Wednesday, February 29, 2012

Bukan Islam boleh pegang jawatan tertinggi Pas?

SHAH ALAM 28 Feb. - Pas sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden, jika ada keperluan, kata Anggota Majlis Tertinggi Pas, Dzulkefly Ahmad.
Anggota Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.
"Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar Pas.
"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," katanya pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk Mengapa Undi Melayu Pecah di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.
Pada forum itu, perantara Dr. Maszlee Malik, seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bertanyakan Dzulkefly sama ada PAS bersedia menuruti jejak Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Mesir, iaitu sayap politik Muslim Brotherhood, yang melantik intelek Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presidennya.
Pada forum itu juga, bekas Presiden MCA yang juga Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berpandangan bahawa kaum lain tidak akan mengambil kesempatan walaupun berlakunya pecahan undi di kalangan Melayu.
"Kita kena lihat perkara ini dari sudut keMalaysiaan di mana bila undi sesebuah masyarakat itu pecah, tidak bermaksud kaum lain akan ambil kesempatan," katanya. - BERNAMA

---------

wah! kalau PAS buat macam tu boleh aje. dulu suka la sangat kalau ngata UMNO ni kafir bagai sebab geng dengan MCA & MIC dalam BN. kalau dah bawak masuk bukan Islam dalam parti PAS, kena tukar nama parti tu bukan parti Islam lagi dah. kalau dah terdesak apa saja puak PAS ni akan buat, walaupun terpaksa gadai maruah. ~BB

Isytihar harta kepada SPRM bukti kerajaan serius perangi rasuah

2012/02/29
KERAJAAN akhirnya bersetuju supaya semua menteri Kabinet, timbalan menteri termasuk anggota keluarga terdekat mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Baca selanjutnya.
Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, sebenarnya Barisan Nasional (BN) sudah lama mengamalkan proses itu, malahan jauh lebih awal berbanding pihak lain.
---------
puak sebelah sana selalu sangat kata BN rasuah bagai. nah sekarang macamana? pengisytiharan harta akan dibuat pada sprm. jangn nak tipu la kalau puak sebelah sana tak ada rasuah langsung. dia orang tu kalau tang BN kecoh giler, bilang tang sendiri senyap macam tikus. ~BB

Tuesday, February 28, 2012

GOLONGAN YANG TIDAK MENGENALI DIRI

(petik dari wall fb kawan)
PADA SUATU HARI, SULTAN, PEMBESAR DAN AWAK-AWAK BELAYAR DI SELAT MELAKA....di waktu malam gelap gelita..
Seorang awak-awak tiba-tiba mengadu kepada sultan, "Ampun Tuanku..mengapa upah kami yang mendayung jauh lebih rendah dari pegawai yang duduk senang-lenang di sebelah tuanku? Sedang patik dan rakan-rakan patik seharian bekerja keras berbanding mereka? Ampun Tuanku.." Sultan tersenyum.."Tolong kayuh sampai kampung itu..nanti beta cerita..", sahut sultan.

Bila tiba ke kampung yang ditunjuk oleh sultan, sultanpun menitah,
" Awak tolong pergi ke kampung itu dan lihat apa yang ada di situ...dan awak juga pembesar di-raja pergi jugak ke kampung itu dan beritahu beta apa yang ada.."
Kedua-dua awak-awak dan pembesar pergi ke kampung itu.
Tidak lama selepas itu, awak-awak kembali..."Ampun tuanku..ada kambing di kampung itu.." Sultan tanya.."Berapa ekor..?" Awak-awak naik semula dan sekejap kembali.. "Ampun Tuanku..ada empat ekor..tuanku.." Sultan tanya lagi, "Apa warna kambing itu..?" Awak-awak kembali ke kampung itu semula beberapa kali..(lebih 30 kali kalau waktu tu ada kalkulator)

Lebih kurang 30 minit kemudian baharulah pembesar di-raja muncul di depan Sultan lalu mempersembahkan lawatan singkat beliau.
" Ampun Tuanku, adapun setelah patik periksa, terdapat 4 ekor kambing..1 ekor putih dan 3 ekor hitam, 2 jantan dan 2 betina..pekerjaan orang kampung ini adalah nelayan tuanku..sebab patik nampak ada jala, jaring dan pukat dijemurkan.."

Sultan pun berkata-kata kepada awak-awak itu.. " Sekarang kamu dah tahu, kan, beta beri upah yang lebih kepada pembesar di atas kebijaksanaan dan kewibawaan beliau. Pembesar hanya perlu satu lawatan untuk mendapatkan semua laporan tapi awak memerlukan 30 lawatan untuk mendapat laporan yang sama dengan pembesar..kalau awak jadi pembesar, belanja perjalanan awak 30 kali ganda dari yang digunakan oleh pembesar beta belum termasuk upah bulanan"
Awak-awak merasa malu dan berjanji takkan merungut lagi...hihi

keluhan yang sering didengar...
"Apalah menteri tu..saya pun dapat buat kerja camtu?"
"Kalau saya tak suara..gerenti YB tak peduli.."
"Apalah pegawai tu, pangkat saja tinggi..kerja entah apa-apa?"
"Kalau saya tak ada..semua kerja tak jadi...."
"Semua staf harapkan saya seorang saja.."
"Kalau saya tak datang tadi..majlis itu mesti ada cacat-cela.."
dan banyak lagi....keluhan golongan yang tidak mengenali diri.


---------
otak kena bijak dan kreatif walaupun belajar tak tinggi, tak semestinya yang belajar tinggi tu tau segala-galanya. ~BB

Thursday, February 23, 2012

PKR Yang Parasit!

orang PKR ni memang jahat. macam ni, ada member BB sorang ni, kebetulan ada di sebuah kedai makan dan terdengar perbualan juak-juak PKR nih pasal loan yang syarikat dia orang mohon untuk projek di bawah kerajaan selangor. dah masuk dalam akaun syarikat atas nama bapa salah sorang dari mereka. lau tak silap salah sorang tu exco amk selangor tu (alah mamat yang belasah jiran perempuan kawasan rumah dia, ada BB muatkan artikelnya sebelum ni). member BB cakap, mereka tawa riang sebab wang sudah dapat tapi mungkin projek tu cuma sain atas kertas je (faham-faham je la ye). dalam tawa riang terkeluar pulak ayat '... untunggg PKR...' itulah yang didengar oleh kawan BB tu. BB tak berani la nak buat tuduhan sebab bukan BB yang dengar. tapi apa pun perkara sebegini tak boleh dibiarkan. pihak berwajib kena siasat walaupun cuma khabar-khabar angin. tak mustahil ianya boleh jadi betul. kalau boleh bila selangor ni dapat balik kat BN tak nak la ada pulak hutang-hutang yang PKR/PR buat untuk susahkan pentadbiran yang akan ambil kemudian, impak pada rakyat seh. tu kira duit rakyat jugak tu. kalau projek atas kertas tapi apa pun tak buat memang kurang ajarlah juak-juak PKR ni. dorang selalu tuduh orang BN rasuahlah, makan itulah, makan inilah, tapi apa yang dorang buat tu tak sama ke? kalau betullah dorang buat macam tu, makan duit haram la kiranya kan... wallahualambisawab.

psssttt... member BB kata, sekarang ni baru dia tahu yang juak-juak PKR ni teruk sangat. memang dia nyampah bebenor dengan dorang dan dia dah tanam kesungguhan nak bantu BN dapatkan balik selangor ni.

Wednesday, February 22, 2012

Kekeliruan gender belum terlambat untuk bertaubat

Oleh Ahmad Tajuddin Idris
bhagama@bharian.com.my
2012/02/22

Kesejahteraan umat tercapai jika sedar fungsi kewujudan 

ALLAH SWT mencipta manusia daripada lelaki dan wanita serta menjadikan mereka sebagai pemimpin di atas muka bumi ini. Kedua-dua gender ini mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri. Melihat kepada fizikal saja kita dapat membezakan antara lelaki dan wanita.

Perkara ini ditetapkan Allah SWT dalam Surah al-Imran ayat ke-36 bermaksud: “Dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan.”


masih belum terlambat untuk perbaiki mana yang kurang/tak betul/salah. jangan la sokong budaya jijik LGBT tu. tak berkat hidup, ingat kat family sama. memang betullah anugay tu kena bertaubat, jadi tendangan hebat (bukan tamparan dah lagi ni..) pada family dia jugak, lelama sok family dia serender baru pandan muka anugay tu. tak mustahil kehendak Allah Ta'ala. Wallahualambisawab.

jangan nanti manusia tak ada keturunan pulak... huhuhu... ~BB

Monday, February 20, 2012

Pengalaman Ambil BR1M.

hari ni, dalam jam 10 lebih, BB ke smk pandan indah untuk ambil BR1M (ntah macamana boleh tercampak ambil kat situ walhal tinggal dan mengundi di ampang). fuhhh! nak meletup rasa kaki ni, 5 jam beratur tu. berserabut betul sistem mereka buat. sampai ada yang potong q (ngelat). BB jaga kaunter BR1M gak tapi takde la nak nyusahkan orang, lau boleh jangan bagi orang tunggu lama-lama. sebenarnya boleh buat sistem yang mudah, perbincangan, kerjasama dan muafakat sesama petugas memang perlu barulah semua berjalan lancar. takde la kena beratur berjam-jam kena buat semakan yang sama dua, tiga kali. cuba tengok ni.

Wednesday, February 8, 2012

Angin Kuat Bagi Jatuh Bendera Pun Salah UMNO/BN jugak?

ada dengar-dengar citer, repot polis dibuat oleh puak-puak PAS, kesnya bukanlah besar bebeno. cuma kayu bendera senget/jatuh, banner tali terputus akibat angin kuat/ribut mereka tuduh jugak orang UMNO/BN yang buat semua tu. setiap kali ada belaku begitu laporan polis akan dibuat oleh puak-puak PAS nih. BB dengar dari sorang abang nih.

eh..yaperda dia rang nih. macam budak kecik la pulak. ada akal tak gunakan dengan betul. takan la nanti kain bini terselak sebab angin pun nak tuduh orang UMNO/BN yang selak pulak! dah kejadian alam semula jadi takan nak salahkan manusia pulak. mengong jugak dia orang nih. ~BB

Monday, February 6, 2012

Risalah Mengajak Anut Agama Kristian Diedarkan Di Taman Kosas, Ampang!!

BB dapat maklumat sebentar tadi. bahwa terdapat dua orang berbangsa india (lelaki dan perempuan) telah mengedarkan dari rumah ke rumah risalah yang mengajak untuk anuti agama kristian di taman kosas, ampang. risalah ini juga diedarkan ke rumah orang Islam! penduduk yang menerima risalah tersebut dalam sekitar jam 10.00 malam mendakwa tidak pernah melihat kedua orang itu sebelum ini di kawasan taman kosas.

risalah yang diedarkan

ini perkara serius! kalau yang tak kuat iman boleh terpengaruh. pihak berwajib kena buat siasatan lanjut nih!



Ulamak Terlebih Politik dari Agama?

Apa nak jadi bila ulamak musuh nabi??? Tak caya klik lah baca yer


MENJAWAB HUJAH BODOH NIK AZIZ SAMBUT MAULIDUR RASUL TIRU KRISTIAN



Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.


Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. “Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah.

---------

kenapa la baru sekarang nak dipersoalkan/dipertikaikannya. tugas ulamak bukan mengelirukan umat Islam tetapi patut membimbing dengan kebenaran. harus risau terhadap golongan muda dan golongan yang kurang ilmu. 

tu la susahnya jika ulamak yang terlebih berpolitik, habis semuanya nak dipolitikan bagi meraih sokongan tanpa mempedulikan apa yang dibuat itu terpesong dari landasan Islam, matlamat menghalalkan cara...~BB