Tuesday, February 28, 2012

GOLONGAN YANG TIDAK MENGENALI DIRI

(petik dari wall fb kawan)
PADA SUATU HARI, SULTAN, PEMBESAR DAN AWAK-AWAK BELAYAR DI SELAT MELAKA....di waktu malam gelap gelita..
Seorang awak-awak tiba-tiba mengadu kepada sultan, "Ampun Tuanku..mengapa upah kami yang mendayung jauh lebih rendah dari pegawai yang duduk senang-lenang di sebelah tuanku? Sedang patik dan rakan-rakan patik seharian bekerja keras berbanding mereka? Ampun Tuanku.." Sultan tersenyum.."Tolong kayuh sampai kampung itu..nanti beta cerita..", sahut sultan.

Bila tiba ke kampung yang ditunjuk oleh sultan, sultanpun menitah,
" Awak tolong pergi ke kampung itu dan lihat apa yang ada di situ...dan awak juga pembesar di-raja pergi jugak ke kampung itu dan beritahu beta apa yang ada.."
Kedua-dua awak-awak dan pembesar pergi ke kampung itu.
Tidak lama selepas itu, awak-awak kembali..."Ampun tuanku..ada kambing di kampung itu.." Sultan tanya.."Berapa ekor..?" Awak-awak naik semula dan sekejap kembali.. "Ampun Tuanku..ada empat ekor..tuanku.." Sultan tanya lagi, "Apa warna kambing itu..?" Awak-awak kembali ke kampung itu semula beberapa kali..(lebih 30 kali kalau waktu tu ada kalkulator)

Lebih kurang 30 minit kemudian baharulah pembesar di-raja muncul di depan Sultan lalu mempersembahkan lawatan singkat beliau.
" Ampun Tuanku, adapun setelah patik periksa, terdapat 4 ekor kambing..1 ekor putih dan 3 ekor hitam, 2 jantan dan 2 betina..pekerjaan orang kampung ini adalah nelayan tuanku..sebab patik nampak ada jala, jaring dan pukat dijemurkan.."

Sultan pun berkata-kata kepada awak-awak itu.. " Sekarang kamu dah tahu, kan, beta beri upah yang lebih kepada pembesar di atas kebijaksanaan dan kewibawaan beliau. Pembesar hanya perlu satu lawatan untuk mendapatkan semua laporan tapi awak memerlukan 30 lawatan untuk mendapat laporan yang sama dengan pembesar..kalau awak jadi pembesar, belanja perjalanan awak 30 kali ganda dari yang digunakan oleh pembesar beta belum termasuk upah bulanan"
Awak-awak merasa malu dan berjanji takkan merungut lagi...hihi

keluhan yang sering didengar...
"Apalah menteri tu..saya pun dapat buat kerja camtu?"
"Kalau saya tak suara..gerenti YB tak peduli.."
"Apalah pegawai tu, pangkat saja tinggi..kerja entah apa-apa?"
"Kalau saya tak ada..semua kerja tak jadi...."
"Semua staf harapkan saya seorang saja.."
"Kalau saya tak datang tadi..majlis itu mesti ada cacat-cela.."
dan banyak lagi....keluhan golongan yang tidak mengenali diri.


---------
otak kena bijak dan kreatif walaupun belajar tak tinggi, tak semestinya yang belajar tinggi tu tau segala-galanya. ~BB

No comments: