Showing posts with label #Transformasi. Show all posts
Showing posts with label #Transformasi. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Lebih 60,000 Rakyat Malaysia Raikan PM Dan BN Di Kelang #BNBagus #Transformasi #ManifestoBN #BetterNation #GE13 #PRU13 #Vote4BN


Lebih 60,000 orang menghadiri majlis ramah mesra bersama PM di Westport, Kelang pada hari Sabtu lepas. turut hadir sama pada majlis ini Datuk Michelle Yeoh yang menyuarakan sokongan kepada kepimpinan DS  Najik Razak. Dengan kehadiran ramai penyokong PM, menunjukkan bahawa sokongan rakyat Selangor yang kembali memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan BN.

Inline image 1
Inline image 2
Inline image 3



Thursday, April 18, 2013

BN Kemuka Calon Baru, Penjana Transformasi Negara #SayangiSelangor #SaveKedah #UbahPenang #BNBaru #Transformasi #GE13 #PRU13 #BNBagus #Najib4PM #BN4Malaysia

Tindakan BN meletakkan calon-calon baru untuk PRU13 menggambarkan aspirasi PM meneruskan agenda transformasi sosial, ekonomi dan politik.

BN kali ini meletakkan 90% di Wilayah Persekutuan, 80% muka baru di Selangor, 62% di Pulau Pinang dan 50% di Kedah, menggambarkan semangat baru BN untuk merampas semula negeri-negeri pembangkang.


PM yakin senarai calon-calon yang BN ada mampu menawan semula negeri Selangor setelah 5 tahun di bawah pentadbiran PR.


Selangor BN to fulfil people’s trust

Wednesday, April 17, 2013

#Tranformasi PM BN #BetterNtion #BNBagus


Telah banyak usaha dan giat kerajaan terutamanya melalui inisiatif Datuk Seri Najib Razak sendiri bagi memastikan keseimbangan semua kaum dapat dicapai. Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah termasuk program Transformasi yang menyentuh kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. 

Sokongan kepada PM dapat dilihat peningkatannya terutamanya akhir-akhir ini. Tidak ketinggalan kaum Cina yang semakin bersatu dan menyokong penuh barisan kepimpinan di bawah pemerintahan Najib. Menyentuh mengenai kaum Cina ini, golongan mudanya telah menampakkan satu sisi yang positif dimana mereka lebih bersikap terbuka dan matang. Ini adalah kerana usaha PM sendiri yang mengambil pendekatan mendekati rakyat melalui media sosial. 

Dan perkara itu telah memberi impak yang besar melibatkan golongan muda kaum Cina dari segi penerimaan mereka. Keterbukaan dan kematangan yang ditunjukkan dilihat positif kerana ternyata ianya disambut baik oleh mereka. 

Antara usaha-usaha PM yang menggunakan media sosial ialah berinteraksi secara langsung bersama PM seperti melalui Twitter dan Facebook. Secara hakikatnya, ini merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat dan membolehkan mereka berhubung tanpa had. 

Ramai maklum bahawa generasi muda sekarang lebih gemar sesuatu yang bersifat 'up to date' kerana ianya seiring dengan perkembangan mereka. Hasil usaha PM untuk berinteraksi melalui laman sosial, kini golongan muda Cina kini lebih berminat untuk mengambil tahu tentang politik tempatan. 

Satu lagi kesan jangka panjang yang baik untuk BN terutamanya dalam memastikan mereka berada seiring dan sejalan dengan generasi muda. Secara tidak langsung, mereka turut mengagumi sikap PM yang lebih terbuka dan peramah. Ini mendapat reaksi dan perhatian dari Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah. Menurut beliau, PM amat memahami jiwa dan aspirasi golongan muda.

Oleh sebab itu, banyak inisiatif yang diambil PM dan kerajaan sendiri bagi memenuhi kehendak bakal tunggak pimpinan negara ini. Mereka adalah aset yang perlu dijaga dengan elok dan rapi agar kesannya dapat dirasai pada masa akan datang. 

Golongan muda tidak kira apa jua kaum dan bangsa perlu diberi pendedahan dan maklumat yang cukup agar timbang tara dan penilaian dapat dilakukan mereka. Ini penting bagi memastikan mereka memahami sepenuhnya perjalanan pentadbiran sesebuah negara melalui sebuah kerajaan.

Tuesday, April 16, 2013

Pasukan #Transformasi BN Harapan Rakyat #BetterNation #PRU13 #GE13


Tiada siapa yang dapat memuaskan hati semua orang, itulah hakikat kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia yang waras dan matang.  Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang calon pilihanraya, di mana ia melibatkan hati rakyat keseluruhan, golongan majoriti, minoriti serta ahli-ahli politik sendiri.  

Hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 dan sedikit masa lagi kita mungkin akan berpeluang membezakan antara ahli politik yang waras dan matang dengan yang tidak.   Ini kerana, mana mungkin kesemua yang terlibat berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri tidak kira walaubagaimana bijak, baik, ikhlas atau bersih pun calon yang terpilih itu.

Kadangkala, ketidakpuasan hati itu bukan kerana mempunyai masalah dengan calon, tetapi hanya kerana mempunyai kepentingan diri untuk meletakkan orang lain atau mungkin juga, diri sendiri.  Namun, kewarasan dan kematangan seharusnya membantu kita menerima keputusan seadanya bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan.  

Dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menerima hakikat dan enggan bergerak ke hadapan, dengan sendirinya membuktikan bahawa orang sebegini sememangnya tidak layak untuk dicalonkan.  

Sebagai rakyat, kita berpeluang memilih yang terbaik dan menolak yang tidak waras dan tidak matang itu.  Nampaknya, Dato’ Seri Najib telah mencuba sedaya upaya untuk menampilkan yang terbaik dengan mengambil kira suara akar umbi dan rakyat keseluruhan.  

Jika kita asyik merungut dengan sikap segelintir pemimpin kecil BN yang mengada-ngada, sombong, korup dan bodoh, tetapi di masa yang sama kita juga tidak sanggup mengundi pembangkang yang jauh lebih jahat, korup dan bodoh lagi, maka inilah masanya kita memberi sepenuh sokongan kepada pilihan Dato’ Seri Najib.  

Kita juga sering merungut mengenai bagaimana personaliti yang berpotensi dicantas dan ditolak sejak di peringkat bawahan, malah daripada peringkat penyerahan borang keahlian lagi.  Mereka yang berpelajaran tinggi disekat kerana bimbang mengatasi Ketua Cawangan dan Bahagian.   Mereka yang kuat bekerja, rajin, amanah dan ikhlas diketepikan kerana bimbang akan terserlah ‘bintangnya’ sehingga menampakkan betapa bertentangannya sikap tersebut dengan penggalas jawatan yang sedia ada.  Sehinggakan akhirnya, semua jawatan politik di isi oleh mereka yang kebanyakannya sudah tidak relevan lagi.  Akibatnya, yang tidak tahu dan tidak mahu bekerja terus berada di atas sehingga menimbulkan rasa benci dan muak rakyat terhadap UMNO/BN.  

Justeru, keputusan Dato’ Seri Najib untuk meletakkan 45% muka baru bagi kerusi DUN dan  33% bagi Parlimen, membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar serius dalam membawa transformasi ke dalam Barisan Nasional.  Selain itu, sejumlah 91% yang tercalon mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma ke atas.  

Jelas, Dato’ Seri Najib sedar bahawa untuk survival parti, BN perlu mengutamakan suara rakyat dari suara segelintir mereka yang tidak berpuas hati.  

Objektif BN ialah berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin-pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan mereka.  Dan objektif yang sama wajib dipegang oleh semua calon-calon yang terpilih kali ini.  Buktikan yang anda adalah pilihan yang tepat.  

Bagi mereka yang tidak terpilih, bukan bermakna semuanya tidak bagus, tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tergolong dalam golongan yang tidak matang dan tidak waras tadi.  Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada pilihan yang tidak begitu tepat, namun terimalah itu sebagai takdir yang pasti ada hikmahnya.   

Lagipun, jika benar anda seorang yang matang, waras dan masih relevan, maka buktikanlah ia dengan cara meneruskan perjuangan walaupun tidak dicalonkan.   Jika itu juga sukar untuk dilakukan, maka bersaralah dengan cara terhormat, sebagai seorang manusia yang berpendirian.  Sekiranya benar anda seorang yang berkebolehan seperti yang anda war-warkan, maka yakinlah rezeki ada di mana-mana dan bukannya hanya melalui politik.  

Sedarlah bahawa politik hari ini bukan lagi seperti 15 tahun dahulu di mana sedikit kelemahan tidak akan membawa padah yang besar.  Hari ini politik menjangkaui sempadan kawasan dan negara.   Jika tersalah langkah, negara, bangsa dan agama menjadi taruhan.  Oleh itu, ini bukan masanya untuk kita memikirkan tentang diri sendiri dan beremosi, tetapi lihatlah transformasi ini sebagai langkah pertama ke arah sebuah bangsa yang berilmu, matang, berprinsip dan bermaruah.  

Thursday, March 21, 2013

SASARAN GTP & ETP TERCAPAI, #JANJI DITEPATI #TRANSFORMASI


Ketika ini pasti ramai yang sedang meneliti laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa hari yang lalu.

Tidak kurang juga pasti ada dikalangan pimpinan pembangkang yang sedang mengkaji angka-angka yang diberikan bagi memastikan semua maklumat yang diberikan adalah fakta dan bukan sekadar omong kosong bagi mengelaburi mata rakyat. Ini kerana ia adalah merupakan peluang terbaik yang akan digunakan mereka, untuk terus menghentam kerajaan bagi membolehkan rakyat memilih pakatan dalam pilihanraya akan datang.

Namun apa yang penting, walau apapun yang cuba dilakukan, masakan mereka mampu menipu angka dan fakta yang dibentang kerajaan. Kerana rakyat ketika ini semakin bijak dan cerdik dalam menilai kerana ternyata usaha kerajaan ketika memperkenalkan GTP dan ETP pada tahun 2010 dan 2011 yang diwujudkan bersama-sama dengan Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial telah membuahkan hasil. 

Usaha kerajaan untuk membentuk Dasar Transformasi Nasional juga telah memberikan kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.

Yang lebih membanggakan kesemua insiatif yang diperkenalkan sebelum ini untuk memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 semakin berjaya. Tambahan pula ia merupakan satu eksperimen paling berani kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.

Malah semua sikap sinikal dna prejudis yang ditunjukkan oleh pimpinan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu terhadap Dasar Transformasi Nasional nyata tidak berasas dan bakal kehilangan punca.

Tambah menarik perhatian, apabila portal pembangkang seperti Malaysian Insider turut memberikan laporan yang positif berhubung laporan yang dibentangkan itu walaupun sebelum ini mereka boleh dikatakan seperti media rasmi pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dalam semua hal.


Antara yang paling menarik perhatian ialah, kecemerlangan prestasi kerajaan boleh disaksikan melalui peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita sebanyak 4,000 peratus iaitu daripada hanya AS$257 (RM802) pada 1957 kepada AS$9,970 (RM31,111) tahun lalu. Malah kadar kemiskinan negara yang berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga terus kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.

Inisiatif yang diperkenalkan kerajaan juga dilihat berkesan apabila mampu mengeluarkan kira-kira 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan. Tidak ketinggalan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan supaya setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. 

Menurut Datuk Seri Najib, dengan kecemerlangan prestasi negara itu,  rakyat diharapkan dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada kerajaan supaya setiap apa yang dirancangkan demi masa depan negara tersebut dapat dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog YAB Datuk Seri @Najib Razak yang disiarkan dalam blog 1Malaysia, 



Wednesday, March 20, 2013

Laporan Tahunan ETP & GTP 2012 - #Transformasi #ETP


Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri DS Najib Razak.


Kesemua NKRA menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang ditetapkan. Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas. Sejumlah 438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012. Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan!

Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012. Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013. Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012. Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.


 

Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M. Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100. Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia . RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3. bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan. Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam. Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun. 


Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan. Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia. 

Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan. Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bersprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5.

Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC. Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian.
Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012. Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri. Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012.
 
Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012. Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009. Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan. Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan. Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion.


Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera. Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%. PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012. Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion. Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan.