Wednesday, May 1, 2013

5 Kedutaan Asing Ramal BN Menang #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBagus #UndiBN

Pilihanraya Malaysia kali ini nampaknya bukan sahaja penting untuk rakyat Malaysia, tetapi entah kenapa negara-negara asing juga begitu teruja menunggunya.  Rata-rata, pilihanraya yang dikatakan ‘ibu segala pilihanraya’ ini dianggap sebagai ketibaan di dua persimpangan bertentangan di mana salah satunya akan mengubah segala-galanya, iaitu daripada landskap dan struktur asas negara ini. 

Dari satu segi pula, pilihanraya ini hanyalah salah satu dari beberapa pilihanraya yang perlu dilalui oleh Barisan Nasional, iaitu pertandingan untuk mengekalkan kuasa. Dalam kata lain, PRU hanyalah satu platform untuk parti BN meneruskan khidmat tidak kira siapa pun pemimpinnya. 

Namun, bagi PR ia adalah lebih dari itu.  Bagi pemimpin-pemimpin PR, pilihanraya adalah sesuatu yang peribadi.  Ini kerana, jika pemimpin BN bersilih ganti, pemimpin PR pula menyaksikan muka yang sama sejak berpuluh tahun dahulu.  Maka, pemimpin-pemimpin PR ini bukan lagi bertanding kerana parti tetapi sebenarnya mempertaruhkan ‘hidup’ mereka sendiri.

Memandangkan mereka masing-masing sudah mencapai usia senja, maka slogan ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya memaparkan keterdesakan yang tidak tertahan-tahan lagi seolah-olah jika kali ini kalah juga, maka ‘matilah’ mereka.  

Malangnya, kita mempunyai berita buruk untuk pemimpin-pemimpin PR ini iaitu berita yang didapati dari sumber dalaman mengenai ramalan PRU kali ini. 

Nampaknya, lima dari kedutaan asing percaya bahawa BN akan menang sekali lagi dengan majoriti yang lebih besar dari PRU2008.  Pihak asing yang berkata demikian ialah Kedutaan China, Taiwan, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat.  

Kita tahu bahawa pihak gereja Jerusalem di Israel ada menghantar perutusan khas dalam bentuk video sebagai pembakar semangat untuk PR menghadapi PRU.  Malah, pihak gereja itu tampak begitu yakin dengan kemenangan PR dan telah meraikannya lebih awal dengan ‘menerima’ Malaysia kedalam ‘jemaah’ mereka untuk sama-sama menuju cahaya keberkatan ‘the Lord’. 

Namun, mengambil prinsip demokrasi, ramalan satu pihak sahaja tentulah tidak boleh dipakai jika dibandingkan dengan ramalan 5 pihak kedutaan asing tadi. 

Lagipun, selalunya ramalan pihak kedutaan asing boleh dipercayai kerana mereka tidak terlibat dengan sentimen rakyat Malaysia.  Pihak asing juga tidak perlu membuat atau menyebar ramalan palsu kerana maklumat yang tepat adalah penting untuk mereka mengatur langkah seterusnya dalam hubungan dengan Malaysia terutama dari segi dagangan. 

Justeru, kita harap pemimpin-pemimpin PR bersedia untuk menerima kekalahan ini dengan baik.  Kita tidak dapat membantu memujuk hati mereka dengan menukar slogan kepada ‘Lain Kalilah’ kerana kita tahu dalam usia mereka kini, ungkapan ‘lain kali’ tentu saja tidak relevan.  

Anwar sudah berkata jika beliau kalah, beliau akan bersara dan mengajar di Perancis, mungkin kerana Perancis baru sahaja meluluskan undang-undang kahwin sejenis.  Manakala, Lim Kit Siang pula telah menyatakan bahawa beliau bersedia menerima ‘kematiannya’ sendiri di Gelang Patah.   Nik Aziz pula….mungkin beliau akan ‘terbersara’ sendiri tanpa sedar, sekiranya beliau kalah di kawasannya kali ini.   Maka tinggallah Hadi Awang.  Tetapi Hadi Awang juga katanya rela menjadi nelayan sahaja asalkan Islam menang. 

Dan kita pasti, Islam akan terus menang di bawah BN dan tiada siapa yang akan mampu mengganggu-gugat Kalimah Allah lagi sekiranya PR terkubur. Dengan jaminan ini, kita harap Hadi Awang tidak begitu gusar dengan ramalan kedutaan asing tersebut. 

Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz bagaimanapun terpaksa terus melayan kegusaran masing-masing sementara menunggu ‘hari perhitungan’. Seperti yang dikatakan tadi, kita faham betapa pentingnya PRU kali ini untuk mereka. 

Maklumlah, seluruh hidup telah dihabiskan untuk mengabdikan diri kepada perebutan kuasa sehingga tidak sempat menikmati keindahan dunia.  Saban hari terasa diri dalam neraka walaupun dihiburkan oleh China Doll, jambu-jambu atau anak-anak ikan, dan walaupun wang sudah berkoyan-koyan.   Entah kenapa tiba-tiba menjelang PRU ini, hidup terasa seperti sia-sia, bukan?  

Nilai Hudud Di Kaca Mata PAS Hanya 5 Peratus Je? #PRU13 #GE13

"Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat lima peratus sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua," demikian kenyataan bersama yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.

Kenyataan bersama PAS dan DAP itu matlamat utamanya ialah untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong masing-masing berikutan percanggahan terbuka mengenai isu hudud selepas ia ditimbulkan kembali oleh Timbalan Musyidul Am PAS, Dr Haron Din baru-baru ini.

Haron Din dalam kenyataannya itu menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud seandainya PR menang PRU-13 meskipun bakal mendapat tentangan dari DAP. Ia disambut baik oleh pemimpin dan penyokong PAS termasuk mendapat dukungan penuh dariMursyidulAm PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimana pun, ura-ura yang disuarakan oleh PAS itu mendapat tentangan DAP dan agak kurang menyenangkan penyokongnya.

Berikutan itu, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tampil mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam PR memandangkan sebelum ini sudah wujud persetujuan bersama untuk hanya fokus mengalahkan BN sahaja.

Berbalik kepada kenyataan bersama DAP dan PAS, Hadi selaku Presiden PAS menyifatkan percanggahan pandangan dan dasar antara kedua-dua parti itu hanyalah satu perbezaan kecil yang dianggarkannya sekitar 5% sahaja.

Maksudnya, bagi PAS soal perlaksanaan hudud yang menjadi titik pergeseran antara PAS dan DAP hanyalah perkara remeh temeh berbanding persetujuan perjuangan mereka yang mencakupi 95% terutama sekali melibatkan Manifesto PR.

Demikianlah nilai hudud di kaca mata PAS tika ini sedangkan bab yang 5 peratus itulah yang sering digembar-gemburkan selama ini termasuklah untuk meraih undi orang Melayu Islam dan diguna pakai bagi mempersoalkan keislaman orangMelayu Islam dalam UMNO.

Tapi bila ia melibatkan DAP, terus sahaja yang 5% itu dipandang remeh seolah-olah tiada apa yang patut diperdebatkan kerana kononnya banyak perkara lain yang jauh lebih utama dan penting.

Sementara di pihak Kerajaan pusat yang diterajui UMNO dan BN, soal samada ia 5% atau tidak, kecil atau besar, tatkala PAS sibuk mempertikaikan KeIslaman orang UMNO, diam tak diam UMNO telah berjaya mengislamisasikan perundangan negara yang mana sehingga kini 90% sudah menepati kehendak Islam.

Apa pun, percanggahan terbuka antara PAS dan DAP dalam isu hudud 5% ini, tidak dapat tidak, ia bakal menyebabkan kelak PAS menangis tak berlagu menjelang tibanya PRU-13 ini gara-gara kegagalannya mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

JPN Tidak Keluarkan MyKas #PRU13 #GE13

Untuk Warga Asing Mengundi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan pernah mengeluarkan MyKas kepada warga asing untuk mengundi. Ini merupakan satu tuduhan berat pembangkang kepada JPN yang pastinya mengikut setiap prosedur dan undang-undang negara yang tertakluk untuk mengeluarkan MyKas. 

Tambahan, pemegang-pemegang MyKas tidak layak untuk mengundi kerana status sebagai Pemastautin Sementara dan bukannya warganegara. Dakwaaan penyokong pembangkang adalah tidak benar dan berniat jahat untuk memburukkan proses demokrasi negara. Ini semua rancangan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan BN agar rakyat semua tertipu dan mengundi mereka untuk menggantikan tampuk kepimpinan kini. 

Satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak dikemukakan dengan bukti-bukti kukuh oleh pembangkang. Dan ini tidak boleh menyabitkan terhadap tuduhan tersebut. Tuduhan pembangkang bahawa terdapat sebuah pesawat membawa 36,000 pengundi hantu ke Selangor adalah tidak benar sama sekali. Pesawat MH8601 yang kononnya membawa pengundi hantu dari Sabah ke Selangor adalah rekaan pembangkang semata-mata. 

Kalau difikirkan logik, adalah mustahil pemerhati dan juga rakyat tidak nampak sejumlah orang yang dibawa itu untuk mengundi di Selangor. Lagi pula, kalau benar pengundi itu dibawa dari Sabah sekalipun, adakah mereka tidak mahu mempertahankan negeri mereka sendiri dari dirampas pembangkang. Ini semua manipulasi pembangkang yang sengaja mencari modal untuk menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat dan juga penyokong mereka.

Pembangkang sengaja menggembar-gemburkan isu pengundi hantu untuk menghalalakan niat mereka membuat hura-hura bila kalah pada 5 Mei kelak. Itulah strategi yang dapat dihidu mereka yang berfikir secara waras. Sebab kalau betul mereka sudah bersedia untuk bertempur dalam pilihan raya kali ini, sduah tentu mereka tidak perlu nak buat fitnah sebegini. Mana pergi hasil kajian yang dikeluarkan di blog Anwar Ibrahim yang mana dinyatakan keyakinan beliau akan mendapat undi yang besar sehingga membolehkan dia menang dalam pertarungan kali ini. 

Kalau betul hasil kajian itu sah, tak perlu rasanya buat fitnah-fitnah tak bertempat, tuduhan-tuduhan yang tak berasas dan juga provokasi murahan. Lama-lama, apa yang dirancangkan ini akan terbongkar juga penipuan yang beserta dengan agenda mereka semua ini. Politik kotor dan keji pembangkang ini nampaknya semakin tidak terkawal dan mereka semakin ghairah untuk melakukan penipuan. 

Semua dilakukan kerana terdesak untuk mendapatkan undi dari rakyat dan sudah pastinya mereka mensasarkan kepada mereka yang dikategorikan sebagai 'pengundi atas pagar'. Jadi, dengan mereka isu-isu yang tidak masuk akal ini, pembangkang berharap dapat mempengaruhi mereka yang masih lagi belum membuat keputusan untuk memilih siapa yang bakal menerajui negara pada penggal seterusnya. 

Tapi, fikir-fikirlah, kalau belum memerintah pun dah seronok dan ghairah menipu, apa pula keadaanya kalau dah dapat mentadbir negara? Tepuk dada, tanya selera. Berfikir gunakanlah akal, bukan ikut hati dan nafsu. Kelak diri sendiri yang terasa rugi.

Doa Khas Dari Gereja Jerusalem Untuk Kemenangan Pakatan Rakyat!!! #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBagus

Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.  Video tersebut boleh didapati di https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2xlCXo1ZgmY#at=276

Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.  Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi. 

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’  seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti.  Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’. 

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.  Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.  Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.   Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.  Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR. 

Tentulah ini tidak masuk akal. 

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.  Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.  Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.  Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?  

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.  BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim. 

Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.   Kenapa?  Apakah sudah sah yang PR akan menang?   Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang?  Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah? 

Kita mungkin tidak akan mampu untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau ‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk.  Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi. 

Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir.  Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan ‘hilang’ secara perlahan-lahan.  

Anwar Dan Ketaksuban Politik Angka #PRU13 #GE13 #TolakPR #UndiBN

ANGKA paling popular yang satu Malaysia masih ingat ialah 16/9 yang merujuk kepada 16 September. Lima tahun lalu pada tarikh berkenaan 'sepatutnya' Anwar mengangkat sumpah sebagai 'Perdana Menteri.' Pada 16 September 2008 itu kononnya 31 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dicanang bakal melompat parti menyertai Anwar. Walaupun semua itu hanyalah 'auta dan temberang,' Anwar tidak pernah serik bermain dengan angka. Berputus asa apatah lagi. Dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bermula 20 April lalu, 'politik angka' muncul semula.

Kali ini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkena jangkitan penyakit ciptaan Anwar itu. Minggu lalu Kit Siang mendakwa memperoleh maklumat bahawa pakatan pembangkang akan menang 145 kerusi pada pilihan raya kali ini. Azmin pula mendakwa pakatan bakal menang 125 kerusi. Abdul Khalid Ibrahim juga tidak ketinggalan.

Beliau menyebut angka 115 kerusi. Sebelum itu pada 11 April lalu, Abdul Khalid lagi berselera apabila dia menyebut pakatan akan menang 215 kerusi! Menariknya tidak sampai sebulan angka itu merudum kepada 100 kerusi sahaja! Angka-angka ciptaan Anwar ini sebenarnya tidak lebih daripada satu strategi.

Tujuannya menyedapkan hati penyokong parti yang kini keluh kesah dan resah gelisah. Apa tidaknya, dengan kempen masih berbaki empat hari lagi masalah demi masalah bertimpa-timpa melanda pakatan pembangkang. Mula-mula nampak kecil, akhir-akhir ini sudah serius. Krisis perebutan kerusi sesama sendiri dan bantahan ke atas pemilihan calon berlarutan sehingga sekarang. Sejak berakhir hari penamaan calon, suara pemimpin DAP mengata Pas dan Pas mengutuk PKR sudah kedengaran. Hari ini suara itu semakin nyaring dan bunyinya lebih lantang dan berterus-terang.

Bantahan dan protes secara terbuka ini sudah membawa ke tahap keluar parti, menutup bilik gerakan serta melumpuhkan jentera parti. Anwar cukup bimbang dengan perkembangan ini. Kebangkitan besar-besaran rakyat menyokong segala program transformasi kerajaan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menambahkan lagi risau Anwar.

Situasi ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang menggembirakan Ketua Pembangkang itu. Lantas dalam ceramahnya Anwar mula melontarkan angka-angka enak kepada audiens. Angka-angka besar itu diharapkan dapat memberi sedikit keseronokan kepada ahli-ahli PKR, DAP dan Pas. Anwar percaya politik angka adalah strategi terbaiknya untuk mempengaruhi para penyokongnya agar terus bertahan. Beliau sudah melihat bagaimana ketaksuban mereka kepada angka terutama ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 diadakan di ibu kota tidak lama dahulu.

Bagai tidak ada kerja lain, media sosial propembangkang dan antikerajaan membincangkan topik jumlah kehadiran berbulan-bulan lamanya. Selain memberi keseronokan, angka-angka yang 'dinaikkan' setiap hari itu diharapkan dapat menutup segala kepincangan pakatan itu. Tidak hairanlah setiap kali berceramah Anwar menjaja 'keseronokan' itu berulang kali. Sekurang-kurangnya Anwar ada sedikit keseronokan lebih-lebih lagi menjelang 5 Mei ini, walaupun barangkali keseronokan itu hanya bersifat sementara.