indah khabar dari perbuatan. puak PR memang suka cari publisiti murahan, sanggup bohong rakyat, yang nyata keadaan tidak seperti yang dikhabarkan dalam media.
bantuan untuk mangsa banjir yang berlaku pada 7 mac yang lalu telah dipolitikkan oleh puak PR yang mana kononya semua bantuan disalurkan kepada mangsa di ampang samada di kampung melayu mahupun lembah jaya. kalau sebut ampang mesti ramai dah tahu siapa orang-orangnya.
menurut cerita dari penduduk setempat dan mangsa banjir, agihan bantuan samada berupa barangan atau wang tidak diberi kepada semua mangsa. hanya yang terpilih sahaja yang dapat. bantuan dari lzs cuma rm300 sahaja bukan rm600. mana-mana rumah yang pasang bendera BN/UMNO dikecualikan. ini apa yang didengar dari penduduk sekitar kampung melayu. kalau betul lah slogan demi rakyat yang selalu dilaungkan oleh puak PR ni kenapa pula nak pilih-pilihan bila bab agihan bantuan. orang BN/UMNO pun rakyat juga kan.
di lembah jaya utara juga ada ceritanya, dimana mangsa yang diketahui sokong BN/UMNO dihalau suruh ke khemah gerakan banjir milik BN/UMNO untuk dapatkan bantuan. macam tu ke wakil kerajaan negeri selangor? dah tu pulak hebah kat media bukan main lagi, nak nampak hebat la katakan.
BN/UMNO masih mendahului PR dalam menangani masalah rakyat. membantu tanpa memilih fahaman politik terutama dalam musibah bencana alam. semua mangsa dapat merasa bantuan. bagi yang bukan warganegara walaupun cuma dapat barangan makanan dan barangan keperluan lain, mereka tetap bersyukur.
alhamdulillah, bantuan yang datang ke ampang mencurah-curah, memang rezeki mangsa banjir.
petanda yang nyata bahawa PR tak layak mentadbir sebuah kerajaan - BB
No comments:
Post a Comment