Wednesday, June 26, 2013

Lembaran Baru Parlimen Malaysia


Setelah Ketua Pembangkang menelan ludahnya sendiri dan mengangkat sumpah di Parlimen semalam, maka bermulalah lembaran baru dalam pentadbiran Malaysia. Walaupun sidang yang mulia tersebut dicemari oleh sampah-sarap yang ditabur Anwar di luar Dewan, namun rakyat tetap memberi harapan tinggi agar sidang kali ini mampu menampakkan satu transformasi minda di kalangan ahli-ahli politik. 

 

Dalam kata lain, kita harap sikap mereka yang berbaring dan menjerit di luar dewan, tidak turut menggambarkan sikap yang di dalam dewan.   

Ingatlah, di dalam dewan inilah rakyat bergantung nasib dan masa depan mereka.  Dengan barisan-barisan pemimpin yang digambarkan sebagai ‘paling layak’, ‘paling tepat’, dan ‘paling bijak’ kalaupun tidak ‘paling popular’,  maka inilah diharapkan agar usul-usul serta hujah-hujah perbahasan turut menepati semua gambaran itu.   

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa politiking di Malaysia sudah mencapai tahap tepu sehingga tiada lagi ruang yang tidak dipolitikkan. 

Oleh itu, kita harap ahli-ahli parlimen sekalian memahami bahawa Dewan Parlimen bukan tempat berpolitik, tetapi merupakan satu platform untuk berbincang, berdebat dan mencari penyelesaian serta ide-ide baru mengenai negara.  Ia adalah satu sidang yang serius serta bukan tempat untuk mencari populariti mahupun membodek atau mengutuk sesiapa. 

Rakyat tidak meletakkan anda di sana untuk membuat persembahan sarkas dan membodohkan diri sendiri.  Sesungguhnya tiada apa yang menarik melihat ahli-ahli politik membodohkan diri sendiri.  

Justeru, rakyat ingin agar isu-isu yang dekat dengan diri mereka diperbahaskan secara professional dan matang agar penjelasan dan penyelesaian dapat diambil segera.  

Semoga persidangan kali ini berjalan lancar tanpa gangguan makhluk-makhluk perosak yang membazir masa dan wang negara.  Bersikaplah sebagai pemimpin, bukan artis atau samseng jalanan.  Dan yang paling penting, janganlah bersikap macam binatang. 

No comments: