macam-macam dah berlaku sekarang ni. segelintir golongan muda mudah terpengaruh dengan aliran yang tidak sihat. amat membimbangkan jika ianya melarat ke arah yang lebih membahayakan. dalang-dalang yang menjadi penghasut mencetuskan demo tertentu kian berleluasa. jika tidak dibendung akan menjadi lebih serius.
siapa sebenarnya yang betul-betul perlu bertanggungjawab dengan salahlaku golongan muda ini? adakah kerana salah didikan? pengaruh kawan-kawan? pengaruh orang tertentu? politik?
rugi rasanya jika mereka ini dirosakkan supaya menjadi perosak anak bangsa yang lain. kerugian juga untuk negara kerana mereka ini sepatutnya yang menjadi pelapis untuk menjaga negara dari anasir luar. tak terkecuali dengan isu murtad, sosial, songsang, dadah dan sebagainya.
BB : kuatnya dos gula-gula penghasut nih!
No comments:
Post a Comment