Monday, April 30, 2012

Juruganbar Juga Dibelasah Tanpa Belas Kasihan Oleh Perusuh Bershit 3.0!!?

hanya kerana ingin menyelamatkan seorang anggota polis dari terus dibelasah seorang jurugambar tv al hijrah turut dibelasah sama oleh perusuh-perusuh bersih yang langsung tidak berperikemanusiaan. kenapa jurugambar yang cuma nak selamatkan nyawa orang dibelasah sedemikian? apa salah jurugambar itu pada perusuh-perusuh bersih ni? 

Apa Dosa Azri?

dia bukan penyokong BN  mahupun PR atau Bersih. dia cuma menjalankan tugas sebagai jurugambar stesyen tv al hijrah yang penuh dengan program bercorak Islamik. wajarkah dibelasah membabi-buta tanpa belas kasihan.


jurugambar tv al hijrah, Mohamad Azri Salleh dibelasah teruk oleh perusuh-perusuh Bersih 3.0. 
mana perginya sifat-sifat mulia dalam Islam yang sepatut dibawa/diperjuangkan oleh penyokong PAS.



kereta polis yang dirosakkan oleh perusuh-perusuh yang tak berperikamanusiaan serta membelasah anggota polis yang cuba diselamatkan oleh jurugambar tv al hijrah yang juga turut dibelasah sama. 

seramai lebih kurang 30 orang terlibat dalam adegan membelasah jurugambar dan anggota polis nih. adil ke macam tu 30 orang belasah 2 orang??? Allah SWT nak tunjukan kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya orang disebalik bersih 3.0 ini. 

anwar dan ambiga (pengerusi/penganjur Bersih 3.0) harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku. dahlah langgar perintah mahkamah, mungkir janji, lepas tu tuding jari pada orang lain dan nak lepas tangan pulak. dalang sebenar yang ada kat luar negara tu bersorak bagai la agaknya sebab dah berjaya memperbodohkan orang Melayu PAS & PKR (oopss... orang PAS tak mengaku Melayu kan).

kesan kejadian ini amat mendalam di hati rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. seharusnya tidak berulang kejadian seperti ini. sekarang mereka berani memukul, membelasah tak mustahil akan datang berani membunuh pula. kerajaan Malaysia perlu buat sesuatu.

wallahualambisawab.

Sunday, April 29, 2012

Imej Malaysia Tercalar Dek Perusuh Bersih 3.0!!!

sesungguhnya amat memalukan bila segelintir rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggi menjadi perusuh yang hampir membunuh beberapa anggota polis yang menjalankan tugas. untunglah anggota-anggota polis tersebut masih bernyawa lagi.

lebih kurang 11 orang anggota polis yang dibelasah tanpa belas kasihan. apa keslahan yang mereka buat sampai dipukul sedemikian. mereka hanya menjalankan tugas masing-masing untuk menjaga keamanan negara tercinta ini.


kita beruntung kerana sebenarnya anggota polis di Malaysia tak seganas polis di luar negara. kalau tak dah lama dah perusuh kena belasah dengan polis. dah kena tangkap pun bagi layanan yang baik siap bagi makan lagi tu. cuba kalau kat luar negara, memang tak dapat layanan macam ni.

sepatutnya sebelum bertindak apa-apa berfikirlah sedalamnya. jangan nanti keluarga yang dapat malu dan susah akibat tindakan yang membuta-tuli tu. dalang rusuhan memang lepas tangan je. apa pun ramai rakyat Malaysia yang sangat tidak suka atas apa yang terjadi pada Bersih 3.0 ini terutama anggota-anggota polis yang tercedera, terpahat dalam ingatan trajedi hitam ini. BB juga rasa sedih atas apa yang berlaku, cukup sedih melihat anak-anak Melayu diperalatkan sebegitu.



Wednesday, April 25, 2012

Bersih 3.0 : 28hb Satu Malapetaka

MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat.  Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat ‘terunggul’ mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.

Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang.  Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya.  Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.

Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, ‘dinaikkan tarafnya’ kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini.  Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.

Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.

Itu dari segi kehadiran.

Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah.  Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.  

Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS.  Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.

Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.

Ketiadaan ‘publisiti percuma’ dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang.  Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan ‘tarikan’ untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.

Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya.  Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut.

sumber dari beruang biru.

Anwar Dah Gelabah?

semakin kencang angin PRU13 bertiup semakin gabra/gelabah pulak la si anwar. mana taknya, dia sudah ketandusan idea serta kehabisan modal politik untuk terus nak menipu rakyat.

semua janji-jani manis yang dilaung-laungkan hanya palsu dan merupakan pembohobngan belaka kepada rakyat. bermula dengan episod 16 september 2008, di mana ketua pembangkang ini dengan bongkaknya menjanjikan rakyat satu kerajaan persekutuan baru pada hari menyambut penubuhan Malaysia. sehinggalah hari ini, semuanya  keluar dari mulut anwar itu adalah pembohongan semata-mata.

tak cukup itu, satu lagi pembohongan untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN telah anwar lakukan. sekumpulan mahasiswa dan bekas mahasiswa yang jumlahnya dalam lingkungan 50 orang telah diupah untuk membuat kecoh di dataran merdeka. kununnya mereka ini memperjuangkan golongan mahasiswa sebenarnya boleh dikatakan pembuat kacau profesional yang dibayar wang untuk tujuan menimbulkan huru-hara.

mereka ini adalah juga kumpulan orang yang sama pada setiap perhimpunan haram dan demontrasi jalanan yang membabitkan pihak pembangkang. baik pada perhimpunan Bersih, mahupun demontrasi anti-ISA, ataupun perarakan tuntutan air selangor hinggalah gerakamn membebaskan anwar, adalah mereka wajah-wajahnya yang sama.

secara keseluruhannya, golongan mahasiswa ini tidak menyokong agenda politik kotor, sebaliknya kumpulan ini (pendemo) yang cuba menonjolkan imej sebagai jurucakap puluhan ribu warga institusi pendidikan tinggi. idea pemansuhan PTPTN datangnya dari anwar tetapi kelibat beliau sendiri tidak kelihatan untuk bersam-sama kumpulan tersebut di dataran merdeka. (atau sebenarnya malu untuk bersama-sama kumpulan tersebut kerana dikatahui penubuhan PTPTN itu sebenarnya juga adalah idea anwar).


anwar memperalatkan anak-anak muda berperang untuknya sehinggan meereka sanggup berkhemah dan tidur atas jalanan sementara ketua pembangkang itu enak tidur di atas hamparan baldu di rumahnya yang berharga jutaan ringgit.

inilah sikap hipokrit anwar yang perlu dilihat oleh rakyat jika mahu faham individu ini sebenarnya. anwar mengamalkan politik yang percaya semua orang boleh dikorbankan demi mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi perdana menteri. antara yang utama menjadi korban politik anwar adalah isteri, anak-anak dan keluarganya. 

semenjak dari tahun 1998 hingga kini keluarga anwar dipaksa mengharungi pengalaman pahit dan getir disebabkan mahu mengejar impiannya ke putrajaya. kalau keluarga boleh dijadikan taruhan politik, apatah lagi budaj-budak universiti yang penuh idealisme dan semangat yang berkobar-kobar di dalam dada? memang mudah bagi anwar. taktiknya melontarkbn satu isu yang dekat dihati mahasiswa iaitu kos pengajian mereka ke universtit dan kolej.

anwar nmelihat isu ubu adalah modal terbaik untuk memproak-perandakamn masa depan mahasiswa dengab menyruh mereka berdemontrasi dan berdepan dengan risiko tindakan undang-undang ke atas  mereka. apabilan bihak berkuasa mengambil tindakan, anwar akan mendakwa kerajaan zalim dan menindas pelajar-pelajar tersebut dengan harapan untuk meraih undi rakyat. tidak cukup itu dengan berkhemah untuk mendesak pemansuhan PTPTN, kumpulan mahasiswa ini juga mengaitkan tindakan mereka itu dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu diadakan pada 28 april 2012.

bukankah nampak jelas bahawa mahasiswa-mahasiswa ini sedang diperkudakan dengan sewenang-wenangnya oleh pembangkang bagi isu Bersih atau PTPTN?

mana perginya pemimpin pembangkan ini sewaktu mahasiswa-mahasiswa tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan ada yang ditahan oleh pihak polis?

golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada satu masa kelak seharusnya sedar bahawa mereka telah dipengaruhi untuk bermain percaturan politi pihak pembangkang.

bila-bila masa saja mereka ini boleh dikorbankan. dan bila tiba masa itu jangan harap pemimpin pembangkang akan membantu bila dalam kesukaran. mereka tidak menjaminkan apa-apa selain dari kepentingan sendiri.

wallahualam...

Tuesday, April 24, 2012

Tiga NGO Buat Laporan Polis Mengenai Isu Persenda Raja-Raja


20.04.2012, Jumaat - Hari ini tiga badan bukan kerajaan atau NGO telah membuat laporan polis secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung tindakan pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Balairong Seri Istana Negara pada 11 April lepas.  NGO berkenaan adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Lembaga Pemantau Pengguna Islam Malaysia (LPPIM).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu dan pihak berkenaan perlu dikenakan tindakan tegas.  Manakala Presiden DESMMA, Mohd Fazil Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan perbuatan tersebut merupakan satu penderhakaan terhadap raja-raja Melayu selain menunjukkan pemimpin terbabit tidak layak memimpin rakyat.

Ketiga-tiga NGO itu juga turut membuat laporan berhubung demonstrasi membantah pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.  Mereka meminta polis menyiasat peserta yang mengganggu kenteteraman awam.

sumber tengkusyah


sekarang ni sudah ada segelintir pemimpin/rakyat yang tidak menghormati dan sanggup mempersenda-sendakan Raja-Raja Melayu. di manakah adap orang Melayu kita sekarang ni? kalau dengan raja pun sudah biadap inikan pula dengan pemimpin-pemimpin yang lain terutama pada Perdana Menteri. 

dikalangan rakyat jelata juga ramai kerabat-kerabat raja. jangan ingat mereka tak peduli tentang perkara ini. sekarang ni mungkin mereka boleh bersabar dengan kebiadapan yang belum terlampau. BB sendiri pun terasa juga kalau Raja-Raja Melayu ini dipersendakan. memang kurang ajar pada mereka yang berbuat demikian. kalau zaman dulu-dulu memang dah kena dah. daulat Raja-Raja Melayu ni jangan dibuat main-main!

Monday, April 23, 2012

Dato' Sri Shafie Dakwa Difitnah, Laporan Polis Oleh Bekas Pemandu Tak Betul!

baru-baru ini kecoh dengan hal kununnya dato' sri shafie apdal ada skandal dengan seorang artis wanita tempatan, zahida rafik (ada disiarkan kat beberapa blog). laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu zahida rafik pada 13 mac 2012, noor azman azemi dalam laporan polis mendakwa dato' sri shafie mengambil dia bekerja sebagai pemandu peribadi kepada zahida rafik untuk memantau pergerakan zahida. dato' sri juga dikaitan dengan memberi wang yang banyak kepada zahida beberapa kali.

mungkinkah laporan itu hanya untuk menutup kesalahan noor azman yang telah melarikan wang sebanyak rm200,000.00 milik zahida? kenapa dia nak larikan wang itu? dan kenapa pula dia nak fitnah dato' sri shafie? kenapa sekarang, kenapa tak dari dulu dia buat laporan? peluang sebegini memang menjadi kegemaran pihak pembangkang, terutamanya kaki selak kain orang si mak lampir tu. eh malu lak rasanya ada ahli parlimen yang suka selak kain orang ni (kawasan ampang lak tu, adehhh).

walaubagaimana pun dato' sri shafie telah menafikan tuduhan dalam laporan yang buat oleh bekas pemandu itu. dato' sri shafie mendakwa tuduhan tersebut adalah fitnah.



kurang pasti pulak si noor azman ni ada bukti ke dengan dakwaan/laporan polis nak tuduh dato' sri shafie tu? laporan polis sesiapa pun boleh buat samada benar atau tidak. kalau laporan tu berasas, akan selamatlah sipelapor tidak didakwa oleh pihak polis, tapi kalau laporan tu palsu semata, jawablah sendiri dengan pihak polis. silap haribulan sendiri termakan laporan. 

ehem...ehem... BB pun ada bertanyakan pada seorang kawan di semporna. kebetulan waktu itu dato' sri shafie turun dalam satu program bersama rakyat, kawan BB tu ada bertanyakan sendiri pada dato' sri tentang hal ini dan jawapannya adalah fitnah semata. 

mencuri/melarikan wang orang pun satu kesalahan jugak beb. jangan ingat nak buat onar kat orang lain diri sendiri boleh lepas? sendiri mau ingat seh!

wallahualambisawab.

Semua Tuntutan Bersih Dipenuhi, BERSIH Kini Ingin Menuntut Putrajaya?

tuntutan Bersih 3.0 adalah lanjutan dari tuntutan Bersih 2.0. apakah sebenarnya tuntutan mereka itu?
senarai tuntutan Bersih 2.0 & 3.0 (sama je) :-

1. bersihkan senarai undi.
2. reformasikan undi pos.
3. gunakan dakwat kekal.
4. akses media yang bebas dan adil.
5. tempoh kempen minima 21 hari.
6. kukuhkan institusi awam.
7. hentikan rasuah.
8. hentikan politik kotor.

hampir semua tuntutan Bersih 2.0 ini telah dilaksanakan.

bersihkan senarai undi 
- SPR bersetuju untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mandaftar sebagai pengundi. SPR JUga setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

reformasikan undi pos
- rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos. walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negar-negara luar kerana ia amat sukar untuk dilaksanakan. ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

gunakan dakwat kekal
- awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal.

akses media yang bebas dan adil
-SPR bersetuju mengambil langkah memberi akses meida secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian  masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

tempoh kempen minima 21 hari
- SPR telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari. 

jelas 5 dari tuntutan Bersih telah pun diberi perhatian. sementara tuntutan bersifat umum iaitu 6. kukuhkan institusi awam, 7. hentikan rasuah dan 8. hentikan politik kotor telah dans edang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dan dari dahulu hingga sekarang. dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui makulmbalas rakyat.

kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. semuanya berjalan dengan lancar dan profesional. hanya apabila kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang shaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

dari satu sudut, Bersih ni lahir dari politik kotor, justeru itu bagaimana pula Bersih ni nak tuntut supaya politik kotor dihentikan? Bersih didalangi oleh NDI iaiti agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. ini diakui sendiri oleh ambiga sreevanesam, pengerusi bersih 2.0.

apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 mei 1969 jika ini tidak benar? ini adalah kerana Bersih ingin mengulangi tragedi itu, secara tak langsung mencetuskan huru-hara di mana ianya adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI.

tuntutan Bersih telah didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan swajarnya, apa perlunya berdemonstrasi pada 28 april 2012 ni? sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih ini hanya mencetuskan keekcohan dan huru-hara dalam negara. Bersih ini perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiaranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

sudah pasti, walaupun senagari undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekalu pun, Bersih tetap akan menafikan dan mancari asalan untuk mengadakan demontrasi. jika mereka masih tidak dapat menjatuhkan kerajaan,  sudah pastinya mereka akan berterusan dengan senarai tuntutan yang sama berlanjutan ke Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya. jangan tak percaya.

tujuan utama pembangkang hanya kemenangan walaupun hanya dengan majoriti rakyat tidak mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktirafkan sebagai bersih oleh mereka.
 
---------

marilah ramai-ramai tolak Bersih kerana sebenarnya tuntutan mereka itu juga kan menyusahkan semua rakyat. dan ekoran dari himpunan Bersih 2.0 yang lalu ramai peniaga-peniaga mengalami kerugian. mereka berjanji nak buat secara aman tetapi apa yang jadi. huru-hara, haru-biru dibuatnya sampai ada yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung. kalau boleh janganlah terjadi perkara yang sama ataupun ada yang tercedera. mulut kata boleh kawal tapi kadang nafsu mengatasi segalanya (bagi yang kurang beriman kot). ~BB

Masyarakat Digesa Tak Biarkan Seks Songsang Atas Alasan Hak Asasi.


"Betul.. dalam Islam Syariah dan Fiqh ada hak asasi tetapi ia mengikut Syariah. Hak ialah memperjuangkan kebebasan tetapi bukanlah kebebasan yang membawa kepada kekufuran dan meminta kita melakukan perkara yang tidak senonoh" 
- Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari.

ha... macam ni la baru betul perjuangkan Islam bukan macam pemimpin PAS yang lain-lain tu. asik-asik agenda poltik... asik-asik agenda politik... apalah salahnya perjuangkan untuk semua umat Islam tanpa mengira bendera mana sekali pun. bersatu umat Islam untuk tujuan pertahankan Agama Islam supaya tidak dipermainkan dan diambil mudah oleh pihak-pihak yang yang tidak bertanggungjawab serta berniat untuk merosakkan umat Islam.

seks songsang/LGBT itu menyesatkan sebenarnya. hak asasi yang membawa diri ke lembah yang merosakkan diri dan boleh membawa kepada murtad jika tidak insaf dan bertaubat. salah satu bala/hukuman yang terang diturunkan oleh Allah SWT ialah penyakit HIV/AIDS dan sewaktu dengannya. penyakit ini juga senang dijankiti oleh penagih yang menggunakan jarum suntikan yang dikongsi. sebab itu dadah yang disalahgunakan juga terima memberi kesan yang tidak baik. 

bila dah kena penyakit macam tu nak menyesal pun tak berguna. nak berpatah balik pun dah tak boleh. kenalah terima hakikat. bagaimana perasaan ahli keluarga pula bila dah jadi macam tu?

sama-samalah kita jaga dan cintailah diri sendiri serta bersyukur dikurniakan keadaan yang sihat dan sempurna. wallahualambisawab.

Sunday, April 22, 2012

Biar Betul! PAS & DAP Tolak Pemansuhan PTPTN???

dari sumber yang dipercayai, dalam mesyuarat PR terjadi pertengkaran mulut antara mereka berkenaan isu pemansuhan PTPTN. khabarnya PAS & DAP berang dengan PKR terutamanya anwar ibrahimnkerana menjerumuskan mereka dalam isu pemansuhan PTPTN yang mana akhirnya memakan diri sendiri. kini seluruh parti PR jterpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

antara yang memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut adalah akhbar-akhbar Cina. contohnya sin chew mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan membatalkan PTPTN itu logik dilaksanakan? kerajaan memerlukan rm43 bilion untuk pendidikan percumabagi setiap tahun dan ini belum dikira lagi dengan janji-janji manjis yang lain yang ditaburkan oleh PR yang membawa jumlah lebih rm200 bilion.



kebanyakan akhbar-akhbar Cina diketahui berhubung rapat dengan DAP dan kebanyakan kenyataan dalam akhbar-akhbar Cina itu membayangkan pendirian DAP. mereka memberi sedikit'muka' kepada PR berkaitan tentang pengetahuan dalam bidang ekonomi oleh anwar iaitu sebagai mantan menteri kewangan walaupun pada dasarnya mereka menetang pemansuhkan PTPTN.

walaupun anwar & tony pua ada pengalaman dalam mrngurus kewangan tetapimereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang begaimana cara untuk menampaung kod lebih rm200 bilion itu dan mereka tiada pilihan selain meraguinya.   percaya atau tidak PAS juga sebenarnya terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. ini adalah kerana kebanyakan anak-anak mereka tidak layak medapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik yang diyakini pengaruh oleh ibubapa. nampaknya PTPTN sahajalah yang menjadi harapan untuk membantu anak-anak orang PAS ini bagi menentukan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Thursday, April 19, 2012

Ada Orang Panggil Zuraidah Mak Lampir, Doktor???

dengar-dengar kat ampang ni ada orang yang panggil zuraidah mak lampir ni doktor zuraidah. bila masa dia ada gelaran doktor tu ye? setahu BB la kat ampang yang terkenal dengan gelaran doktor tu mantan ahli parlimen BN yang dulu tu, doktor rozaidah talib (sekarang prof. madya).

memang BB akui ramai yang keliru dengan nama mereka berdua sebab bunyi nama tu seakan-akan sama. tapi si mak lampir ni patutnya bagi tau la yang sebetulnya (memang PKR ni suka menipu kot). perasannya dia bila orang panggil dia doktor sampai sanggup merelakannya. haha... dia doktor dalam bidang apa pulak ye? ada siapa-siapa yang tahu tak? 

mungkin disebabkan bunyi nama yang seakan-akan itu, mak lampir boleh menang kot? masa 2008 doktor rozaidah tidak bertanding jadi ada pengundi yang sangka zuraidah itu rozaidah terutama pengundi cina yang otai-otai tu. 

haha... kali ni kalau doktor rozaidah naik semula agak-agak macam mana ye? mesti keliru lagikan. nak kena latih pengundi-pengundi ni biasakan dengan lambang BN.


alahai mak lampir.

Betulkah RAFOC Sokong Mat Sabu???


bila baca artikel di atas mesti semua orang percaya bulat-bulat PR dapat sokongan dari RAFOC. baik punya ayat nak kasi orang percaya. tapi hakikatnya tidak benar sama sekali. lihat jawapan dari RAFOC di bawah ni.


 "Bagi kita mana-mana pihak yang berkomplot dengan komunis pada ketika itu adalah musuh negara."

haaa... terang/jelas sekali jawapannya. ingat bekas polis/tentera boleh buat main-main ke? suka-suka hati nak buat kenyataan macam tu. sarang tabuan/lebah/penyengat jangan diusik/dijolok...wehhh. bila-bila masa boleh terkena sengatan.

Wednesday, April 18, 2012

Kenapa Ada Rakyat Mencuri Paket Minuman Di Kelantan?


kesiannya sampai mencuri mamat nih. owhh! di kota bharu negeri jajahan pok nik la ni. nak kata penganggur bukan ada kerja, pencanting batik. berapa la agaknya gaji dia ni? kalau ikutkan gaji pencanting boleh mencapai rm1000 ke atas mengikut kemahiran. tak tau la pulak kat kelantan kalau gaji pencanting masih ditahap yang rendah. 

kita pun tak tahu, mungkin mamat ni ada masalah tapi takan la sampai mencuri. nasib baik la negeri kelantan belum laksanakan hudud, kalau tak mamat ni dah kehilangan tangan. apa-apa pun mamat ni mungkin ada alasan tertentu atas tindakannya.

Janji Manis PR Dah Jadi Pahit.


janji manis yang akhirnya menjadi pahit setelah gagal ditunaikan oleh puak PR. cukuplah sepenggal PR perintah selangor. penyokong PR kata kerajaan selangor sekarang lagi bagus dari zaman BN teraju tapi bukan dari semua rakyat selangor. yang nyata ramai yang datang ke pejabat UMNO/BN untuk dapatkan bantuan/pertolongan dari semua segi. ada yang kata menyesal memilih PR kerana sikap pemimpin PR yang memilih rakyat tertentu sahaja yang dapat bantuan dan kemudahan. adil ke macam tu?

semua janji-janji yang dibuat langsung tidak ditunaikan, lepas tu pulak timbul buku jinggay, program 100 hari pakatan rapuh. nak rampas putrajaya angannya. kalau dengan pentadbiran yang kelam kabut di selangor ni, agaknya macamana la kalau dia orang putrajaya, mesti habis semua aset dijual untuk kepentingan peribadi bukan untuk rakyat.

sayang sekali parti yang kununnya perjuangkan Islam kini sudah menjadi lembu suruhan DAP+PKR. kes khalwat pemimpin PAS diambil ringan begitu juga isu murtad, langsung tidak mahu ambil tindakan, senyap terus! inikah parti yang sibuk nak laksanakan hudud satu ketika dulu? nah! sekarang tukar negara berkebajikan tapi perlaksanaannya kabur!

Tuesday, April 17, 2012

Kena Tahan Dengan Pegawai Yang di-Pertuan Agong

14.04.2012, Sabtu - Nak gelak pun ada dan naik kesianpun ada. Insiden ini berlaku semalam di Masjid Negara semasa keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Actually Syah pernah jumpa budak lelaki nie di Masjid Negara dan dia suka ambil gambar-gambar VIP yang datang ke Masjid menggunakan handphone dia macam Syah jugalah tapi Syah guna kamera.

Masa Syah keluar, Syah nampak dia duduk dihadapan berhampiran karpet merah dan dihadapannya ada kereta remote controll kecil bewarna kuning. Rasanya dia baru beli. Masa orang orang ramai beratur menunggu untuk bersalaman dengan Tuanku, Syah tengok beberapa orang mengelilingi budak nie. Sah pegawai-pegawai Istana yang curiga dengan kereta remote yang dia bawa tu. Orang ramai sibuk menunggu ketibaan Tuanku kat situ tak perasanpun perkara ini. Syah tengok pegawai-pegawai tu periksa kad pengenalan beliau. Ialah dah Sah Ketua Negara ada kat situ dan dia bawa kereta remote control lagi, manalah pegawai-pegawai tak ambil tindakan demi keselamatan Tuanku. ialah mana tahu ada bom ke kan/

Bagi anda semua jika ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja serta PM dan Timbalannya janganlah kita buat-buat aksi yang mencurigakan kerana pegawai-pegawai keselamatan mereka sentiasa ada disekeliling kita dan mereka tu taklah beruniform serta kita tidak akan sedar kehadiran mereka. Heheheh ........... ada-ada jer kan?


siapa agaknya orang tu ye? kenapa pulak nak main kereta remote controll kat area masjid negara? bukan ke masjid tu tempat bersolat bukan tempat bermain. ha tu la, nak main-main jadi lain. tindakan pantas ketua negara mengesan keadaan ini patut dipuji. memang patut curiga sebab sekarang ni macam-macam boleh berlaku. lebih lagi musim berdemo nih. ~BB

Monday, April 16, 2012

Demo Mansuhkan PTPTN Gagal?

hah tu la, tak mau dengar cakap orang tua. kan dah buat kerja sia-sia aje, buang masa pun ye jugak. baguslah demo gagal capai matlamat. daripada nak berdemo bagai, baik buat kerja part time ke, dapat la pendapatan sampingan. boleh la juga tampung bayaran balik pinjaman PTPTN tu. ini tak, demo ntah ke mana, pelajaran ntah ke mana... untung tarak seh!


agak-agak, bila dia orang dah tua nanti camne ye nak jawab dengan anak cucu, bila anak cucu tengok gambar-gambar ni?

ada orang yang nak belajar betul-betul tak dapat peluang nak masuk universiti/kolej. lebih lagi mana yang
dapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan, susah dapat peluang lanjutkan pelajaran. tapi yang dapat peluang lanjutkan pelajaran dan dapat pinjaman, mensia-siakan peluang yang ada.


apa yang dia orang dapat bila buat macam ni?


sedih la bila tengok mahasiswa/golongan muda sekarang ni semakin biadap dan kurang ajar. tambah lagi yang suka/banyak timbulkan masalah. menyusahkan semua orang terutama ahli keluarga sebenarnya.

apa yang dia orang dapat bila berdemo? kalau dapat imbuhan yang tak banyak mana, baik tak payah. minta saja la penganjur demo tu bayarkan pinjaman yang belum langsai tu kan lagi baik.

yang bijak pandai pun tak manfaatkan kepandaian untuk sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair. kepandaian digunakan untuk musnahkan masa depan sendiri, apa celop beb!

kesian kepada mahasiswa yang betul-betul nak belajar, disusahkan oleh rakan-rakan mereka yang kurang bijak gunakan otak untuk berfikir. ~BB