Monday, April 16, 2012

Demo Mansuhkan PTPTN Gagal?

hah tu la, tak mau dengar cakap orang tua. kan dah buat kerja sia-sia aje, buang masa pun ye jugak. baguslah demo gagal capai matlamat. daripada nak berdemo bagai, baik buat kerja part time ke, dapat la pendapatan sampingan. boleh la juga tampung bayaran balik pinjaman PTPTN tu. ini tak, demo ntah ke mana, pelajaran ntah ke mana... untung tarak seh!


agak-agak, bila dia orang dah tua nanti camne ye nak jawab dengan anak cucu, bila anak cucu tengok gambar-gambar ni?

ada orang yang nak belajar betul-betul tak dapat peluang nak masuk universiti/kolej. lebih lagi mana yang
dapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan, susah dapat peluang lanjutkan pelajaran. tapi yang dapat peluang lanjutkan pelajaran dan dapat pinjaman, mensia-siakan peluang yang ada.


apa yang dia orang dapat bila buat macam ni?


sedih la bila tengok mahasiswa/golongan muda sekarang ni semakin biadap dan kurang ajar. tambah lagi yang suka/banyak timbulkan masalah. menyusahkan semua orang terutama ahli keluarga sebenarnya.

apa yang dia orang dapat bila berdemo? kalau dapat imbuhan yang tak banyak mana, baik tak payah. minta saja la penganjur demo tu bayarkan pinjaman yang belum langsai tu kan lagi baik.

yang bijak pandai pun tak manfaatkan kepandaian untuk sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair. kepandaian digunakan untuk musnahkan masa depan sendiri, apa celop beb!

kesian kepada mahasiswa yang betul-betul nak belajar, disusahkan oleh rakan-rakan mereka yang kurang bijak gunakan otak untuk berfikir. ~BB

Thursday, April 12, 2012

Kenapa Pulak PM Tak Boleh Pangku Jawatan Menteri Wanita?

kenapa si zuraidah mak lampir nak sindir-sindir wanita UMNO pasal PM pangku jawatan menteri wanita? PM pangku untuk sementara waktu aje. tak salah pun kalau PM memangku kejap jawatan tu asalkan dengan persetujuan semua wanita. daripada nanti jadi perbalahan antara wanita yang mak lampir memang nak tengok. yang pastinya ramai wanita marah dengan kenyataan mak lampir ni. suka suka je cakap pimpinan PM lemah tak ada hala tuju. yang sebenarnya mak lampir zuraidah ni dah hilang arah tuju, tak fokus pada kepentingan rakyat tapi fokus pada kepentingan jawatan disamping menyibuk jawatan orang lain. tak cukup tu, puak PR ni saja la nak buat fitnah kononnya nanti datin seri rosmah yang akan menguasai kementerian wanita itu.

dalam sejarah UMNO/BN tidak pernah sesekali melibatkan isteri dalam urus tadbir negara, negeri atau parti. bukan seperti parti kroni PR, jawatan dalam parti anak beranak yang pegang.

Dalam PKR, yang struktur partinya pelik dan luar tabie dapat kita saksikan bagaimana sang suami, isteri dan anak begitu menguasai parti semacam menguruskan syarikat milik keluarga sendiri.
Mana tidaknya, tatkala Ketua Umum PKR adalah Anwar Ibrahim, Presiden parti pula ialah isterinya, Wan Azizah dan anak sulung Anwar, Nurul Izzah pula dilantik sebagai Naib Presiden parti manakala Timbalan pula dipegang oleh kroni paling rapat, Azmin Ali.
Bukankah itu menunjukkan PKR adalah antara parti politik yang paling unik, pelik dan luar tabie di Malaysia dan kebetulan pula PKR tidak sendirian kerana DAP juga mempunyai tabiat sedemikian sejak sekian lama apabila ahli keluarga sendiri saja yang dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi parti.


sudah-sudah la zuraidah mak lampir tak payah la nak sibuk tepi kain orang, kau punyai tepi kain koyak tak nak pulak jaga. ish...ish...ishhh...

ehem...ehem... bonda-bonda dan kakak-kakak wanita ampang memang marah sangat dengan kenyataan mak lampir nih. naik semangat mereka ni nak singkir mak lampir ni keluar dari ampang. harap-harap perjuangan wanita ampang ni berjaya, InsyaAllah. ~BB

Sunday, April 8, 2012

Selangor Dah Tak BERSIH!!!


sampah ni kalau letak dalam pejabat khalid gagap bagus gak hi... hehehe...

hal sampah yang tidak diselenggara dengan baik makin menjadi masalah dan sangat menyusahkan rakyat. ini amat tidak selesa bagi rakyat untuk menjalani aktiviti harian dengan sempurna bila mana pencemaran di kawasana kediaman mereka menjadi semakin teruk. sampah yang tidak diangkat/kutip membangkitkan bau yang kurang enak/busuk dan sampai berulat! Kenapa kerajaan Selangor tidak ambil berat tentang masalah sampah dan menyusahkan rakyat.

setiap tahun cukai pintu dicaj, dan kalau lewat caj denda sampai lebih 6 kali ganda berbanding masa BN menerajui Selangor dulu hanya rm3 sahaja bagi denda lewat bayar.

menjadi punca banjir kilat bila mana longgokkan sampah dalam longkang tidak dibersihkan. aduan dibuat tapi tak pantas ambil tindakan kadang makan masa lebih dari sebulan. macam kes denggi umpamanya, selagi tiada mangsa denggi dalam mana-mana kawasan selagi itu semburan racun nyamuk tidak akan dibuat. tunggu sampai ada yang meninggal baru nak bertindak. ish...ish...ish...

agak-agak la, tender kutipan sampah ni syarikat siapa yang dapat ye? Bagi kat kroni ke? Wang sudah angkat tapi kerja main-main aaa.. kadang langsung kerja tarak buat. hampehh betul la...

Thursday, April 5, 2012

Dua Tiga Kucing Kurap, Azmin Ali Harus Jawap !!!

Azmin Dayus: Ahli PKR Sendiri Mintak Penjelasan Azmin


Dakwaan Azmin Dayus: Ahli PKR Sendiri Mintak Penjelasan Azmin

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilihat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan  parti itu apabila buat pertama kali dan secara terbuka, mereka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke  atas beliau.

Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini turut meminta Timbalan Presiden itu  menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan termasuk soal pemilikan saham dan hubungan isterinya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas beliau, Azmin digesa meninggalkan PKR jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik parti. baca selanjutnya di sini.


hah! Baru nak bukak mata/telinga/mulut sekarang. dulu bukan main lagi sibuk pertikaikan mantan wakil rakyat BN di ampang. buat fitnah bagai, sabotaj sana sini, nak parangkan orang pun ada si isa ni. tak hingat tapak rumah yang dia duduk tu sape yang bagi kat dia. tu la dia kacang lupakan kulit. sekarang amik kau, pemimpin yang kau sokong diragui kredibilitinya, punya masalah besar. kenapa mereke ni ambil masa yang lama sangat nak buat pertikaian ni sedangkan isu ni dah lama dah. 

baik buruk, BN jugak la pilihan yang tepat. ~BB

Wednesday, April 4, 2012

Cakap Tak Serupa Bikin Ketua Cawangan Ni!

ada  ketua cawangan ni bila pertikaikan kesalahan sewaktu persidangan cawangan ataupun mesyuarat perwakilan bahagian bukan main lagi siap rujuk buku perlembagaan. bila sendiri buat salah tak apalah pulak. tak ikut pun perlembagaan yang selalu dia gunapakai nak hentam orang lain, lebih-lebih lagi kalau dalam mesyuarat perwakilan bahagian. pergghhh! dia saja yang nak nampak hebat dengan buku perlembagaan tu!  ni cawangan yang pernah BB ceritakan dulu yang tak hargai sayap sendiri. cuba tengok kat sini.

musim persidangan cawangan dah pun bermula. nak tengok orang yang beriya-iya dengan buku perlembagaan  betul-betul ikut ke tak perlembagaan. ada setiausaha cawangan dia pun tak pandai buat notis dan penyata cawangan, samalah juga dengan ketua pemuda kesayangan yang lebih diutamakan dari puteri dalam segala hal. segala kerja-kerja ditolak kepada sayap puteri tetapi yang dapat nama ketua cawangan. BB rasa eloknya sayap puteri cawangan tu tukar je lah ke cawangan lain. buat penat je, dahlah tak dihargai.

ehem...ehem... ketua cawangan ni mantan yb, jadi lagak ybnya tu belum hilang lagi.  ~BB