Showing posts with label PRtenat. Show all posts
Showing posts with label PRtenat. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

KRISIS DALAMAN SERIUS BAKAL HANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG

Keadaan pakatan pembangkang sekarang berkecamuk pasca Pilihan Raya Umum ke-13 kerana perbalahan antara Pas, PKR dan Dap semakin ketara.

Ini timbul kerana walaupun pembangkang mampu mengurangkan lagi kerusi Parlimen Barisan Nasional, pergolakan berlaku nerana sifat tamak dan haloba antara ketiga-tiga parti.

Sementara BN menerima cabaran dan keputusan rakyat dengan tenang dan mengatur langkah untuk memperbaiki semua kelemahan, pakatan pembangkang pula semakin bongkak dan hilang arah.

Kemenangan besar mereka seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kepada penyokong kerana pemimpin-pemimpin pembangkang lebih gemar berpolitik dan berpolemik daripada mengubal dasar serta program yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di negeri di bawah pentadbiran mereka.

Dari masa sebelum, semasa dan selepas PRU13, tugas utama  mereka nampakna hanya untuk tersu menyerang dan memfitnah kerajaan.

Kekecewaan Anwar Ibrahim tidak mampu menjadi perdana menteri begitu terserlah dalam sikap yang diambil oleh parti-parti pembangkang.

Bertambah parah pula, masing-masing juga mempunyai dalaman serius yang harus ditangani segera.
Dap umpamanya bergelut dengan mada depan dan hidup mati parti itu berhubung isu penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu.

Pelbagai alasan diberikan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Peertubuhan (ROS) untuk mengelakkan parti itu dikenakan tindakan undang-undang namun semakin lama krisis tersebut berpanjangan semakin bertambah serius pula jadinya.

Keadaan dap kini macam mengorek lubang untuk menutup lubang yang dikorek sebelumnya tetapi semakin banyak lubang dikorek semakin besar pula lubang baru yang baru digali.

Nasib dap tidak ada penyelesaian walaupun pemilihan baru di adakan semua pada Disember depan kerana masalah adakah mengenai penipuan dalam proses pemilihan bukannya dari segi teknikal.

Di Selangor pula, pergelutan kuasa antara kem Azmin Ali dan Menteri Besar Khalid Ibrahim tidak kesudahan.

Usaha untuk mengenepikan dua wanita yang berkuasa disekeliling Khalid, Faekah Husin dan Arfaeza Aziz nampaknya tidak mendatangkan hasil.

Walaupun Saifuddin Nasution dilantik Anwar sebagai pegawai politik di pejabat menteri besar, masalah tidak juga selesai.

Saifuddin semacam melukut ditepi gantang sementara Faekah khabarnya bertambah berkuasa.
Apatah lagi tindakan Khalid mengadakan mesyuarat exco di Bangkok baru-baru ini menimbulkan persoalan pembaziran kewangan negeri.

PKR memutuskan dalam mesyuarat biro politiknya untuk mengadakan dialog dengan BN dalam isu tatakelola tetapi parti itu seharusnya melihat dan menyelesaikan isu salahguna kuasa oleh menteri besar di Selangor terlebih dahulu.

Pas pula berada di dalam dilema mengenai isu tahlul siyasi yang menyebabkan wujudnya dua kem pendapat dalam parti itu menjelang muktamarnya ke 59 November depan.

Perbalahan antara kumpulan ulama dan kumpulan yang mengikut rentak politik Anwar yang dikenali sebagai Anwarinas atau Erdogan semakain jelas.

Ada ura-ura di belakang tabir untuk menghapuskan elemen-elemen Anwarinas daripada Pas pada pemilihan akan datang.

Golongan ulama melihat kumpulan Erdogan sudah lari daripada landasan perjuangan parti kerana lebih condong untuk membawa pengaruh Anwar yang liberal dan tidak mementingkan perjuangan Islam.

Demi kelangsungan Pas sebagai sebuah wadah perjuangan Islam, golongan Anwarinas harus disingkir sebelum keadaan dalaman parti bertambah parah.

Apapun hakikatnya, pakatan pembangkang bukanlah berada di dalam suasana yang aman atau kuat sebagaimana yang digembar-gemburkan kepada rakyat.

Krisis yang dihadapi oleh Pas, PKR dan Dap adalah amat serius yang bakal mengugat dan meleraikan ikatan dalam kerjasama rapuh mereka selama ini.


Sebanyak mana pun mereka mengatakan pakatan pembangkang mendakwa mereka bersatu hati, realitinya mereka hanya menipu diri sendiri termasuk penyokong dan rakyat yang terpengaruh dengan sandiwara pada PRU13 lalu.

Thursday, May 30, 2013

PR Utamakan Undang-Undang Rimba

Jika mahu dikira rasanya sudah ratusan kali pihak berkuasa khususnya PDRM memohon jasa baik para penyokong dan pemimpin parti politik agar mematuhi peraturan & undang-undang supaya ketenteraman awam terjaga demi kepentingan bersama.

Seruan sedemikian tidak pun sukar untuk dipatuhi bagi siapa sahaja yang waras akal dan bersih hati nuraninya, namun bagi golongan yang kurang kasih sayang ibu bapa sebagaimana banyak kedapatan dalam PR ia dianggap satu penyeksaan jiwa raga yang mengekang kebebasan hak asasi manusia.

Para pemimpin PR dan NGO yang sehaluan dengannya tetap berdegil enggan mengikut arahan pihak berkuasa sebaliknya terus bertindak berpandukan akal sendiri seolah-olah negara ini tiada peraturannya semacam undang-undang rimba pula yang lebih PR utamakan.

Sebab itu saban hari mereka sibuk dengan perancangan untuk berhimpun sana sini dengan tema blackout 505, himpunan rakyat 505 semacam jenama seluar jeans Levis pula, konon sebagai bantahan terhadap keputusan PRU-13 yang dikatakan penuh penipuan serta tidak telus. 

Tapi di masa yang sama, dalam sibuk bantah membantah itu ini, diam tak diam boleh pula para pemimpin dan penyokong PR menerima dengan penuh bangga kejayaan mereka mengekalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Mereka juga gah mendabik dada dengan keupayaan DAP, PKR dan PAS menguasai 89 kerusi Parlimen.

Seandainya diambil kira tuduhan PR yang meremehkan ketelusan proses PRU-13 secara tersirat ia bermaksud setiap kawasan dan negeri yang dimenangi PR pun wajar dipertikaikan, bukan begitu? 

Sebetulnya, jika para pemimpin dan penyokong PR bijak berlapang dada dan ada kesedaran menghormati keluhuran undang-undang, gunakanlah saluran yang ada misalnya melaksanakan bantahan melalui petisyen pilihan raya supaya dengan demikian siasatan sewajarnya dapat dilakukan.

Bertempik sorak dalam himpunan sana sini bukannya satu tindakan cerdik  melainkan menonjolkan betapa rendahnya kesedaran sivik golongan yang terlibat. Negara kita ada undang-undang, maka ikutlah dan peraturan selagi mana kita adalah warganegaranya yang setia.

Wednesday, April 10, 2013

Perang Rebut Kerusi PR Makin Tenat #TolakPR #PRU13 #GE13


Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin ghairah berkempen, semakin celaru Pakatan Rakyat jadinya. Hampir di semua negeri dan semua kawasan akan berlaku perebutan kerusi, ketidakpuasan hati dan sakit hati.  


Di Kedah, DAP telah diketepikan oleh PAS. Di Perlis, PKR telah dipermainkan oleh PAS. Di Johor, DAP telah mengenepikan DAP sendiri dan juga PKR. Di Selangor dan Pahang, PKR bermain tolak-tolak sesama sendiri. Di Terengganu PAS dan PKR berhempas pulas menepis dan menekan sesama sendiri. Di Perak, kita menyaksikan ‘pertandingan pencak-silat kalah maki’ antara DAP-PKR, DAP-PAS, PKR-PAS. Di Negeri Sembilan pula berlaku ‘perebutan tiga penjuru’ di beberapa tempat.   

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai susunan hierarki kepimpinan yang jelas mahupun sifat setiakawan yang ikhlas. Malah, sifat hormat-menghormati sesama sendiri, termasuk sesama pemimpin parti sekutu juga tidak ada langsung.   

Mungkin kerana terlalu sangat mempromosi sikap tidak menghormati dan suka menghina orang lain, maka akhirnya apa yang diterapkan oleh PR itu kini berbalik kepada diri mereka sendiri di mana tiada siapa lagi yang menghormati mereka.  

Maka kerana itu, kita melihat pilihan Anwar diboo oleh penyokongnya sendiri. Pilihan Lim Kit Siang dicemuh penyokong sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan.   

Mungkin hanya penyokong PAS masih mempunyai rasa hormat kepada pemimpin sendiri tetapi jelas mereka juga tidak hormat kepada pemimpin PKR dan DAP kerana DAP dan PKR tidak pernah menghormati pemimpin mereka.  

Dalam keadaan di mana ‘carta aliran’ kuasa di dalam pakatan tidak dapat dipastikan, bagaimana PR begitu yakin yang mereka mampu memerintah negara? Bayangkanlah, ini baru soal calon dan kerusi, belum lagi soal prinsip, halatuju dan ekonomi.   

Kita pasti, jika PR menang maka isu hudud, isu salon, arak, judi, murtad, Kalimah Allah, semuanya akan dibangkitkan kembali kerana isu-isu ini, pada hakikatnya tidak pernah selesai.  Pada ketika itu, apa agaknya akan terjadi kepada negara kita?

Mungkin DAP yakin akan dapat mengawal keadaan kerana PAS selama ini hanya memilih untuk mengalah, tetapi apakah jaminan yang PAS akan mengambil sikap yang sama sekiranya benar-benar beroleh kuasa?  Sedangkan, dihari-hari terakhir sebelum pilihanraya ini PAS sudah membuat percubaan untuk menjadi dominan dengan memastikan parti itu bertanding kerusi paling banyak.   

Mungkin juga DAP tidak mengambil kisah tentang berapa banyak kerusi PAS bertanding kerana dahulu pun PAS bertanding lebih banyak dari DAP tetapi kemenangan yang dicatat tetap kurang dari DAP.   

Namun, ini bukan petanda yang DAP harus mengambil mudah sikap emosional dan tidak rasional penyokong PAS yang benar-benar percaya bahawa perjuangan mereka menubuhkan Negara Islam adalah jihad.   Ingatlah, bahawa mereka ini telah membuktikan bahawa mereka sanggup menelan dan melakukan apa saja yang ‘difatwakan’ oleh pemimpin mereka.  

Lihat sahaja bagaimana dahulu mereka menganggap DAP sebagai kafir harbi, tetapi sebaik sahaja pemimpin mereka memeluk Lim Kit Siang, secara automatik DAP menjadi lebih Islam dari UMNO.   Atau lihat sahaja bagaimana mereka mengkafirkan undang-undang Malaysia, tetapi sejurus selepas bersalaman dengan Karpal Singh, secara automatik undang-undang yang sama menjadi ‘cukup Islam’ untuk terus dipertahankan.  Dan lihat sahaja bagaimana mereka sanggup mengambil risiko ke atas masa depan, keselamatan dan nyawa mereka, termasuk isteri dan anak-anak kecil mereka yang diheret untuk berdemonstrasi hanya kerana Ulama mereka menyatakan bahawa demonstrasi itu adalah jihad.  

Justeru, tidak wajar kita melihat perang berebut kerusi di dalam PR ini sebagai perkara ringan.  Sesungguhnya, ini adalah petunjuk awal akan keadaan dalam Parlimen dan dalam negara sekiranya parti mereka memerintah.   Kita juga sekali-kali tidak boleh mengenepikan kemungkinan perang antara agama akan turut berlaku di bawah pemerintahan PR.   

Sengaja penulis tidak membincangkan tentang kedudukan PKR dalam senario krisis pemerintahan PR, kerana setakat hari ini, PKR sebenarnya sudah tidak relevan lagi.  Ini kerana tiada siapa lagi yang mendengar arahan dan kata-kata Anwar.   Malah, pengumuman Anwar bahawa isterinya yang juga Presiden Parti, iaitu Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU kali ini juga, telah disanggah oleh anaknya sendiri.   

Inilah yang terjadi apabila antara Ketua Umum dan Presiden serta Naib Presiden yang merupakan suami isteri dan anak-beranak juga turut tidak dapat menghormati sesama sendiri.  

Hakikat penting yang perlu penyokong PR terima ialah, Anwar bukanlah bakal Perdana Menteri kerana PAS akan memastikannya begitu. PAS tahu bahawa jika Anwar tidak mampu mengawal nafsu sendiri, bagaimana beliau boleh mengawal parti dan negara?

Jika DAP dan PKR tetap bertegas inginkan Anwar maka bersedialah kita untuk menyaksikan perang besar di dalam kerajaan PR.  

Adalah mustahil untuk PR mentadbir negara tanpa ketua yang pasti dan tanpa susunan pentadbiran yang jelas.   PR seharusnya menyelesaikan perkara asas ini terlebih dahulu dan bukannya menikam belakang sesama sendiri dalam menghadapi pilihanraya.