29 September ini. DAP pada mulanya berhempas pulas cuba mengelak dari mengadakan pemilihan semula namun terpaksa akur apabila ROS tidak memberi pilihan jika enggan parti itu dibubarkan. 

Inilah yang terpaksa ditanggung oleh DAP kerana membiarkan pemimpin yang bodoh sombong, rasis, lagi gila kuasa seperti Lim Guan Eng, bermaharajalela. 

Jika tidak kerana terlalu rasis dan tidak mahu ada seorang pun wakil Melayu di peringkat kepimpinan, maka tentu DAP tidak perlu menghadapi masalah ini.   

Jika tidak kerana ingin menipu Melayu dengan meletakkan seorang Cina yang mempunyai nama Melayu, iaitu Zairil, bagi mewakili Melayu, maka tentu pemilihan semula tidak perlu berlaku sejak dari awal lagi.   

Dan jika tidak kerana berhati busuk sehingga sanggup menafikan hak perwakilan India untuk mengundi maka sudah tentu semua ini tidak akan berlaku. 

Lim Guan Eng sudah beberapa kali didapati menipu dan memutarbelit fakta.  Malah, ramai yang telah keluar dari DAP atas faktor ‘Tokong Lim’.   

Hakikatnya, Lim Guan Eng adalah liabiliti kepada DAP.  Kewujudan dirinya di dalam parti memberi imej samseng, bongkak, penipu, rasis dan korup.  Namun, memandangkan DAP mengamalkan nepotisme, maka kedudukan Lim Guan Eng pastinya tidak akan goyah kerana seluruh kerabat dan kroni Lim di dalam DAP, akan memastikan kedudukannya kekal kukuh dengan apa jua cara. 

Atas dasar inilah maka kita meragui yang DAP mampu berlaku telus dalam pemilihan semula CEC September ini.  Biar berapa kali pun pemilihan semula dilakukan, DAP tidak mungkin mampu berlaku telus setelus-telusnya. 

Tidak ada sebab bagi kepimpinan DAP untuk menafikan hak 753 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan awal melainkan mereka tidak yakin yang kroni-kroni dan kerabat mereka akan menang. 

Justeru, sekiranya mereka tidak yakin sebelum ini, apa yang akan membuat mereka yakin pada September ini?   Lebih-lebih lagi apabila kesemua 753 perwakilan yang telah dinafikan hak itu pastinya telah kecil hati dan mungkin menyimpan dendam terhadap kepimpinan.  Maka, apakah mungkin mereka akan mengundi kroni-kroni dan kerabat kepimpinan dalam pemilihan semula? 

Lim Guan Eng tentu sekali tidak akan mengambil risiko orang-orangnya kalah dalam pemilihan semula ini kerana itu hanya akan membuktikan bahawa  berlakunya penipuan dalam pemilihan awal. Mengenali sikap samseng, rasis dan diktator beliau, beliau akan memastikan yang keputusan pemilihan kali ini tidak jauh berbeza dengan yang terdahulu. 

Tidak mustahil, beliau akan mengulangi penipuan dan manipulasi yang sama agar kesemua 753 perwakilan India itu tidak dapat mengundi lagi.   

Apa yang pasti, beliau tentu sedang merancang sesuatu bagi menyelamatkan diri, kerabat dan kroninya.   Maka, tidak hairanlah DAP sengaja memanjangkan tempoh pemilihan semula iaitu sehingga 29 September. Untuk apa DAP memerlukan masa yang begitu panjang untuk menjalankan keadilan melainkan DAP sememangnya mempunyai muslihat dalam menentukan keputusan.  

Tuesday, August 20, 2013

CEC DAP: Guan Eng Mesti Ditumbangkan

Kredibiliti parti DAP kini jatuh ke tahap sifar.  Jika selama ini DAP mungkin mampu mengaburi mata sebahagian rakyat kononnya parti itu memperjuangkan ketelusan, tetapi kini semua orang dapat melihat sendiri betapa hipokritnya DAP.  Jangankan tidak telus, malah rasis tegar dan juga penipu besar. 


Kredibiliti DAP jatuh mendadak sejurus selepas berjaya menguasai Pulau Pinang. Dalam keadaan mabuk kuasa, warna sebenar DAP mula terserlah dan semakin hari semakin terang dan semakin jelas.  

Sama ada parti itu ingin mengaku atau tidak, kita melihat hampir semua masalah yang menimpa DAP hari ini adalah berpunca dari Lim Guan Eng.  Sudah menjadi hukum alam bagi mereka yang bongkak akan pasti melakukan kesilapan.  Selagi mereka tidak insaf, selagi itulah orang yang bongkak akan didera dengan kesilapan demi kesilapan. 

Inilah yang berlaku terhadap Lim Guan Eng yang sudah terlalu besar kepala setelah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.  Mungkin jawatan itu ditambah dengan jawatan sedia ada iaitu Setiausaha Agong, merangkap anak kepada Lim Kit Siang pula, membuatkan Lim Guan Eng merasakan dirinya berada di puncak kayangan. 

Sejak menerajui Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terkenal dengan sifat angkuh menjadi semakin bongkak. Maka tidak hairanlah beliau digelar ‘Tokong’ oleh ahli-ahli partinya, termasuk parti sekutu serta rakyat Pulau Pinang sendiri. 
                                                                                                  
Kebongkakan Lim Guan Eng merupakan antara penyebab utama beberapa pemimpin DAP meninggalkan parti itu dalam kemarahan, kesesalan dan kekecewaan. Antara personaliti yang signifikan yang telah meninggalkan DAP kerana Guan Eng ialah Tunku Aziz. Tunku Aziz telah menyertai DAP kerana persahabatannya dengan Lim Kit Siang.  Namun, Tunku Aziz akhirnya telah dipariahkan saja oleh anak sahabatnya, Lim Guan Eng, dengan percubaan untuk merasuah jawatan dan gaji lumayan apabila beliau mengkritik parti tersebut. 

Sedikitpun Lim Guan Eng tidak menunjukkan hormat kepada sahabat bapanya, seorang tua dan seorang yang berjawatan tinggi di dalam parti.  Ini menunjukkan bahawa Guan Eng tidak pernah hormat kepada sesiapa apatah lagi ahli-ahli biasa di dalam parti, terutamanya yang bukan berbangsa Cina. 

Justeru, kita tidak terkejut apabila Guan Eng sebagai Setiausaha Agong enggan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dalam pemilihan CEC. Guan Eng tidak merasa bersalah kerana sengaja menafikan hak 753 perwakilan India untuk mengundi. Guan Eng juga tidak merasa malu apabila tindakannya sengaja memanipulasi undi telah terdedah.  Malah, Guan tidak segan silu menyalahkan komputer dan membiarkan orang lain memikul kesalahan. 

Hakikatnya, DAP berada dalam krisis kepimpinan yang kronik.  Kepimpinan, khususnya, Guan Eng, kini menjadi liabiliti kepada kredibiliti dan imej parti.  Kebongkakan Guan Eng menyebabkan ramai ahli dan pemimpin DAP kurang senang dan pada bila-bila masa saja mungkin meninggalkan parti itu.  Dan Guan Eng juga telah terbukti sebagai penipu, rasis, tidak cekap dan tidak telus. 

Dalam kata lain, imej ‘telus’ yang ingin DAP paparkan hancur lebur dengan wujudnya Lim Guan Eng di dalam parti itu.    

DAP tidak boleh bersikap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku setelah kemelut pemilihan CEC terdedah sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula.  Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu dan seseorang yang tidak kena dan tidak menjalankan tugasnya dengan amanah.  

Oleh itu, seseorang perlu memikul kesalahan ke atas apa yang berlaku dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah Setiausaha Agong yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas proses pemilihan.  Tidak mungkin tidak ada ‘kambing hitam’ yang dengan sengaja atau tidak sengaja telah tidak menghantar jemputan kepada 753 perwakilan yang terlibat? Apakah DAP cuba menyatakan bahawa ‘kesilapan’ ini juga merupakan salah komputer? 

Sebagai Setiausaha Agong, Guan Eng wajib meletak jawatan jika gagal mengenalpasti punca ‘kesilapan’ sehingga membawa malu dan masalah besar kepada parti.  Jika Guan Eng terlalu bongkak untuk meletak jawatan, maka DAP wajib membuktikan ketegasan dan ketelusan dengan memecat beliau sebagai langkah memulihkan kredibiliti dan imej parti. 

Thursday, August 1, 2013

DAP Sedia Pecat 753 Perwakilan India


Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia.  Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar. 

Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis.  Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih.  

Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina.  Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai ‘wakil Melayu’ melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?

Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula. 

Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini.  Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal.   Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni  serta kuncunya terpelanting. 

Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka.  Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula.  Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja.  Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India. 

Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka? Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu.  Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa. 

Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan.  Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya ‘tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis’ akan berulang.