Thursday, May 2, 2013

Putrajaya: sekumpulan wanita berjubah datang rumah ke rumah untuk calitkan dakwat kekal ke tangan pengundi! #PRU13 #GE13


Seorang penduduk Putrajaya membuat laporan polis berikutan datangnya sekumpulan wanita berjubah ke rumah beliau untuk mencalit dakwat kekal ke tangan. Tindakan pembangkang sebegini sememangnya telah dijangka. Sebab mereka memang pakar dalam mengamalkan muslihat dan tipu daya. 

Harap rakyat tidak terpedaya dengan sesiapa yang mahu mencalitkan dakwat ke tangan selain di pusat pembuangan undi, walaupun mereka mempunyai ramai pelakon terhebat abad ini yang mampu memperdaya rakyat.  Sungguh giat mereka berusaha sampai ke tahap sebegini, kata nak pilihan raya dijalankan dengan bersih. 

Ini dia pula yang menyusung ke setiap rumah nak calitkan dakwat kekal. Ini namanya cakap tak serupa bikin. Kenapa yang ini tak dihighlightkan pembangkang yang mereka berusaha nak calitkan setiap orang dekat Putrajaya dengan dakwat kekal?

Yang dihebohkan dakwat yang tidak kekal, yang boleh dicuci. Entah betul atau tidak kebenaran dakwat tak kekal tu. Kalau sungguh kata sistem pilhan raya tak bersih, tak adil, kenapa masih nak bertanding? Kenapa tak tengok sahaja dari rumah SPR buat kerja macam mana?

Kenapa nak terlibat juga dengan pilihan raya kalau betullah tidak bersih sangat kan. Tak perlu bagitahu, dapat agak sebabnya. Sebab nalk tunjukkan dan buktikan bahawa sistem tak adil dan bersih. 

Macam mana? Dengan mereka isu-isu seperti dakwat kekal tak kekal, pengundi hantu Izzah, pemerhati tak memerhati dan macam-macam lagilah. Ini semua taktik kotor pembangkang yang sengaja nak menjatuhkan kerajaan disamping nak memburukkan SPR. Mereka memang dah terbukti keji. 

Kalau betullah mereka mentadbir, entah apa nasib negara? Habis semua perkara nak dipusingkan 360 darjah untuk tutup kesilapan dan pertahankan kelemahan. Sebab dalam fikiran mereka ini, terlalu ghairah nak kan kuasa dan takhta, dah tak fikir mana yang baik dan mana yang buruk. 

Semuanya dilanggar bagi mecapai agenda dan tujuan mereka nak menakluk Putrajaya dan negara. Berhati-hatilah dengan mereka, agar kita tidak binasa. 

Azizan Angkat Bendera Putih, Mulai Kemas Pejabat #PRU13 #GE13 #TolakPR #UndiBN


Gelombang biru di Kedah nampaknya sudah hampir pasti akan menenggelamkan PAS.  Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kemenangan PAS pada 2008 bukanlah kerana rakyat Kedah menyokong PAS tapi kerana ingin ‘mengajar’ UMNO.   Nampaknya, ‘pengajaran’ yang diberikan adalah berbaloi kerana kepimpinan Dato’ Seri Najib hari ini nampaknya ikhlas melakukan penambahbaikan.  

UMNO Kedah sudah lama mengalami masalah dalaman.  Menurut rakyat Kedah, UMNO Kedah sebelum ini sudah mencapai tahap tepu.  Teguran mahupun kritikan tidak pernah dipedulikan seolah-olah tiada apa yang mampu menjatuhkan mereka.  Justeru, rakyat pun menghukum mereka dengan memberi undi kepada PAS.  

Akibatnya, rakyat juga turut menerima pengajaran tentang siapa dan apakah PAS. 

Satu penggal di bawah PAS sudah cukup untuk memperlihatkan betapa parti itu tidak punya kebolehan dari apa segi sekali pun.  Jika selama ini umat Melayu sering menjulang mereka yang berlatarbelakangkan agama, yang mampu memberi khutbah, hafaz AlQuran dan fasih berbahasa Arab, sebagai orang yang paling layak memimpin, kini mereka sedar bahawa pendapat itu adalah salah.  

Ilmu agama mungkin menjadikan seseorang itu manusia yang baik, tetapi ia tidak menjamin yang beliau akan menjadi pemimpin yang baik.  Orang yang baik dengan pemimpin yang baik adalah dua perkara yang berbeza.  Untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu perlu memahami ekonomi, kewangan, sejarah dan juga selok belok pengurusan.  

Oleh kerana tidak mempunyai semua ilmu ini, maka kita melihat bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah terkapa-kapa dan terpinga-pinga meneraju negeri.  Beliau hilang kawalan ke atas segala-galanya sejak dari mula lagi.  

Beliau ditipu dan dimanipulasi sesuka hati oleh orang-orang kelilingnya.  Beliau tidak mampu memahami laporan kewangan apatah lagi untuk mencari penyelesaian ke atas setiap masalah.  Beliau mendabik dada sebagai anak petani dan lebih tahu perihal pembalakan dan perladangan tetapi  beliau langsung tidak tahu mengurus pembalakan atau perladangan itu.  Akhirnya, habis balak ditebang tanpa menghiraukan kawasan tadahan dan sehingga gondol segala hutan dan bukit-bukau di negeri jelapang padi tersebut.  Ia mungkin membawa hasil segera kepada negeri, namun ia juga akan habis dengan segera juga.  Apatah lagi, apabila kerajaan negeri tidak mampu menjana kewangan dan terus menambah hutang serta membazirkan wang.    

Selain tidak berkebolehan, Azizan juga tidak punya karisma dan tidak mampu berdialog atau berurusan dengan pihak pelabur mahupun rakan sejawatannya.  Pendek kata, beliau menampilkan diri sebagai seorang Ketua Kampung dan bukannya Menteri Besar.   

Jika rakyat inginkan seorang agamawan memegang kuasa, tanpa mengambilkira kelayakannya dalam bidang-bidang lain, maka inilah akibatnya.  Lebih teruk, dari segi agama juga Azizan tidak mampu membawa apa-apa peningkatan selain menggunakan tulisan jawi di papan-papan tanda.  Selebihnya, keadaan negeri Kedah hari ini adalah jauh lebih ‘tidak Islam’ berbanding di bawah kerajaan BN sebelum ini, dengan pusat-pusat hiburan tumbuh bagai cendawan.  Bukan itu saja, sijil halal juga diluluskan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerana pihak yang bertanggungjawab sudah bertahun-tahun tidak mengadakan mesyuarat.  

Azizan yang bakal dicabar oleh sepupunya sendiri, cukup sedar akan kelemahan diri.  Namun, sekadar menjaga ego, beliau terus berlagak konon yakin akan menang.  Hakikatnya, fikiran dan perasaan beliau sudah terlalu amat berserabut sama seperti berserabutnya Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri.  Beliau tahu beliau tidak akan mampu untuk terus mentadbir sepenggal lagi tanpa menghancurkan negeri Kedah.  

Tidak mustahil, jauh di sudut hatinya, beliau mengharapkan kekalahan.  Kerana itu, tidak hairanlah jika beliau dikatakan sedang sibuk mengemas pejabatnya bersedia untuk keluar.  

Dalam keadaan ini, tiada sebab kenapa BN Kedah tidak mampu menang.  Sedar atau tidak, perubahan sebenarnya sudah pun berlaku, bermula dari penamaan calon lagi.  Justeru, slogan ‘ubah’ PR sebenarnya sudah tidak relevan lagi.  

Saya Insaf Dan Umum Keluar PKR – Azlan Lazim #PRU13 #GE13 #TolakPR #UndiBN



Bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa liwat kepada Anwar Ibrahim hari ini membuat satu sidang akhbar tergempar bagi membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada anaknya. Azlan Mohd Lazim yang sebelum ini mendakwa dia dan anaknya telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu menarik kembali semua dakwaan yang dikatakan itu.

Menurut Azlan, penarikan balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini kerana merasakan telah mengkhianati anak kandungnya dan menyesal atas keterlanjuran tersebut. Selain pengumuman maaf itu, Azlan turut memaklumkan keluar dari PKR dan menegaskan kes liwat yang melibatkan Saiful bukan satu konspirasi.

Azlan ketika sidang akhbar yang diadakan di salah sebuah hotel di Cheras memaklumkan menarik kembali pemohonan maaf keatas Anwar Ibrahim.

“Kejadian liwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah benar (berlaku) dan ia bukanlah satu konspirasi politik. Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Anwar dan keluargarnya” katanya.

Beliau turut mengatakan bahawa kenyataan pada hari ini dibuat secara sukarela tanpa ada sebarang unsur paksaan dari mana-mana pihak kerana menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan.

"Sebelum ini saya mungkin termakan hasutan daripada kawan-kawan sehingga tergamak mengkhianati Saiful dan keluarga. Dengan kenyataan ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," ujarnya lagi.

Dengan kenyataan tersebut, pasti akan membuatkan Anwar pening kerana tidak lagi dapat mengunakan isu kenyataan dan permohonan yang dikeluarkan sebelum ini.

Bukti Israel Mahu Kerajaan Malaysia diTumbangkan #PRU13 #GE13 #TolakPR #UndiBN


Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan rakyat.  Akibatnya, jenuhlah penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau dan ‘dicipta’ oleh UMNO.   Mereka juga mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu tersebut.  

Jelas, PR sudah panik.  Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja.  Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada umum.  Mungkin juga kerana berkat doa solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan.   

Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun.  Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu menolak mereka-mereka ini.  

Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai mereka.  

Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah, namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata sebenarnya.  Kita tidak perlu bergantung kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas.   Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan agama Islam semata-mata untuk ‘diterima’ oleh barat.  

Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR.   Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang selagi kita tidak ‘bersama’ mereka?   Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut berbunyi:  ‘Malaysia bersama mereka’?  

Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini?  Masihkah kita ingin menafikannya?  

Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi.  Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai bentuk.  

Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh mereka sekiranya mereka bergiat atas nama ‘Judaism’?  Sudah tentu ramai yang lari jika mereka mendakwahkan agama Judaism.  Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam dan Kristian adalah sesuatu yang azali.   

Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan.  

Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali.   Namun, beberapa pihak Kristian orthodox masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran yang berasal-usul dari puak Yahudi.   

Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras pegangan agama mereka dari dalam.  

Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran baru.   Oleh itu, kita melihat bagaimana penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat mereka.  Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara besar-besaran menolak LGBT.  Malah, di Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka dengan kalimah ‘Allah’.   

Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan fahaman liberal kepada manusia sejagat?   

Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya.  Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar memahami apa itu ‘kesederhanaan’ iaitu kita tidak terlalu ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan.   Malaysia juga berlaku adil kepada bukan Islam.  Kesemua inilah yang membantu melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di seluruh dunia.  

Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel.  Fikirkanlah…. 

Wednesday, May 1, 2013

Muslihat PR menghadapi kekalahan PRU13 #PilihBN #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN

Blogger Syed Akbar Ali mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan rancangan kekacauan yang mahu ditimbulkan oleh PR.  

Perhimpunan Bersih yang berlangsung sebelum ini menunjukkan ada anasir-anasir jahat dari luar yang membantu menghuru-harakan negara. Perkara yang sama mungkin berulang sekiranya PR kalah PRU13.

Mereka mahu mengambilalih kerajaan melalui kaedah keganasan kerana tidak diterima majoriti rakyat. Rakyat harus berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang negara. Jangan mudah terpedaya dengan laungan pembangkang.


Inline image 1