Saturday, September 29, 2012

Hudud Punca Pakatan Rakyat Berpecah Belah???

Suatu ketika dulu, isu perlaksanaan hukum hudud pernah memberi manfaat besar kepada PAS terutama sekali dalam usahanya menyaingi kekuatan dan pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

Sepanjang dekad 90-an itu, PAS berjaya meraih laba politik dari isu tersebut di masa yang sama telah mendoktrinasikan pemikiran sesetengah orang Melayu Islam untuk percaya kononnya UMNO telah menolak hukum Allah s.w.t.

Hasil doktrinasi itu jugalah kesannya menyebabkan pemahaman ramai penyokong dan ahli PAS semakin kukuh dan berkeyakinan penuh dengan perjuangan politik bersama PAS ganjarannya adalah syurga, manakala menentang UMNO seumpama satu jihad fisabillilah.

Kefahaman sedemikian adalah lanjutan dari pelbagai isu terdahulu seperti isu mengkafirkan sesama Islam, fatwa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam dan Amanat Hadi yang pernah PAS pelopori lama sebelum isu hudud menjadi agenda utama PAS.

Hari ini, dalam dekad millenium kini di mana PAS sudah semakin akrab dan berikrar sehidup semati bersama gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), isu perlaksanaan hudud sudah dilihat bagaikan senjata makan tuan dan boleh memudaratkan kedudukan PAS dalam gabungan tersebut.

Senario itu dapat dirasakan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mula memperlahankan suaranya setelah digertak oleh pemimpin DAP gara-gara membuat kenyataan bahawa PAS tetap teguh mahu melaksanakan hukum hudud.

Malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga pernah menafikan kenyataannya pada 27 Ogos 2012 yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dalam edisi petang Isnin yang menyebut "PAS akan mencadangkan perlembagaan negera dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah negara selepas PRU 13".

Penafian Mat Sabu itu menjadi satu asas penting, bukti betapa agenda hudud bukanlah satu keperluan dalam dasar PR sekaligus menunjukkan wujudnya penolakan gabungan tersebut terhadap hukum hudud sebagai perundangan negara.

Dari satu sudut, tindakan Mat Sabu dan PAS itu kena pada masanya.

Berdasarkan kajian oleh UMCEDEL beberapa hari lalu, sebahagian besar respondan agak yakin isu hudud adalah ancaman terbesar terhadap kesepakatan PR. 42% respondan keturunan Cina percaya isu itu akan memudaratkan PR manakala 52% lagi menolak perlaksanaannya dengan alasan kemajmukan masyarakat negara ini.

Tunggak utama kekuatan PR sekarang ialah sokongan sebahagian besar pengundi keturunan Cina, oleh itu tidak sukar untuk kita memahami kenapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu membuktikan kepada umum bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali walaupun jika PR dapat memerintah negara.

Dulu PAS pernah menuduh UMNO telah menolak hukum Allah, hari ini realiti semasa membuktikan PAS pula yang bersungguh-sungguh menolak perlaksanaan hukum itu demi semata-mata kepentingan politik PR.

Kini, Hudud sudah dipandang oleh PAS dan PR sebagai punca akan menyebabkan mereka berpecah belah, seolah-olah api dalam sekam yang membahayakan kesepakatan mereka dalam PR.

beruang biru

Bajet Pembangkang Hanya Fantasi Kosong!

Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.

Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!

Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.

Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif. Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.

beruang biru

Rakyat Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh SUARAM

Segalanya tidak kelihatan begitu baik untuk SUARAM. NGO yang kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan hak asasi manusia kini menghadapi tekanan kuat daripada rakyat akibat daripada motif licik, dana dan juga kewujudan NGO tersebut.
Selain itu, SUARAM juga tidak mempunyai pilihan lain bagi membuktikan segala tuduhan yang mereka kenakan keatas Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia.

Menyedari akan keadaan ini, Cynthia Gabriel, sekretariat Suaram, baru-baru ini telah memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa segalanya sedang berjalan lancar di Mahkamah Perancis dan kerajaan akan dikenakan tindakan tidak lama lagi.

Semuanya sedar bahawa 'tidak lama lagi' sebenarnya 'tidak langsung' kerana Perancis telah mengesahkan berkali-kali bahawa tiada sebarang perbicaraan yang dijalankan terhadap tuduhan 'skandal Scoepene' yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib dan tiada sepina yang dikeluarkan terhadap mana-mana individu.

SUARAM telah memainkan isu yang sama dalam masa yang amat panjang hinggakan semua cerita mereka telah tidak boleh dikawal lagi.
Dari Akuan Bersumpah oleh pihak ketiga, penarikan akuan bersumpah yang entah bagaimana pihak tersebut dapat hidup mewah di London hinggakan kepada kenyataan media 'U-turn' berkenaan bahagian pertama tentang skandal tersebut menunjukkan bahawa cerita mereka tidak konsisten dari awal lagi.

Bahagian kedua bagi cerita mereka juga tidak memberikan sebarang manfaat (nilai rasuah yang diterima), sentiasa berubah-ubah.
Kemudiannya bahagian ketiga dan terakhir dimana mereka mengaitkan beberapa buah syarikat yang akhirnya dikaitkan dengan samada Razak Baginda, Datin Seri Rosmah, Dato’ Seri Najib atau kerajaan Malaysia.

Penulis ingin tegaskan disini bahawa pihak polis Perancis, mahkamah dan juga Jabatan Hal Ehwal Luar Perancis telah mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki negara tersebut pada tahun yang Suaram nyatakan, dan tiada perbicaraan, kes mahupun sepina yang dikenakan keatas mana-mana rakyat Malaysia.

SUARAM kini telah terlalu banyak menipu. Namun, sebagai 'anjing suruhan' kepada 'kuasa-kuasa besar dunia', mereka tidak akan mengaku bahawa mereka telah menipu. Mereka percaya bahawa mereka mampu 'menyelesaikan' masalah ini.
Ini hanyalah permainan yang dibuat oleh Suaram bersama Pakatan Rakyat (PR) yang disaksikan oleh rakyat dan juga dunia - permainan yang dibiayai oleh kuasa besar dunia.

Jika Suaram dan PR masih mahu bermain dalam permainan ini, bagaimana mereka boleh menang jika mereka tidak ada sebarang pihak lawan? Bodoh.
Rakyat kini sudah penat dengan perkara yang dimainkan oleh SUARAM dan juga PR.

Bagaimanapun, nampaknya SUARAM masih lagi mahu bermain dan memperbodohkan diri mereka sendiri. Kenapa? Kerana mereka tidak ada pilihan lain. Mereka terlalu angkuh untuk mengaku kalah. Mereka lebih rela kelihatan bodoh daripada kalah.

beruang biru

---------
suaram edar risalah untuk pengaruhi rakyat tentang agendanya. BB dapat risalah ni kat galeri annex sebelah pasar seni.





Friday, September 28, 2012

Legasi 'Bajet Kosong' Pakatan Rosak !


BELANJAWAN pakatan pembangkang yang digelar Bajet Alternatif sudah diumumkan lebih awal daripada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Skrip serupa digunakan tahun lalu dan dijangka disambung dengan dialog menuduh bajet kerajaan meniru bajet pembangkang yang lebih banyak menjanjikan 'gula-gula' daripada mengumpul 'gula' itu sendiri.

Mengimbas kembali, apa yang dijanjikan untuk 2013 seperti bantuan RM1,000 setahun kepada warga emas, bantuan kebajikan RM550 sebulan, gaji minimum RM1,100, elaun pendidik sebanyak RM500 dan banyak lagi sebenarnya salinan fotostat daripada bajet bayangan 2012 juga.

Mungkin dapat dilupakan seketika apa yang dibentangkan itu dengan poket kosong, umpama orang yang cuma window shopping, mereka tetap menabur janji-janji baru melalui bajet bayangan 2013 tanpa segan silu, sedangkan janji dan manifesto sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 masih banyak belum ditunaikan.

Lebih menarik, individu yang mengumumkan bajet bayangan untuk lebih 28 juta rakyat itu juga adalah Penasihat Ekonomi Selangor tetapi bajet yang setanding tidak pula dibentang dan dilaksanakan terlebih dahulu untuk lima juta rakyat negeri tersebut selepas lebih empat tahun memerintah.

Dengan bajet poket kosong 2013, mereka janji dan terus berjanji untuk membina jalan raya di Sabah sedangkan di negeri sendiri masih menunggu, mahu turunkan cukai kenderaan 20 peratus tetapi cukai pintu masih tergantung, serta pendidikan percuma dan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sesuatu yang masih dinanti-nantikan pelajar negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Bagaimana pula janji-janji mereka di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mahupun Perak ketika mereka memegang kuasa dahulu? Mungkin kerana itu tema Hari Merdeka tahun ini begitu sensitif kepada sesetengah pihak.

Bantuan bagi pendidikan prasekolah, anak yang dihantar ke nurseri, menurunkan cukai pintu dan cukai premis perniagaan serta elaun ibu tunggal juga masih dinanti-nantikan. 

Tidak cukup dengan itu, janji-janji 'berat' juga semakin bertambah seperti penurunan harga kereta, pemansuhan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN sedia ada, kononnya semua itu mampu ditampung kerajaan pembangkang, cukup dengan menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan sahaja. 

Ini belum mengambil kira rancangan 'kurang cerdik' seperti mengurangkan bilangan kakitangan awam, terowong dasar laut Pulau Pinang, menurunkan harga minyak dalam 24 jam selepas menang PRU, meroboh tembok penjara jika pemimpin mereka dipenjarakan mahupun ada yang mengangkat komunis sebagai hero, menukar Jalur Gemilang dan sebagainya.

Yang nyata, setiap bajet bayangan yang menjanjikan bulan, bintang dan roket itu gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin semua yang dikatakan mampu dipenuhi.

Bagi rakyat biasa tentu sekali apa yang digula-gulakan itu sangat menarik, untuk lima saat, tetapi akal yang waras dan rasional tentu melihat banyak lompang dalam perancangan yang tidak berdiri atas realiti dan kemampuan sebenar pembangkang menunaikan janji mahupun kemampuan negara ini menampung bajet boros mereka itu kelak.

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Nooh, apa yang cuba dilakukan pembangkang sukar difahami kerana ia umpama bajet bunuh diri.

"Tidak masuk akal, itu yang mampu saya katakan. Selama ini saya bayangkan pembangkang di negara kita lebih bijak.

"Mereka seperti tidak berfikir, tiada rancangan sokongan dan tidak gantikan hasil yang hilang. Asas akaun pun tidak lulus kalau tidak boleh imbang antara tolak dan tambah," tegasnya.

Menurut beliau, bajet pembangkang itu juga tidak menceritakan bagaimana untuk menggantikan hasil hilang yang digunakan untuk menampung semua rancangan mereka menghapuskan kos perbelanjaan tertentu.

Walaupun bajet bayangan pembangkang itu dikatakan ada pelan mencari hasil, beliau tetap merasakan ia tidak mampu menampung apa yang cuba dilakukan mengikut moto Negara Berkebajikan mereka.

"Mereka nampaknya mengambil contoh elemen tertentu dari beberapa negara maju lain yang mempunyai sistem kebajikan sosial tetapi negara terbabit juga hanya mengamalkan sesetengah aspek yang disebutkan bajet pembangkang itu.

"Tiada satu kerajaan pun mampu melaksanakan kesemua elemen yang pembangkang sebut dalam bajet itu secara serentak seperti menghapuskan tol, pendidikan percuma dan sebagainya, jika tidak negara itu boleh lumpuh," jelasnya.

Katanya lagi, bajet bayangan sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan secara serentak dalam tempoh satu ke dua tahun dan bukannya yang tidak masuk akal mahupun diganti dengan alasan tunaikan satu demi satu dahulu selepas mendapati janji itu sukar ditunaikan.

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Amir Baharuddin pula berpendapat, bajet yang dibentang pembangkang itu umpama ditambah secara main-main sedangkan bajet bayangan terdahulu sudah banyak kepincangannya.

"Bajet eutopia ini macam main-main ditambah. Asas pun tak ada, hendak dapatkan pertumbuhan yang tinggi pula. Janji yang bukan-bukan, budak tingkatan enam pun boleh hasilkan bajet sebegini!

"Kalau nak lebih mudah, ambil bajet tahun lepas dan tukar nombor-nombor sahaja. Ini bukan caranya. Untuk hasilkan bajet perlu sekurang-kurangnya sembilan bulan kerja, berbincang dengan ramai pihak sebelum kumpul semuanya dalam satu belanjawan," tegasnya.

Beliau turut menempelak janji kononnya dengan menghapus atau mengurangkan cukai mereka masih boleh menguruskan sebuah kerajaan kerana ia jelas menipu rakyat dan itu belum melibatkan pembayaran hutang negara.

Tambahnya, untuk susutkan hutang negara juga mengambil masa bertahun-tahun dan bukannya dalam satu belanjawan sahaja, jika tidak bajet kerajaan untuk tahun itu hanya untuk membayar pinjaman semata-mata.

Beliau memaklumkan pertumbuhan 4.5 peratus juga kini sukar dicapai melihatkan situasi global tetapi sasaran bajet pembangkang umpama satu usaha simplistik untuk mengelirukan rakyat.

"Dia (pembangkang) boleh janji apa saja tapi pelaksanaannya tentu 'sakit'. Perubahan kekal di bawah kuasa Perlembagaan dan Parlimen, mereka tidak boleh buat apa pun yang dibentangkan selagi tidak memegang kuasa.

"Mereka perlu ubah Perlembagaan untuk buat semua yang dijanjikan itu dan ini akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Jika tidak, mereka terpaksa akur juga kepada sistem sedia ada," jelasnya.

Beliau juga kesal dengan taktik pembangkang sekali lagi membentang satu bajet dengan poket kosong seperti tahun lepas, lebih-lebih lagi diumumkan lebih awal daripada bajet kerajaan.

Tambahnya, tindakan itu umpama satu bentuk hasutan yang mengganggu perjalanan proses kerajaan dipilih majoriti rakyat dan menyusahkan kerja Perdana Menteri.

Amir menegaskan, pembangkang sepatutnya menyokong apa yang ada kini dan ubah apa yang mereka mahu jika sudah berkuasa, agar apa yang mereka lakukan itu tidak dibalas setimpal kelak.

"Kalau dia perintah dan orang buat begitu, dia suka? Ini cara kebudak-budakan berjanji itu dan ini. Rakyat bukan sahaja kena fikirkan kenapa mereka bentang bajet bayangan malahan kenapa melangkaui pembentangan Perdana Menteri.

"Kalau agendanya baik dan betul, mereka tak bentang sekarang, patut tak bentang langsung sebaliknya akan bantu stabilkan negara," ujarnya.

Menurut beliau, secara individu memang pembangkang banyak duit tapi untuk perbelanjaan negara tentu mereka akan menggunakan hasil daripada cukai dan memerah keringat rakyat.

Tambahnya, jika pembangkang pamkan duit sendiri ke dalam tabung negara mahupun meminjam dengan orang kaya seperti George Soros sekalipun belum tentu ia akan mencukupi.

"Orang kaya seperti Soros pun tiada cita-cita nak biayai negara lain. Mungkin derma main-main beberapa juta sana sini tetapi payah untuk orang sepertinya beri pinjaman berbilion ringgit kepada negara seperti Malaysia.

"Oleh itu, rakyat perlulah berwaspada dengan perkembangan ini kerana orang yang cetak wang palsu pun sudah ramai, yang janji palsu lagi banyak," tegasnya.

 Utusan Malaysia

Bajet PR Bajet Liberalisme?


Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri sebelum mati, Anwar Ibrahim sentiasa memainkan peranan sebagai Perdana Menteri apabila saja berpeluang. Jika Dato’ Seri Najib mengadakan program mesra rakyat dan meninjau keadaan rakyat, maka beliau pun ingin berbuat yang sama dengan mendekati rakyat sambil meninjau pengangkutan awam seperti LRT.  

Jika Dato’ Seri Najib ke sana ke mari dengan pengawal peribadi dan menaiki jet peribadi maka beliau juga ingin menjalani kehidupan yang sama. Dan yang paling hebat ialah walaupun belum menjadi Perdana Menteri, Anwar ingin sekali membentangkan bajet seperti seorang Perdana Menteri. 


Kerana itu, walaupun Anwar tidak punya akses kepada maklumat terperinci kewangan negara bagi melayakkannya membentangkan bajet secara tepat, itu tidak menghalang beliau untuk terus melakonkan watak Perdana Menteri dan turut membentangkan bajet.  

Kerana tidak berdasarkan maklumat yang perlu, maka kita tidak perlu pun mendengar pembentangan Anwar kerana sudah pasti Bajet yang dibuat ‘di atas angin’ adalah Bajet Tong Kosong.  Untuk sesiapa mempercayai dan menaruh harapan kepada bajet sebegini, amatlah menyedihkan.  

Namun, yang menjadikan kita agak berminat untuk mendengar Bajet Alternatif ini ialah kerana sifat parti PR itu sendiri yang tidak sepakat.  Kita ingin melihat apakah ‘rupa’ bajet yang berdasarkan prinsip Islam, Malaysian-Malaysia dan juga liberal.  

Dan seperti yang dijangka, tiada apa-apa yang lebih ‘Islam’ dari BN dalam bajet PR. Sebaliknya, ia lebih mengutamakan golongan kaya dan berada walaupun kelihatan seolah-olah membantu yang miskin dan sederhana.  Pendek kata, ia lebih menepati konsep Malaysian-Malaysia dan liberal.  

Tiada peruntukan yang digariskan untuk mengekang pertumbuhan pusat-pusat maksiat. Tiada juga peruntukan khas bagi mengatasi masalah murtad yang berpunca dari kemiskinan walaupun masalah ini adalah meruncing di Selangor, iaitu negeri yang diperintah PR. Malah, kelihatan seolah-olah tiada langsung ‘input’ dari pihak PAS dalam bajet ini.  

Selain itu, perancangan PR untuk menghapuskan cukai korporat hanya akan membebankan rakyat biasa kerana akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk satu-satu perkhidmatan dan barangan.  Seperti juga perancangan untuk menurunkan harga dan duti eksais kereta di mana ia akan menjejaskan kos pengeluaran dan pemasangan dan lain-lain di mana menyebabkan negara mungkin terpaksa mengimport barangan dari negara lain.  

Akhirnya, yang akan terjejas adalah vendor-vendor Melayu yang dilahirkan oleh syarikat automobil nasional, selain syarikat automobil nasional itu sendiri. Jika ini berlaku, ia bukan sahaja melibatkan beribu-ribu pekerja tetapi juga, industri automobil nasional dan maruah negara sekali gus.  

Jelas, bahawa bajet yang dibentangkan PR adalah tidak menyeluruh, tidak patriotik dan tidak membawa kebaikan untuk jangkamasa panjang terutama untuk membantu bumiputera.  

PR berkali-kali menekankan bahawa Bajet tersebut adalah bersifat adil untuk semua kaum dan ungkapan ini dengan sendirinya membawa makna kesamarataan total iaitu yang menjadi tunjang Malaysian-Malaysia idaman DAP.  Sedangkan, kita tahu bahawa kesamarataan total tidak akan membawa keadilan kepada semua kerana hakikat pegangan ekonomi di Malaysia adalah berat sebelah kepada satu kaum iaitu Cina.  

Dengan tiadanya mekanisme khusus untuk mengukur tahap sifat perkauman seseorang, adalah sukar untuk kita memastikan bahawa kaum Melayu, India dan lain-lain tidak didiskriminasi oleh kaum yang lebih berkuasa dalam persaingan kek ekonomi ini.  

Kita faham bahawa PR ingin menekankan kelemahan dasar kerajaan yang memberi bantuan kepada bumiputera yang dianggap mereka sebagai diskriminasi yang bertulis. Tetapi, PR telah mengabaikan dan menafikan hakikat yang lebih serius yang membelenggu masyarakat Malaysia hari ini iaitu diskriminasi yang tidak bertulis dalam persaingan di sektor swasta dan perniagaan yang dikuasai kaum Cina.  

Kesimpulannya, Bajet PR adalah Bajet Liberal yang terbuka dan tidak mengambil kira keadaan sebenar majoriti rakyat.  Tetapi, apa yang nak dihairankan kerana pembentangan Bajet PR bukanlah untuk rakyat, tetapi sekadar untuk ‘mencabar’ BN.  Itu saja.  

Walau apapun, yang pasti, PAS tidak punya suara langsung dalam penyediaan Bajet berkenaan.  Tanpa keprihatinan dan ‘input’ dari PAS, bagaimana kita boleh memastikan kaum Melayu akan terbela di bawah Pakatan Rakyat? 

beruang biru

Anwar patut bertaubat - Ulama


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.


Pengerusi Jawatankuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti umat Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk  Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Tambah Fathul Bari, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sepatutnya lebih sensitif terhadap isu-isu mengenai Islam kerana tindakan membuat bantahan itu adalah satu fitrah yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Katanya Anwar dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam tanpa meletakkan garis panduan atau nasihat yang perlu dilakukan dengan jelas.

"Sebagai contoh, Anwar patut meletakkan garis panduandan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mengikut ajaran Islam dalam menyuarakan bantahan.

"Kita dapat lihat sekarang, apabiala orang hina nabi, beliau tidak sensitif, maka tidak hairanlah jika Anwar tidak sensitif terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan Yahudi-Israel," katanya.

Mengulas isu sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam keseluruhannya wajib menunjukkan satu sikap membantah terhadap sebarang penghinaan ke atas agama dan Rasulullah SAW.

"Sekiranya kita tunduk dan reda tanpa menyuarakan bantahan ke atas penghinaan tersebut, bimbang ia disifatkan sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan itu," katanya.

Jelas beliau, selain menyuarakan bantahan, umat Islam perlu memberikan pandangan sebenar siapa Rasulullah SAW bagi menepis pembohongan dan penghinaan tersebut. 

"Dalam Islam, kita wajib mempertahankan lima perkara iaitu agama, nyawa, fikiran, zuriat (keturunan) dan ekonomi serta memperkasakannya.

"Dalam konteks ini, sekiranya benar kenyataan seperti laporan akhbar tersebut  (kenyataan Anwar), maka ia bukan ciri-ciri etika dan akhlak seorang Islam," katanya.

Utusan Malaysia

LIBATKAN RAKYAT DALAM BAJET 2013, POLITIK MATANG PM



SHAH ALAM: Penglibatan rakyat dalam memberikan pandangan bersabit pelan Bajet 2013 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah unsur politik baru yang positif, kata Presiden Persatuan Komanwel Untuk Tindakan Tempatan dan Pembangunan Ekonomi (COMMACT), Prof Datuk Mohd Yusof Kasim.

Beliau menambah, ketelusan yang cuba dibawa kerajaan pemerintah, pimpinan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bukan sahaja membuktikan rakyat kini didahulukan, bahkan terus menyemarakkan sistem demokrasi di negara ini.

"Pada masa lepas, di Malaysia, umumnya bila kata demokrasi orang akan ingat pilihan raya. Tapi sebenarnya demokrasi adalah lebih daripada itu. Maknanya partisipasi rakyat juga dalam pembuat keputusan dan sebagainya.

"Kerana keputusan itu bukan saja menentukan kekayaan negara tapi kemakmuran rakyat juga. Jadi mereka sekarang diberi ruang untuk memberi pendapat. Betul tak betul itu soal lain, tapi yang penting mereka diberi ruang. Jadi saya rasa itu sesuatu yang baik," katanya

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata politik yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri kini dilihat lebih matang lantaran kerajaan kini bukan lagi menjadi 'kerajaan yang serba tahu' tetapi turut mengutamakan suara dan pandangan rakyat marhaen yang bernas.

Beliau menambah, pemimpin BN sekarang patut diberi pujian lantaran sikap rendah diri mereka, menerima dan mempertimbangkan pendapat rakyat bawahan untuk diterjemahkan dalam idea pengembangan ekonomi negara - perkara yang sukar dilakukan suatu masa dahulu.

"Pemimpin-pemimpin tak kira parti apa, telah juga matang sebab kita mesti perlu sekarang ini berjiwa besar. Apa pandangan atau kritikan yang membina tak kisah daripada sesiapa pun perlu diambil untuk kebaikan negara dan rakyatnya," katanya lagi.

Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini, sekitar jam 4 petang, mencatat episod baru apabila buat kali pertamanya, rakyat diberikan peluang menyuarakan idea dan pendapat mereka dalam meningkatkan pendapatan negara, dalam konteks sosio-ekonomi negara. 

Bagi tujuan tersebut, sebuah portal telah ditubuhkan di alam maya, di mana rakyat bebas mengemukakan idea mereka untuk pertimbangan kerajaan. 

Perdana Menteri juga akan menjawab segala persoalan yang dikemukakan rakyat menerusi laman Twitter Belanjawan2013.

Bajet kali ini juga dikatakan bakal memberikan pelbagai habuan kepada rakyat kebanyakan selain beberapa peruntukan yang tentunya memacu pertumbuhan ekonomi negara, tahun hadapan.

Soros taja Malaysiakini?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu pada 13 tahun lalu.

"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan The Star.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham  Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.

Malaysiakini dan Suaram menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran dakwaan mereka antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama dana itu ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institude (OSI) iaitu pertubuhan yang dikaitkan dengan Soros yang menaja pelbagai pertubuhan di seluruh dunia yang selari dengan objektif penubuhan mereka.

MDLF memiliki 1.316 juta unit saham dalam Mkini Dotcom manakala Pramesh dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.

sebelum ini, Pramesh mendakwa MLDF memiliki kira-kira 29 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki oleh pengasas bersama dan kakitangan mereka.

Bagaimanapun di sebalik pendedahan demi pendedahan mengenai Malaysiakini, Pramesh tetap bertegas portal berita itu bersifat bebas, namun beberapa blog mempersoalkan kenyataan itu ketika beberapa pemimpin pembangkang merupakan pemegang sahamnya.

Sementara itu, laporan kewangan Syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu.

Bagaimanapun 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Faundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa).

Utusan

Thursday, September 27, 2012

70% Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13


Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan. 

Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.

Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.

Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja. 

Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.

Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan.

Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.

Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi.

Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti. 

Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN. 

Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli.

Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik.

Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah.

Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain. 

Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja.

beruang biru

Anwar hina umat Islam !


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam berukutan tindakan memperkecilkan umat Islam membantah filem Innoncence Of Muslim.

Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata Anwar yang mengatakan bahawa umat Islam menghadapi masalah dalam jiwa berikutan bantahan terhadap filem itu secara terang dan jelas menghina umat Islam.

Hassan yang juga bekas EXCO Selangor menggesa Anwar meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kenyataannya.

Beliau turut menyerahkan kepada kebijaksanaan untuk menilai sejauh mana kenyataan Anwar itu menjejaskan akidah dan keimanan seorang Muslim.

"Ini adalah satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang satu ketika dulu memimpin gerakan Islam. Ia menggambarkan bertapa tidak sensitifnya terhadap komitmen masyarakat Islam menentang penghinaan terhadap agama.

"Saya turut berpendapat kenyataan Anwar itu sama nada dan pengertiannya dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini," katanya di kediamannya di sini semalam.

Kelmarin media mendedahkan Penasihat PKR itu mengakui wujud masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman, Isnin lalu.

Penulis Eddie Barnes dalam artikelnya menyebut 'Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi.'

Mengulas lanjut, Hassan berkata, Anwar sebenarnya sedang mengalami masalah jiwa dan menggambarkan kecelaruan emosinya berikutan sedang berhadapan dengan beberapa kes moral dan mahkhamah membaitkannya.

Sementara itu, diminta mengulas desakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menuntut Lim Guan Eng memohon maaf berikutan kritikan terhadap hukum hudud, Hassan berkata, Setiausaha Agung DAP itu perlu memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam yang menyokong hukum berkenaan.

"Bagi saya, bukan hanya Guan Eng dan Karpal Singh (Pengerusi DAP) malah keseluruhan parti itu menolak hukum hudud," katanya.

Berita Harian

Belanjawan Pembangkang Tidak Munasabah


Pakar ekonomi menyifatkan bajet bayangan yang dikemukakan pakatan pembangkang semalam sukar dilaksanakan kerana ia menggugat kestabilan pasaran, selain menjejaskan perolehan kerajaan.

Cadangan menghapukan tol dan menurunkan cukai kereta kepada 20 peratus, potongan cukai eksais secara mendadak juga tidak sesuai ketika ketidaktentuan ekonomi global.

Mereka berpendapat cadangan itu dilihat 'mesra rakyat' tetapi persoalannya sejauh mana ia boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan pasaran dan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata cadangan penghapusan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam masa yang singkat sukar dilakukan kerana ia memberi kesan negetif kepada pendapatan kerajaan.

Cadangan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula tidak munasabah kerana pinjaman pelajaran diperlukan untuk membantu rakyat mendapat pendidikan di peringkat lebih tinggi.

Katanya, pinjaman adalah saluran yang relevan untuk digunakan oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Adalah tidak munasabah untuk menghapuskan pinjaman pelajaran. Pembiayaan berkesan yang disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sejajar dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan," katanya.

"Jika dilihat dari sudut sosial, ia tidak adil kepada pelajar yang sudah membuat pembayaran balik pinjaman mereka dengan penghapusan pinjaman itu," katanya.

Ketua Ekonomi Alliance Research, Manokaran Mottain juga berpendapat tidak wajar menghapuskan pinjaman kepada pelajar kerana ia mengundang kepada peningkatan sikap kebergantungan kepada subsidi kerajaan.

Beliau berkata pergantungan kepada subsidi kerajaan adalah tidak positif bagi perkembangan ekonomi negara. 

"Apa yang sepatutnya perlu dilakukan adalah melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga pelajar mempunyai pekerjaan," katanya. 

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, pula berkata penghapusan pembiayaan pelajaran dan tol bersifat terkebelakang dalam proses merangka kemajuan negara.

Penghapusan memaksa kerajaan mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan, di samping wujud masalah seperti pengurangan tenaga kerja, penurunan kualiti infrastruktur jalan serta sekatan mendapat akses pendidikan tinggi.

"Dengan sumber negara terhad, kerajaan tidak mamapu menampung sektor yang memerlukan belanja besar seperti pembinaan infrastruktur dan pendidikan.

"Jadi mereka perlu memaklumkan sumber pendapatan bagi menampung kos kerana penghapusan tol dan pinjaman pelajaran akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan semakin tinggi," katanya.

Penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussain, berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya mengurangkan semangat daya saing pelajar, di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak IPT awam bagi memberi akses pendidikan percuma.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rafiee pula berpendapat penghapusan kedua-duanya akan menyebabkan perbelanjaan bagi sektor lain seperti perkhidmatan, kesihatan, pendidikan dan pelaburan mungkin terjejas.

Jika semua pelajar memilih IPT awam kerana mahu mendapatkan pendidikan percuma, ramai mungkin tidak berpeluang menyambung pelajaran peringkat lebih tinggi. 

 Berita Harian

BN TAWAR PENYELESAIAN MASALAH, PEMBANGKANG HANYA ALTERNATIF


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sana sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.

Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.

Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.

Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.

Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.

Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.

Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.

Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.

Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.

Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?

Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.

Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan? 

Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.

Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.


Turun Naik Populariti DS Najib Perkara Biasa


Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga kini terus menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia apabila 58% daripada 1,536 respondan yang dikajiselidik cukup selesa berada di bawah kepimpinannya.

Senario tersebut dapat dilihat dari keputusan kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Dalam kajian Mac lepas, UMCEDEL merekodkan populariti Najib berada pada aras 61%, sedikit tinggi berbanding laporan terkini yang dipaparkan. 

Mungkin bagi pembangkang kejatuhan 3% populariti Najib adalah satu berita baik untuk mereka atau barangkali penurunan itu akan dikaitkan dengan 'kejayaan' PR menganjurkan beberapa siri demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, Himpunan Oren dan Janji Demokrasi.

Penurunan 3% tahap populariti PM itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana turun naik populariti seseorang pemimpin utama negara sudah menjadi satu perkara biasa dan jarang statik pada satu-satu tahap sahaja.

Hakikat tersebut diakui ramai penganalisis politik dan mereka percaya ia hanya bersifat sementara sementelah lagi angka 58% itu jauh lebih baik berbanding rekod terendah hanya 45% respondan sahaja yang selesa dengan corak pentadbiran Najib semasa beliau baru mengalas jawatan tersebut pada April 2009.

Jika populariti Najib terus kekal di atas paras 50%, mana-mana pemimpin pembangkang khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan berdepan kesukaran untuk menggugat kedudukan Najib sebagai PM malah peluang PR merampas tampuk pemerintahan negara dari BN juga ibarat jauh panggang dari api.

Kerana memahami realiti itulah, Anwar dan ramai pemimpin PR cukup aggresif melakukan serangan peribadi terhadap Najib dan isterinya tapi hingga kini satu demi satu usaha tersebut menemui kegagalan.

Mungkin sedikit sebanyak serangan politik terancang yang dilakukan pembangkang ada kalanya berjaya memalitkan sedikit persepsi buruk pada Najib dan BN, namun ia biasanya tidak bertahan lama kerana kebenaran selalunya akan mengatasi kebatilan.

Lagipun, sejak Malaysia diterajui oleh Najib setelah mengambil alih jawatan PM dari Tun Abdullah Badawi Mei 2009, sudah banyak perubahan positif dirasai rakyat jelata. 

Pelbagai program transformasi yang diilhamkan oleh Najib yang semakin menunjukkan hasilnya jika dibandingkan dengan jerit pekik dan propaganda kosong yang digebang oleh Anwar dan pakatan pembangkang, jelas wujud perbezaan ketara di antara kedua-duanya.

Dari situ, masyarakat umum sudah dapat menilai mana satu yang bermanfaat dan mana satu yang membawa mudarat. Itu hakikat yang menjadi faktor utama dan diambil kira oleh rakyat jelata dalam menentukan kelayakan seseorang pemimpin. 

Najib telah menunjukkan kemampuannya memacu pembangunan negara malah ternyata cukup tahan layak dalam menghadapi kerenah pembangkang yang banyak ragam. Dan beliau telah membuktikan sikap caknanya terhadap kehidupan rakyat jelata, satu sikap murni yang diwarisinya dari Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak.

Justeru itu tidak salah untuk kita jangkakan apabila tiba PRU 13 kelak, akhirnya majoriti rakyat akan memuktamadkan pilihan mereka dengan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Najib dan pasukannya bagi meneruskan kesinambungan memakmurkan tanahair tercinta ini.

beruang biru

Kajian UMCEDEL Buktikan BN Akan Menang PRU 13


Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).

Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac - 15 April 2012).

Di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikaji selidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat. Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR). 

Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar. Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.

Dengan hanya 30% sahaja respondan yang memilih PR sebagai pemenang sementara baki 70% lagi jelas tiada keyakinan terhadap kemampuan PR, tidak sukar untuk kita jangkakan pada PRU 13 kelak akan menyaksikan PR terpaksa melepaskan banyak kawasan DUN dan Parlimen yang kini sedang dikuasai mereka.

Dalam PRU 12 yang dilangsung pada tahun 2008, calon-calon pembangkang menguasai sejumlah hampir 49% undi dari seluruh negara dan kesannya membolehkan mereka menang di 83 kerusi Parlimen.

Jika peratusan 30% yang memilih PR itu diterjemahkan dalam konteks peratusan undi pilihanraya, bermakna mereka akan keciciran lebihkurang 1 per 3 kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang kini dalam penguasaan PR.

Sementara itu, seandainya trend sokongan golongan atas pagar terus cenderung bersama BN termasuklah seperti mana yang dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini, itu adalah satu petanda malang untuk PR.

PRU 13 kelak tidak hanya akan menyaksikan kebangkitan semula BN, lebih dari itu impaknya bakal menyebabkan penguasaan 22 tahun PAS di Kelantan juga bakal menemui noktah akhir.

Secara keseluruhannya, kajian oleh UMCEDEL itu membuktikan BN sudah pulih dari kejutan tsunami politik 2008 dan ia selari dengan kebangkitan semula BN sebagaimana ditunjukkan melalui peningkatan undi sokongan dan kemenangan dalam banyak siri pilihanraya kecil sebelum ini.

beruang biru

Tuesday, September 25, 2012

Air: Xavier Suka Rakyat Selangor Menderita ???


Baru sahaja sehari dua berlalu para penyokong pembangkang menghamburkan kemarahan terhadap Menteri Besar Pahang dan mengalu-alukan kecaman keras oleh NGO proksi PR terhadap Datuk Seri Adnan Yaakob, tiba-tiba pula pemimpin PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO yang diketuai oleh Che'gu Bard dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, menganggap kenyataan Adnan untuk membatalkan perjanjian konsesi air antara Pahang dengan Selangor sebagai satu ugutan untuk merealisasikan bencana krisis air di Selangor.

Hari ini pula, Xavier yang juga adalah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin secara terbuka menyambut baik kenyataan MB Pahang itu sambil menegaskan sumber air mentah tidak pernah menjadi persoalan kerana ia masih mencukupi. 

Menurut Xavier lagi, kerajaan PKR Selangor juga cukup gembira sekiranya keputusan membatalkan perjanjian konsesi air itu dimuktamadkan segera kerana ia dapat mengelakkan Selangor daripada membayar harga air mentah bernilai RM60 juta setahun kepada Pahang.

Bila kita baca berkali-kali kenyataan Exco negeri separa masak yang bernada sombong ini, tentu sekali akan mengingatkan kita pada satu kenyataan rasmi dari ketuanya pada 27 Mei 2012 lalu berkaitan sumber air mentah untuk kegunaan negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pada Mei lepas pernah menyatakan bahawa bekalan air mentah adalah lebih penting daripada bekalan air terawat sebagai persiapan Selangor menghadapi masalah kekurangan air pada masa hadapan, untuk itu Khalid bercadang mengambil air mentah dari Tasik Kenyir di Terengganu.

Dalam pada Xavier menegaskan bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi, MB Selangor pula pernah mengakui keperluan untuk mendapatkan sumber air mentah dari negeri lain untuk mengelakkan risiko krisis air.

Satu pentadbiran yang sama, Exco dan MB berada dalam satu pasukan mengurus tadbir negeri yang sama tapi masing-masing bercanggah kenyataan antara satu sama lain. Siapa yang betul dan siapa yang salah?

Dari satu sudut, jika kenyataan Khalid disahkan sebagai pendirian rasmi kerajaan negeri bermakna ia memberi makna seolah-olah Xavier sudah tidak sabar untuk melihat rakyat Selangor dan penduduk lain di sekitar Lembah Klang hidup menderita dicengkam krisis air.

Dari sudut lain, percanggahan kenyataan kedua-dua mereka yang sama-sama membawa ideologi parti PKR yang memacu negeri Selangor, menunjukkan betapa bercelarunya cara pengurusan isu dan betapa dangkalnya urus tadbir mereka dalam menghadapi permasalahan rakyat.

Itu belum lagi kita ceritakan tahap bangang dan betapa naifnya seorang lagi Exco negeri, Ronnie Liu yang gagal mengenalpasti mana satu air mentah yang belum dirawat dan mana satu air bersih yang sudah siap diproses di loji-loji rawatan air.

Hakikatnya, pelbagai percanggahan dan kenyataan dangkal yang dihambur keluar dari mulut pemimpin PKR serta rakan sepakatannya di Selangor, jelas sekali membuktikan keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) sebenarnya bermotifkan politik semata-mata.

Mereka begitu memfokuskan pada isu penyusunan semula pengurusan bekalan air kerana nawaitunya mahu mengaut keuntungan hasil negeri untuk kepentingan politik kepartian serta bagi memenuhi kantung kroni sendiri.

Dengan mencipta polemik demi polemik bagi menangguhkan perlaksanaan segera loji Langat 2 dan PPAMPS, kemudian krisis air benar-benar menjadi realiti sebagaimana jangkaan dari hasil kajian-kajian pakar sebelumnya, maka dengan demikian mereka boleh menggunakan senario tersebut untuk mengambil alih secara paksa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Bila ia berlaku demikian, para kroni yang rapat dengan kerajaan negeri PKR bakal beroleh keuntungan kiri dan kanan. Mereka menguasai SYABAS dan beroleh manfaat untuk saku masing-masing, di masa yang sama segala projek lanjutan dari Langat 2 dan PPAMPS juga akan cuba disapu sama untuk memenuhi kantung parti dan para kroni.

Soal penderitaan rakyat, jerih perih khalayak dan impak buruknya pada aktiviti pembangunan negeri serta kesannya terhadap ekonomi negara, tidak pernah menjadi perkiraan mereka. 

Lebih buruk permasalahn berlaku, lebih teruk derita rakyat maka akan lebih mudah untuk golongan politikus haprak pakatan pembangkang menanam jarum amarah dikalangan khalayak.

beruang biru

Protes Filem Hina Nabi: Anwar Tuduh Umat Islam Mudah Marah dan Emosi !


Menarik sekali apabila membaca wawancara seorang penulis, Eddie Barnes dengan Anwar Ibrahim di laman The Scotsman di bawah tajuk  "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" atau “Cabaran Berat Dalam Menangani Perpecahan di Malaysia” (http://www.scotsman.com/news/eddie-barnes-tough-challenge-to-heal-the-divides-in-malaysia-1-2543263) 
Wawancara tersebut telah menjelaskan kemusykilan ramai kenapa Anwar tidak berusaha untuk turut sama berdemonstrasi menentang filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW sedangkan Anwar yang kita kenali, amat sinonim dengan demonstrasi.  Malah, tidak salah jika beliau digelar ‘Bapa Demonstrasi’ kerana ‘kewujudan’ dan ‘kesinambungan hidup’ beliau di dalam dunia politik adalah bertitik tolak dari demonstrasi demi demonstrasi sejak dari awal lagi iaitu pada tahun 1970-an ketika beliau masih seorang pelajar.  

Tetapi, Anwar tidak ingin pun untuk berdemonstrasi jauh sekali menjuarai bantahan terhadap filem yang menghina Rasulullah SAW tersebut.  Kini jelas bahawa Anwar sebenarnya berkongsi pendapat dengan Ngeh Koo Ham, iaitu umat Islam terlalu emosional dan mudah marah tanpa asas yang kukuh yakni, demonstrasi tersebut adalah membuang masa dan tenaga.  

Ini terbukti dalam jawapan Anwar ketika ditanya mengenainya oleh Barnes, “problem with the Muslim psyche... people are easily enraged and emotional”.  (Masalah dengan psikologi Umat Islam ialah mereka mudah marah dan emosi) 

Beliau kemudiannya menambah, “The hypocrisy of these fellows talking about defending Islam when they are so blatantly corrupt and unjust.” (Hipokritnya mereka ini bila bercakap mengenai membela Islam tetapi bersikap korup dan tidak adil)

Anwar juga enggan dikategorikan sebagai seorang Pemimpin Islam tetapi menggambarkan dirinya sebagai ‘moden tradisional’.   Untuk itu, Barnes juga tidak lupa menyebut mengenai sokongan Anwar terhadap karya Salman Rushdie, The Satanic Verses yang juga menghina Islam dan Rasulullah SAW.   Untuk rekod, Anwar telah menyatakan sokongan ini secara terbuka dalam ucapannya di Indonesia yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Apabila ditanya mengenai pertelingkahan antara DAP dan PAS mengenai hudud, Anwar juga mengakui bahawa keadaan adalah lebih baik ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri di mana semua orang hanya akan berkata, ‘ya, tuan’ tetapi kini, semua orang berhak memberikan pendapat tetapi sebagai seorang ‘demokrat’, Anwar menegaskan bahawa ‘anda berhak memberi pendapat tetapi tidak boleh memberi arahan kepadanya’.  

Nah, itulah Anwar Ibrahim, iaitu seorang yang menyokong karya yang menghina Rasulullah SAW sebagai karya agung, serta seorang diktator secara ‘halus’.   Namun, sejauh mana Anwar boleh mengarah DAP, tidak dapat dipastikan.  Apatah lagi dengan segala rahsia gelapnya berada di dalam tangan Karpal Singh, dan sudah pasti juga Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.  

Yang menjadi perkara pokok di sini ialah pentingnya bagi rakyat Malaysia untuk mengenali Anwar Ibrahim yang sebenar kerana beliau begitu terkenal dengan sikap sesumpahnya yang sering berubah-ubah mengikut audien.   Ini diakui sendiri oleh beberapa media asing yang mula musykil dengan pendiriannya.  

Di Malaysia, masih ramai pengikutnya yang masih menganggap beliau sebagai seorang pemimpin Islam yang warak kerana gemar ‘menceroboh’ masjid untuk menyampaikan khutbah.  

Pun begitu, di kalangan golongan liberal serta di barat, Anwar menonjolkan dirinya sebagai seorang yang liberal juga dengan menunjukkan simpati kepada golongan LGBT dan mengutuk undang-undang yang mengharamkan homoseksual.  

Di masa yang sama, di hadapan kaum Cina dan India beliau secara nyata mengkritik Hak Istimewa Melayu dan ini juga ada disebutnya di dalam wawancara tersebut.  Tetapi di hadapan masyarakat Melayu beliau bertegas akan tetap mempertahankan Hak Istimewa Melayu.  

Di hadapan Yahudi, beliau sanggup mengumumkan akan sentiasa menyokong usaha melindungi Negara Israel tetapi kemudian mengecam Yahudi di hadapan umat Islam.  Bagaimanapun, tindakan beliau bergegas memohon ampun dan maaf dari Yahudi dalam apa yang disebut oleh media barat sebagai ‘apology tour’ menyerlahkan pendiriannya yang sebenar iaitu ‘mesra Zionis’.   Apatah lagi apabila beliau gagal melakukan ‘apology tour’ yang serupa terhadap negara Islam apabila mengaku menyokong Negara Israel.  

Oleh itu, jika masih ada yang keliru mengenai siapakah Anwar yang sebenar, maka wawancara dengan Barnes ini seharusnya sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya.  

Jika Anwar berdolak dalih mengenai perkara lain, tetapi nampaknya, Anwar langsung tidak berdolak dalih mengenai pendiriannya terhadap isu menghina Rasulullah SAW.  Beliau begitu konsisten dengan tidak mengutuk the Satanic Verses dan tidak juga mengutuk filem Innocence of Muslims.   

Justeru, apa yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang menganggap bantahan aman terhadap filem biadap yang menghina Rasulullah sebagai reaksi berlebihan dan hipokrasi?  Apakah yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang rela berdemonstrasi dan untuk perkara-perkara yang bukan isu, termasuk untuk melepaskan diri sendiri dari undang-undang tetapi enggan berdemonstrasi untuk membela Rasulullah SAW?   

Apa yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang sanggup menyanjung karya yang menghina Islam dan Rasulullah SAW?   

Dengan perkembangan terbaru ini, apakah masih ada penyokong Anwar yang percaya bahawa Anwar itu seorang yang warak dan tidak akan membawa Malaysia ke arah liberalisasi dan pluralisme?

beruang biru

Rakyat Berhak Hukum SUARAM.


Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah.   Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu mengtidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam di Palestine serta menyebabkan Mesir, Syria, Tunisia dan Syria kini terumbang-ambing, tidak stabil dan lemah.  

Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang.  Malah, SUARAM mengakuinya, begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau ‘bertindih’ dengannya seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama. 

SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan untuk menjahanamkan demokrasi, iaitu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.  

Pembohongan yang dibuat oleh SUARAM bukannya sedikit.  Ia melibatkan dua buah negara iaitu Perancis dan Malaysia.  SUARAM telah memburukkan nama Malaysia ke serata dunia malah SUARAM juga telah dengan sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri dan isteri.  Ini dilakukan melalui pembohongan demi pembohongan.  

SUARAM berbohong bahawa mahkamah Perancis sedang membicarakan kes pembelian kapal selam scorpene oleh Malaysia sedangkan pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan mengenainya.  

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri akan disapina, begitu juga seorang individu bernama Jasbir Singh Chahl juga kononnya telah disapina.  Namun, pihak Perancis mengesahkan bahawa tiada sapina di keluarkan kerana tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene.  Malah, Jasbir Singh Chahl sendiri pantas tampil menafikan kenyataan SUARAM. 

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang didakwa sebagai model sambilan dan juga penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene.  Namun, terbukti bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengenali Altantuya dan urusan jualbeli scorpene adalah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya serta tidak memerlukan penterjemah.  

SUARAM berbohong bahawa Altantuya terlibat dalam urusan jualbeli scorpene di Perancis tetapi pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pun.  

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri atau isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi terbukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai alibi kukuh kerana berada di dua majlis rasmi berasingan pada waktu kejadian.  

SUARAM berbohong bahawa Syarikat Perimekar dimiliki oleh Razak Baginda dan cuba mengaitkan beliau dengan Perdana Menteri, sedangkan syarikat itu dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd. 

SUARAM berbohong bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd menerima rasuah sedangkan terbukti bahawa syarikat tersebut membekalkan khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.  

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri meminta rasuah dari DCNS melalui faks berjumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion sedangkan jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam sepertimana yang ditandatangani.   Ini adalah pembohongan yang paling lucu kerana tidak mungkin sesiapa akan meminta rasuah melalui faks dan tidak mungkin sesiapa akan memberi rasuah yang sama jumlahnya dengan harga kontrak!

SUARAM berbohong bahawa syarikat Thales Asia telah membayar RM142 juta kepada syarikat Terasasi kononnya atas penjualan rahsia ketenteraan negara berkenaan kapal selam scorpene oleh Razak Baginda.  Pembohongan ini bagaimanapun berubah-ubah sehingga terdapat beberapa versi dan sukar untuk dipastikan lagi.  Ada kalanya, SUARAM cuba mengaitkan syarikat Thales dengan DCNS, tetapi terdapat kenyataan sebelum itu di mana peguam mereka menyatakan bahawa pembayaran tersebut dibuat kepada sebuah syarikat bernama Giffen.  Yang jelas, syarikat Terasasi atau Giffen langsung tidak terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene.   

Secara keseluruhannya, SUARAM ‘hidup’ atas pembohongan iaitu berbohong kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia adalah korup, kejam dan dikelilingi skandal.  

Dengan segala dosa-dosa SUARAM terhadap Malaysia, rakyatnya, kerajaannya dan pemimpinnya, SUARAM tidak wajar dibiarkan lepas bebas.  SUARAM sendiri telah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, sekali gus membawa agenda asing iaitu mengkhianati negara sendiri.  Dengan pengakuan yang begitu jelas, mana mungkin SUARAM dibiar bebas?

Rakyat Malaysia dengan ini menuntut tindakan tegas ke atas para peneraju SUARAM, iaitu para pengkhianat negara.  

Malaysia tidak mampu memberi muka kepada mereka-mereka yang tidak jemu berusaha untuk menghancurkan negara melalui pembohongan demi mencetus demonstrasi ganas dan pemberontakan.  Malaysia adalah negara yang aman dan keamanan itu mungkin tidak akan kekal jika SUARAM terus wujud.  

Kewujudan SUARAM mendedahkan kita kepada risiko ketidakstabilan, kehancuran dan penjajahan.  

beruang biru