Tuesday, August 23, 2011

Lagi Janji Yang Tidak Ditunaikan Kerajaan PR

Khemah kanvas jadi rumah 

KUALA LUMPUR - Di celah kepesatan pembangunan ibu kota, masih ada lagi keluarga yang terpinggir mengharungi kehidupan seharian berbumbungkan khemah kanvas untuk berlindung daripada hujan dan panas. 

Penderitaan keluarga Ghazali Othman, 55, bukan direka-reka tetapi berpunca daripada janji-janji politik yang dilemparkan kepada penduduk Kampung Berembang satu masa dahulu. 

Ghazali berkata, dia tidak meminta kehidupan sedaif begini, tetapi ke manakah keluarganya mahu pergi apabila penempatan Kampung Berembang dirobohkan setelah 28 tahun dia tinggal di situ. 

Menurutnya, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, kerajaan baru yang mentadbir Selangor melemparkan pelbagai janji manis kepada penduduk antaranya mereka akan dipindahkan ke Pangsapuri Kos Rendah. 

“Sudah hendak masuk lima hari raya, satu pembangunan tak pernah wujud di kawasan ini sepertimana yang dijanjikan. 

“Untuk keluarga berteduh, saya terpaksa pasang khemah kanvas sebagai rumah sementara untuk berlindung daripada hujan dan panas sekalipun tidak selesa,” katanya.


---------


kalau ikut yang asal, penduduk kampung berembang telah diberi wang pampasan dan diberi tempat tinggal sementara di rumah awam dbkl dan bulanan dijelaskan pemaju sementara rumah siap (pemindahan setinggan). tapi waktu itu ada juga yang degil tak mahu berpindah tetapi wang pampasan telah diambil dan dihabiskan. semasa pru 12 yang lalu mereka yang tak mahu berpindah kononnya pkr akan bantu mereka dan beri rumah mewah kepada mereka sekiranya mengundi.menyokong pkr dan pakatan. bila dah ambil alih kerajaan selangor, janji tinggal janji, kepada mereka yang percaya bulat-bulat tu, terima nasib yang diharungi sekarang. dulu bn ampang nak tolong tak nak terima. dan yang tolong sekarang kerajaan persekutuan, bn juga. ~BB~

No comments: