Monday, May 23, 2011

Sultan Selangor Melawat Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa


Sultan Selangor Menyampaikan sumbangan RM 5,000.00 kepada Pn Jamiah Din ibu kepada Allahyarham Shahrul Nurimran Adnan - Gambar dari Bernama.
 
23.05.2011, Isnin - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mengada lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14, Hulu Langat yang terlibat dengan trajedi tanah runtuh pada petang Sabtu lepas yang telah mengorbankan 16 nyawa dan 9 orang masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam lawatan ini Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Seramai 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menerima sumbangan berjumlah RM217,000.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000.00 disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan manakala RM5,000.00 kepada 16 waris yang terkorban dan RM1,000.00 kepada 37 mangsa yang terselamat. Tuanku turut diberikan taklimat oleh Pengarah Kanan Cawangan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Ashaari Mohd.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Khusrin Munawis dan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Ihsan Tun Hamzah. Takziah Syah ucapkan kepada keluarga 16 orang yang terkorban dalam trajedi ini dan berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini. Mereka yang terkorban adalah :-

  1. Mohd Kamarul Amizan, 11
  2. Nurahimi Rosdi, 14
  3. Dzahir Haziq M. Muin, 11
  4. Ahmad Lokman Hakim, 11
  5. Farid Ibrahim, 34
  6. Mohd Azret Azahari, 8
  7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
  8. Zahid Assawal Zamri, 19
  9. Mohd Mustakim Mamat, 12
  10. Mohd Naerzein M. Nor,8
  11. Mohd Aiman Abdullah, 10
  12. Shahrul Nurimran Adnan, 9
  13. Mohd Zaid Azahari, 14
  14. Mohd Imal Fahad, 9
  15. Mohd Riezman Abdul Latif, 9
  16. Mohd Hazim Sapri, 10

Al-Fatihah kepada Mangsa-Mangsa Yang Terkorban. Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

No comments: