Thursday, June 27, 2013

Tiba Masa Untuk Berhenti Berpolitik

Himpunan Black505 berakhir dengan kegagalan yang memalukan bagi Anwar Ibrahim, sekali gus menandakan bahawa rakyat sudah semakin celik akan permainan pembangkang.  Berikutan dengan itu, Anwar juga telah menyatakan bahawa tiada lagi demonstrasi selepas ini. 

Blackout 505 Padang Merbok Gagal - 3

Walaupun sukar untuk kita mempercayai beliau, namun itulah yang sebaik-baiknya yang dilakukan Anwar kerana mengadakan himpunan lagi pasti akan menggandakan lagi kegagalan yang memalukan itu. 

Apatah lagi apabila Anwar sudah pun mengangkat sumpah dan bergelak ketawa besar bersama Dato’ Seri Najib di dalam Parlimen.  Dari tindak-tanduknya, seolah-olah beliau langsung tidak ada kena mengena dengan himpunan Black505 mahupun anak-anak muda yang berbaring dan mencuba untuk merempuh parlimen semalam.  

Biarlah beliau menipu diri sendiri, yang penting beliau tidak lagi dapat menipu rakyat jelata.  Rakyat tahu bahawa niatnya adalah untuk mencetus anarki dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang tetapi terpaksa menebalkan muka mengangkat sumpah kerana telah gagal mencapai matlamatnya. 

Bagaimanapun, walau apa yang berlaku di dalam arena politik, hakikatnya rakyat jelata di luar kepompong politik sebenarnya sudah muak dengan cerita-cerita politik.  

Sebelum pilihanraya, tidak dinafikan yang rakyat Malaysia cukup prihatin dengan berita politik.  Laman-laman sosial rakyat biasa bagai tidak dapat lari dari menyentuh soal politik.   Mereka juga sering memberi komen atau sekadar ‘menyampuk’ di laman-laman dan media sosial yang dikhaskan untuk politik.   Rakyat semakin aktif berbincang politik sewaktu demam pilihanraya sehinggakan mereka yang atas pagar atau senyap sebelum itu juga mula menyerlahkan warna masing-masing.   

Pada hari pilihanraya, dan seminggu selepasnya, keadaan di laman-laman sosial masih lagi hangat dengan sembang-sembang politik.  Namun, ia pantas berkurangan di mana sebulan selepas PRU, mereka di kalangan rakyat biasa hampir langsung tidak bercakap politik lagi. 

Yang masih terus hangat bercakap mengenai politik hanyalah mereka-mereka yang di peringkat Cawangan, Bahagian, Pusat, dan terutama sekali yang terlibat dalam aktiviti media sosial.  

Ketika himpunan Black505 baru-baru ini, laman-laman sosial rakyat biasa hampir tidak langsung mengambil tahu, jauh sekali melemparkan komen mengenai himpunan itu.  Yang terus aktif mengemaskini status masing-masing mengenai himpunan tersebut hanyalah di kalangan mereka-mereka yang terlibat dalam media sosial politik. 

Malah, seorang rakan memberitahu bahawa teman-teman serumahnya langsung tidak sedar akan adanya himpunan ‘besar’ pada hari tersebut.   

Jelas, rakyat sudah benar-benar bosan dengan politik dan hanya menunjukkan minat sebelum ini kerana memikirkan hala tuju negara yang mungkin berubah selepas PRU-13.   Kini, setelah PRU berlalu, rakyat ingin kembali ke rutin asal mereka dan enggan diganggu oleh berita politik lagi. 

Justeru, ada baiknya jika semua pihak mengurangkan propaganda dan provokasi politik kerana bimbang rakyat akan menjadi meluat pula. 

Usah ditampilkan imej murahan para politikus yang asyik bergaduh, menuduh dan menghentam ataupun mempromosi diri sendiri.   Laporkanlah hanya apa yang perlu.  Sempena konsep wasatiyyah yang dijadikan tonggak pemerintahan Perdana Menteri, maka eloklah semua pihak mengambil sikap bersederhana dan tidak keterlaluan dalam apa jua termasuk politik. 

Sudah sampai masa politik Malaysia menempuh usia matang dan tidak terus terbawa-bawa dengan emosi.  Jika UMNO dan BN dapat meningkatkan diri, lama kelamaan, kita pasti pembangkang akan ‘mati’ sendiri. 

Rakyat telah memberi peluang sekali lagi, hargailah peluang itu dengan memajukan parti dan di masa yang sama, mengukuhkan jati diri.    

Wednesday, June 26, 2013

Lembaran Baru Parlimen Malaysia


Setelah Ketua Pembangkang menelan ludahnya sendiri dan mengangkat sumpah di Parlimen semalam, maka bermulalah lembaran baru dalam pentadbiran Malaysia. Walaupun sidang yang mulia tersebut dicemari oleh sampah-sarap yang ditabur Anwar di luar Dewan, namun rakyat tetap memberi harapan tinggi agar sidang kali ini mampu menampakkan satu transformasi minda di kalangan ahli-ahli politik. 

 

Dalam kata lain, kita harap sikap mereka yang berbaring dan menjerit di luar dewan, tidak turut menggambarkan sikap yang di dalam dewan.   

Ingatlah, di dalam dewan inilah rakyat bergantung nasib dan masa depan mereka.  Dengan barisan-barisan pemimpin yang digambarkan sebagai ‘paling layak’, ‘paling tepat’, dan ‘paling bijak’ kalaupun tidak ‘paling popular’,  maka inilah diharapkan agar usul-usul serta hujah-hujah perbahasan turut menepati semua gambaran itu.   

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa politiking di Malaysia sudah mencapai tahap tepu sehingga tiada lagi ruang yang tidak dipolitikkan. 

Oleh itu, kita harap ahli-ahli parlimen sekalian memahami bahawa Dewan Parlimen bukan tempat berpolitik, tetapi merupakan satu platform untuk berbincang, berdebat dan mencari penyelesaian serta ide-ide baru mengenai negara.  Ia adalah satu sidang yang serius serta bukan tempat untuk mencari populariti mahupun membodek atau mengutuk sesiapa. 

Rakyat tidak meletakkan anda di sana untuk membuat persembahan sarkas dan membodohkan diri sendiri.  Sesungguhnya tiada apa yang menarik melihat ahli-ahli politik membodohkan diri sendiri.  

Justeru, rakyat ingin agar isu-isu yang dekat dengan diri mereka diperbahaskan secara professional dan matang agar penjelasan dan penyelesaian dapat diambil segera.  

Semoga persidangan kali ini berjalan lancar tanpa gangguan makhluk-makhluk perosak yang membazir masa dan wang negara.  Bersikaplah sebagai pemimpin, bukan artis atau samseng jalanan.  Dan yang paling penting, janganlah bersikap macam binatang. 

BLACK 505 GAGAL, AKHIRNYA CINA TIPU ANWAR

Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka - lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya.

Pada ceramah-ceramah, jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.

Maka politik angka menjadi amat penting untuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan.

Begitu juga parti politik mempunyai keahlian mencecah jutaan orang sudah tentu tidak sama keperkasaannya dengan parti yang hanya disokong oleh jumlah anggota yang lebih kecil.

Makna besar itu dilihat lebih kuat, lebih popular dan lebih hebat dan jumlah yanbg kecil dalam konteks politik dilihat sebagai pinggiran bukan berada di dalam arus perdana atau 'mainstream'.

Anwar Ibrahim mahu dilihat sebagai pemimpin hebat dan berwibawa di kalangan pengikut-pengikutnya.

Setiap kali beliau menghadiri ceramah politik dipastikan kapasiti lokasi mesti mampu menampung sekurang-kurangnya 2,000 para hadirin.

Begitulah purata jumlah kehadirin penyokong Anwar setiap kali beliau muncul di khalayak ramai.

Jika jumlah itu kurang daripada itu Anwar akan menarik muka dan tempias kemarahannya akan terpalit kepada pegawai-pegawai peribadinya.

Seringkali setiausaha politik yang sering mengikuti bontot Anwar pada setiap program yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berpeluh jantan jika didapati jumlah penyokong yang hadir tidak sampai angka yang diharapkan.

Setiausaha politik kelam kabut dibuatnya membuat panggilan sana dan sini untuk mengarahkan pimpinan peringkat ranting/cawangan dan cabang/bahagian untuk mengerahkan ahli-ahli mereka pada majlis yang akan dihadiri Anwar.

Ada kalanya Anwar sahaja meninggalkan majlis apabila jumlah yang hadir amat mengecewakan.

Kadangkala beliau akan menghantar pasukan peninjau untuk memantau sesuatu program itu samada ia mendapat sambutan atau tidak.

Jika sambutannya hanya beberapa kerat, pasti Anwar akan membatalkan kedatangannya walaupun sudah dua atau tiga minggu kain rentang dipasang di sekeliling tempat ceramah untuk mengkhabarkan kedatangan beliau.

Kehadiran Anwar juga membawa rahmat kepada peniaga-peniaga makanan dan minuman serta mereka yang menjual CD ceramah, buku, poster dan bermacam-macam anika aksesori yang berkaitan dengan parti pembangkang.

Jika Anwar tidak datang maka hanguslah modal yang dilaburkan untuk membuat makanan dan minuman yang hanya terbuang begitu sahaja kerana kekurangan pelanggan.

Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok baru sahaja selesai Sabtu lalu.

Pembangkang mensasarkan lebih setengah juta atau 500,000 penyokong akan turun ke jalanan untuk menuntut supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya serta timbalannya meletak jawatan.

Ini antara desakan pembangkang yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Barisan Nasional.

Jika keputusan itu tidak memberi sebarang implikasi politik kepada Anwa sudah tentu tidak akan ada siri jelajah Black 505 yang bermula seminggu selepas berakhirnya PRU13.

Malang bagi Anwar kekalahan pembangkang juga bermakna impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hancur berkecai kerana itulah penutup kepada kerjaya politiknya selama ini.

Sementara pemimpin-pemimpin pembangkang lain dari Pas dan Dap akut dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi PM, Anwar pula bertindak macam orang gila.

Sudah tentu angka kurang daripada 10,000 yang hadir pada penutup atau 'finale' Black 505 di Padang Merbok amat mengecewakan Anwar.

Beliau menjangka 'habis busuk' sekurang-kurangnya 100,000 akan turun untuk menyertai beliau menentang  untuk menumbangkan kerajaan BN.

Akhirnya jumlah penyokong yang sanggup mengharungi cuaca panas dan meredah jerebu yang menyesakkan nafas tidakm sampai 10 peratus daripada angka yang disasarkan, malah 5 peratus pun tidak sampai.

Hanya datang mewakili hanya antara 2 hingga 3 peratus sahaja sasaran asalnya.

Sebagai pemimpin agung pembangkang jumlah kehadiran tersebut sudah tentu amat menghampakan seolah-olah beliau terkena satu tamparan maha hebat daripada pengikut-pengikutnya.

Mungkin selepas perhimpunan itu pemimpin pembangkang akan berhimpun daan bermesyuarat untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Black 505.

Alasan mudah untuk menyelamatkan diri para penganjur akan meletakkan kesalahan atas faktor cuaca yang berjerebu.

Tetapi dalam keadaan pihak keselamatan memberi kerjasama dan ruang secukupnya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, menjadikan jerebu sebagai punca kegagalan sudah tentu akan ditertawakan rakyat.

Hakikatnya penutuk kepada kempen jalanan pembangkang untuk membantah keputusan PRU13 juga menandakan berlabuhkany tirai ke atas karier politik Anwar.

Anwar gagal segagalnya untuk terus mengheret rakyat bersekongkol dengannya untuk terus menghambat satu impian yang hanya memberi kepentingan kepada diri seorang individu sahaja.

Angka menaikkan Anwar dan angka juga akhirnya menamatkan riwayat politiknya.

Wednesday, June 19, 2013

Matangkah Cara Kita Berpolitik?

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebilangan daripada rakyat negara ini masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan terus mahu mengadakan bantahan.

Beberapa siri demonstrasi dan perhimpunan diadakan sejak 8 Mei, dengan ucapan berbaur fitnah, tohmahan, maki hamun dan hasutan semakin galak dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, lantas memanipulasi sentimen dan emosi orang ramai seolah-olah inilah cara politik baharu di Malaysia.

Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal pertama selepas PRU13 sudahpun ditetapkan bermula 24 Jun ini seakan-akan 'tidak bermakna' bagi anggota pakatan DAP-PKR-PAS meskipun mereka kini mempunyai 89 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.

Persoalannya, dalam tempoh tujuh tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang?

Mengupas persoalan itu, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata untuk Malaysia menjadi negara maju menuntut anjakan paradigma rakyat menjadi lebih matang dengan setiap pihak mengamalkan cara berpolitik berimbang dan penuh kesederhanaan.

Beliau berkata perbuatan seperti perhimpunan serta demonstrasi jalanan sebagai satu proses bangkangan dalam negara, merupakan ekspresi politik yang mampu mempengaruhi rakyat dan pada masa sama mendatangkan kerugian kepada negara dalam aspek ekonomi, sosial dan pembangunan.

"Politik yang matang adalah politik yang mengamalkan kesederhanaan dan berimbang berbanding politik ekstrem yang akan memusnahkan negara. Ini yang rakyat perlu faham," katanya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu berkata kestabilan politik sahaja tidak mencukupi seandainya tidak disertai kematangan berpolitik.

Katanya ahli politik dan rakyat perlu faham bahawa negara bukan sahaja berdepan dengan cabaran dalam negara tetapi juga ancaman dari luar serta anasir asing yang bertujuan mewujudkan suasana tidak aman.

Samsul Adabi berkata kematangan berpolitik juga boleh membawa maksud bahawa masyarakat berpengetahuan tinggi dan mengerti tindak-tanduk serta boleh membuat analisis mudah perbuatan mana-mana pihak sama ada ia bagus atau buruk untuk negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata Amerika Syarikat, Britain dan Jepun adalah contoh negara yang berjaya mengamalkan politik matang manakala Malaysia semakin bergerak ke hadapan menuju demokrasi yang progresif.

Keputusan PRU13 yang menyaksikan pertambahan kerusi yang dimenangi pakatan DAP-PKR-PAS dengan bilangan pengundi yang keluar mengundi mencecah 84.8 peratus turut mencerminkan rakyat mengamalkan demokrasi untuk melakukan perubahan melalui undi.

Namun mampukah pakatan pembangkang memainkan peranan mereka untuk mengawasi dan menegur kepada kerajaan atau hanya terus berpolitik dan memanipulasi sentimen dan emosi rakyat?

"Bangkangan perlulah dilakukan secara berhemah. Sekiranya bangkangan yang dilakukan melampau... maka kerajaan perlulah bertindak tegas kerana ia akan memberi ancaman dalam soal keselamatan," katanya.

Sejauh mana pula unsur kebencian, fitnah, demonstrasi, maki hamun dalam berpolitik masa kini mampu menjamin perpaduan di kalangan kaum terus utuh di masa hadapan?

Mengamalkan elemen sedemikian, menurut Samsul Adabi hanya akan 'membunuh' rasa hormat sesama kaum di negara ini, bahkan akan mengheret negara ke arah kemunduran.

Aktivis sosial Khairil Hafizd Khairuddin, 31, berpendapat politik yang diamalkan di negara ini adalah separuh matang memandangkan tindakan sesetengah pihak yang lebih mengikut emosi sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya kekurangan ilmu politik menjadi punca ada di kalangan rakyat mudah terpengaruh dan sanggup berdemonstrasi dan berhimpun tanpa memahami kesan perbuatan itu.

"Adalah tidak matang untuk mana-mana pihak menyuarakan rasa tidak berpuas hati menerusi demonstrasi atau perhimpunan atau apa jua bentuk kerana apalah gunanya Parlimen dibentuk jika permasalahan rakyat gagal disuarakan di sana, dan kenapa perlu memilih jalan raya?

"Pada saya ini semua bertujuan memburukkan imej kerajaan dan negara selain mahu menjayakan agenda pihak tertentu termasuk pihak asing," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, June 11, 2013

Dear PM @NajibRazak , the Malay Muslim Bumiputera are FED UP !!


Lim Kit Siang has again, well i always say this about this guy but again he talked nonsense  (Refer The Malaysian Insiderand seems to be blaming everybody BUT himself and DAP. It seems that UMNO are the crooked one, the oppressed one and etc but DAP are the angels born from heaven.  If all of us, Malaysian remember correctly, prior to GE 12, yes i mean the Pre - 2008 it was bloody good.  All races could sit down together, discuss, lepak at Mamak and what not without being wary of one another. 

However, as soon as PR won 5 states , we became more polarized, DAP became more chauvinist, the DAP Chinese became more bolder because for them now "kita sudah ada kuasa" . Come on, the Muslim Malay's had power for the last 60 years and what this we do? We provided you with ample opportunities to succeed in this country. The policies that Tun M propagated had benefit the Chinese tycoons tremendously. Zaid Ibrahim can confirm to this. 

In addition, those tycoons that were filthy rich by this Malay Muslim Bumiputera government did not even employ the Malays. Look at Berjaya group under Vincent Tan, the percentage of Chinese working in his conglomerate is enormous, compared to the Malay's who only work in 7 elevens, have we make any issue out of this? None! 

The reason why we are getting polarized now is simple, it is because the Malay's are fed up, fed up of the DAP Chinese who are blaming everybody but themselves. Fed up because the Najib administration, knowing full well that the DAP Chinese will not support BN still gave them what ever they wanted, the Malay's are fedup because we think we deserve more, and now we want our share. We want the 60%, yes 60% of the economic pie of the country. Why shall the Malay's, comprises 60% of the country population settle for 30%? would the DAP Chinese agree to this if they were in our shoes? No !!

Again, the Malay Muslim Bumiputera are FED UP and we WANT our share !

SOURCE : THE KL CHRONICLE

Why Are Losers Such As @Saifnasution @DrDzul & @Teresakok Rewarded For Their Failure ?

Dzulkefly Ahmad Teresa Kok Selangor

I read with disgust today the article from The Mole that Pas central committee member Dzulkefly Ahmad and DAP national vice chairman Teresa Kok have been suggested by their respective parties to be Selangor political liaison officers to the Mentri Besar office.

Dzulkefly when contacted by The Mole confirmed that his name had been endorsed by Pas' central working committee to be appointed to the portfolio.

Dzulkefly said Seputeh MP Teresa Kok who was proposed by the DAP will also be appointed to the post. 

The appointment of these so called leaders raises a lot of questions and is a sort of bribery to both PAS and DAP by Khalid Ibrahim as they had endorsed and proposed his name to be the Menteri Besar of Selangor and NOT Azmin Ali. 

Firstly, who are paying for this position? Is it the tax payers that are paying their salary or it is Free of Charge (FOC)? If the salary of this half past six opposition leaders are paid by the rakyat, what benefit does the rakyat get from their service? Why is the Selangor Menteri Besar wasting the rakyat's money on something that has no benefit to the state? 

Secondly, what the hell Teresa Kok is doing in the Selangor government when she is an elected MP for Seputeh? Will she give more of her time to the people of Selangor who did not vote for her or devote her time to the people of Seputeh who had gave her a resounding majority win in the recently concluded election? 

Thirdly, by appointing these losers to the state government, PR is going back on it's words. It had previously criticized the government for appointing leaders who had lost in the recent election as Senators but now they are doing the same thing. I assume now with this appointments by PR, BN can start now to appoint Datuk Ghani Othman, Datuk Seri Ali Rustam what not as Senators and give them position in the cabinet. Heck PR is doing the same thing what. 

Any DAP Chinese Red Bean Army would like to comment on this? 

SOURCE : THE KL CHRONICLE

Tuesday, June 4, 2013

MONITOR ANWAR’S EVERY WORD DURING RALLIES AND ACT IF IT GOES OUT OF THE LAW

Pakatan Rakyat will hold Black 505 rally in Kuala Lumpur on June 15, still insisting the recently concluded general election was laced with fraud.

The organizer will engaged with the police and security agencies to ensure that the rally will be peaceful.

The word used ‘Pakatan’ in this case is very unusual because PAS had voiced out the party’s disagreement on the rally while DAP’s Karpal Singh had also said the party was against the rally.

Analyzing deeper, one can see that the only person that wanted the rally is Anwar Ibrahim, the PKR de facto chief who is very, very sore with the ‘turn of fate’ because he had expected and was 100 percent confident that the opposition front would win and he would be installed as the Prime Minister.

Even PKR’s deputy president Azmin Ali is against the rally, saying it was a waste of time and energy when one should be moving forward to serve the people.

Given such background, it is very clear that only Anwar is determine to incite and build up the momentum as well as pumping the minds and hearts of the followers to ‘create chaos’ so that the duly elected government is toppled.

Anwar is of course aided by none other than NGOs he had created and funded by foreign masters such as the Bersih whatever, Suaram and few others, who until today continue harassing and pin-pointing alleged corruptions and many more frauds – all have yet to have any proof shown – to support his claims.

Looking deeper and logically with a sane mind, it is obvious that Anwar is nearing ‘insanity’ with his obsession and such a man has no longer any fear of anything because his mind is no longer normal – it is abnormal.

Under the guise of so-called intellectualism which he espoused to foreign journalists – local journalists already knew him and his obsession very well – he continues to mesmerised the crowd at these rallies which is now becoming a cult.

Under such circumstances, the relevant authorities should monitor his speeches and aqction should be taken fast so that he stop ‘playing with the minds’ of the young followers and the middle-aged who are not exposed to both sides of the pictures he paints.

Fear of being labeled as government tool should be erased because as it is right now, Anwar and his cahoots had already painted a ‘bad perception’ of the police and all other government agencies.

Now that Barisan Nasional (BN) is back in power, perceptions should not be the obstacle for stern and firm actions under the laws because failure to follow the laws will confirm the perception.

So it is time the police monitor every word Anwar utter or said during the ceramah and is any is seditious or falls under inciting, just take action without fear.

It is time to stop his circus before sentiments of the young people are built up so intense that if this explodes on the street, there will be chaos.

GAGAL JADI PM, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR

Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.

Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.


Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.

Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya. 

Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.


SINGLE PARTY SYSTEM IS EXPECTED TO DOMINATE UMNO ASSEMBLY

The suggestion for a single party for Barisan Nasional (BN) is expected to top Umno’s general assembly scheduled to be held by September, a subject that every Umno member will take serious as it involves the dissolution of the party if it ever happens.

Despite the matter being mildly talked about at present, the subject is expected to dominate the party assembly as members defend the existence and the importance of the party, particularly at the present moment where the conclusion of the 13th general election pointed to a divided political landscape.

The party assembly will also hold its party election which uses the new system with a wider-base where some 146,000-odd members participating instead of the old system where only the 2,000-odd delegates voted for the leadership.

The party headquarters had directed branches and divisions to hold their respective AGMs and election of office-bearers at their levels from July 14 to end of August after which the national level assembly will be held.

Suggested by Gerakan that lost all seats contested in the recently concluded general election that saw Umno stood out as the single party that won the highest number of parliamentary seats, the suggestion was also supported by MCA and People’s Progressive Party (PPP).

Umno, as the backbone and bastion of the ruling coalition, has listened to the suggestion and replied with a heart-warming affection that the suggestion would be studied further.

But the ground is not that ‘warm’ to the suggestion that may end up with Umno losing its identity and ruling BN will lead the path to a two-party system which the opposition had wanted all along.

Umno led by Najib Tun Abdul Razak had stood the ground and worked hard to gain lost ground since 2009 April when he took over the party leadership after the dismal performance of BN, carrying along Gerakan, MCA, MIC and PPP, which were nearly wiped-out in 2008 general election.

Najib planned and implemented several transformation programmes and more importantly introduced the moderate approach that seemingly gave more lee-way to the Chinese which was seen as sidelining the community that is supporting it with its heart and soul – the Malays and bumiputras.

It was after two years of Najib’s lone ‘battle’ that the rest in the coalition began putting their heads out and ‘fought’ along Najib to regain the lost grounds among the respective communities they represented but the push was proven insufficient.

The oppositions had already penetrated the hearts and minds of the people way before the 2008 general election, using every methods available that made it difficult if not impossible for the coalition parties to recover the lost influence.

But Malays and bumiputras who are traditionally loyal and trust the leaders of Umno did not cry out in grief nor show any resentment as they continue supporting without question so long as the leader takes care of their needs, not amounting to much though.

Thus, when the suggestion of a single party for BN emerged and the party that suggested was a party that was supposedly to be multi-racial but in reality Chinese-based, Umno members and non-members who support Umno find it hard to swallow what more to support.

As far as the members and those who support Umno are concerned, Umno has been the prime mover of the country’s Independence and the party that got the Chinese and Indians to come together as a united force.

As far as they see it, Umno should no longer sacrifice itself to rescue other parties that are drowning because Umno has already sacrifice a lot to satisfy others and yet these ‘others’ did not repay the deeds as expected.

“Time may have changed and expectations changes but loyalty and trust should not and the two elements have no expiry dates,” said a veteran Umno man Ahmad Bahri Abdul Rahman.

Monday, June 3, 2013

Red Bean Army Bakal Diabaikan Oleh DAP!

Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri. Ada yang berlagak berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan macam-macam lagi.  

Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua mempunyai sifat dan sikap yang sama.  Biarpun pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila diancam.  Ancaman pula bukan sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri.  

Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi agar jangan mendedahkan rakan sendiri.  Tidak mustahil satu lagi kematian ala Teoh Beng Hock akan berlaku demi menyelamatkan DAP.  Mungkin juga akan ada upacara bunuh diri beramai-ramai jika benar-benar terdesak.  

Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan DAP ke atas mereka untuk memastikan mereka menutup mulut. Malah, periuk nasi dan perniagaan sanak saudara mereka juga mungkin terjejas.   

Segalanya mungkin bagi parti yang membawa pendekatan samseng dan terkenal dengan hati kering serta muka tebal sehingga sanggup menipu ahli sendiri dalam memilih ahli jawatankuasa parti.

Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’. Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army produk SJKC ini benar-benar tidak cerdik orangnya.   Pengorbanan ‘apa ke-jadahnya’ jika sengaja mengambil risiko memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat kaum Cina berkuasa di Malaysia?   Kenapa perlu begitu rasis sedangkan merekalah yang kononnya menentang rasisme?  

Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan Nasional?  Bukankah kemewahan dan kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN?  

Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri?   Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan agama Kristian.  

Sedarkah bahawa pemerintahan DAP hanya akan membawa Malaysia kembali ke zaman kegelapan.  DAP terkenal dengan sikap tertutup – menghalang kebebasan media, diktator, kronisme, korup dan samseng.  Ugutan, ancaman, kilas tangan, tutup mulut adalah pendekatan semulajadi DAP.  Berat sebelah, tidak boleh ditegur, tidak mendengar teguran malah mengancam orang yang menegur merupakan perkara biasa di dalam DAP.  Siapa yang mengkritik pula akan disaman, dan langsung tidak diberi peluang.  

Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka. Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus.  

Jadi, bayangkan saja, apakah jenis negara yang akan dibentuk di bawah pemerintahan DAP?

Pemimpin DAP tidak merasa bersalah atau malu menipu ahli-ahli sendiri apatah lagi rakyat jelata. Ini disuarakan sendiri oleh orang-orang di dalam DAP dan bekas-bekas ahli dan pemimpin DAP.   Malangnya, walaupun menyedari hakikat sikap DAP yang begitu, kaum Cina tetap memilih DAP. Jelas sekali yang mereka lebih rela diperintah oleh diktator yang kejam daripada pemimpin yang adil semata-mata kerana diktator itu adalah dari kaum mereka.  

Hanya pemimpin yang kejam yang sanggup menafikan penglibatannya dan membiarkan orang-orangnya menanggung padah sendiri.  Dan itulah yang DAP sedang lakukan terhadap Red Bean Army.  

Lim Kit Siang telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya.   Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin DAP yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari.  

Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga.  

Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban, biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama rasisme.  

Mungkinkah ‘Ketelusan’ membawa makna berbeza dalam Mandarin?

DAP sering melaung-laungkan ‘ketelusan’ dalam politik.  Namun, kita semakin sangsi bahawa DAP benar-benar memahami apa itu ‘ketelusan’. Sama ada DAP tidak faham maksud perkataan itu, atau DAP pastinya sebuah parti yang benar-benar hipokrit lagi pengecut kerana menghalang sesiapa sahaja dari mendedahkan kebenaran di dalam DAP.    

Buktinya, sebelum ini, Karpal Singh mengugut Tunku Aziz agar jangan mendedahkan agenda sebenar DAP, dan semalam sekali lagi Karpal mengancam ROS agar jangan mendedahkan hasil siasatan pemilihan CEC kepada rakyat. Ugutan dan ancaman Karpal itu seolah-olah memberitahu rakyat bahawa, ‘saya ada pekung di dada, tapi Tunku Aziz dan ROS tidak patut bagitau orang yang saya ada pekung.’

Secara tidak langsung, Karpal telah mengesahkan persepsi rakyat bahawa DAP sememangnya tidak telus.  

Dari satu sudut, kita tidak hairan dengan tindakan Karpal kerana kemungkinan besar DAP tidak kisah menunjukkan sikap tidak telus mereka kerana mereka tahu bahawa penyokong mereka iaitu 97% kaum Cina di negara ini sebenarnya tidak kisah pun jika parti itu tidak telus, korup, penipu atau apa saja.  Ini kerana yang penting bagi mereka adalah parti pemerintah haruslah dipimpin dan didominasi kaum Cina, itu saja.  

Jika ini benar, maka ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan pendidikan kaum Cina di negara ini.  Kita amat hairan bagaimana mereka begitu tidak malu melaungkan ketelusan dan integriti tetapi di masa yang sama menyokong parti yang jelas tidak telus dan tidak berintegriti.  

Mungkinkah hipokrasi atau kecelaruan ini berpunca dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina? Apakah yang diajar di sekolah tersebut? Tidakkah mereka dididik dengan nilai-nilai murni, bercakap benar, hormat-menghormati dan bertoleransi? Atau apakah benar seperti yang dikatakan mula-mula tadi iaitu mereka sebenarnya tidak faham bahasa dan tidak tahu apa itu ‘ketelusan’ mahupun ‘integriti’? Mungkinkah ia membawa makna berbeza di dalam bahasa Mandarin?  

Atau mungkinkah mereka diajar bahawa segala nilai-nilai murni hanya tertakluk kepada kaum lain saja sementara kaum Cina bebas melakukan apa saja?  

Bukan kita ingin memperlekeh atau menghina kaum Cina, tetapi inilah persepsi yang lahir dari kenyataan Karpal Singh dalam kapasitinya sebagai wakil parti yang didokongi oleh 97% kaum itu. Sewajarnya kaum Cina atau DAP berhenti menyalak tentang integriti dan ketelusan kerana ia semakin berbunyi seperti sedang menyalak terhadap diri sendiri.  Sedangkan, anjing gila pun tidak menyalak kepada diri sendiri.