Friday, December 30, 2011

Lagi Pembohongan Dari Puak Fuckatan Di Ampang!

pada 20/12/2011 tempohari yb khosim adun lembah jaya (PAS) buat ceramah di taman ampang indah. dalam ceramah tu, dia dah buat satu tuduhan bahawa UMNO bahagian ampang dah rampas tanah hak milik sekolah rendah agama kg Melayu ampang untuk membina bangunan tersebut. seterusnya dia menuduh ketua UMNO bahagian ampang telah terima duit sebanyak rm30,000.00 dari pemilik kedai buah kat sebelah bangunan UMNO tu.

sejarah bangunan UMNO ampang.
bangunan asal telah didirikan di tapak yang sama pada tahun 1978 sebagai pusat khdmat wakil rakyat (tan kim swee). pada tahun 1982 dijadikan sebagai pejabat UMNO/ wakil rakyat (dato' ahmad razali). dalam tahun 1986 bangunan tersebut dibesarkan, pejabat dan dewan UMNO bahagian ampang (dato' mufti suib). sterusnya tahun 2007 bangunan baru dibina di tapak yang sama dan mempunyai geran hakmilik yang sah serta membayar cukai tanah/pintu. manakalan tapak bangunan sekolah agama tersebut adalah bekas lombong yang telah ditambak dengan usaha UMNO bahagian ampang. bangunan baru sekolah agama dibina di tapak yang telah di tambak pada tahun 2003 menggantikan bangunan sekolah yang lama (1959) berhampiran masjid kg Melayu ampang. ini bermakna bangunan UMNO ampang berada di tempat asal semenjak 25 tahun dulu tanpa berubah tempat dan keluasan.

ha.. yb khosim sekarang ni nak tunjuk kemahirannya berbohong dan buat fitnah pulak. 

satu lagi pasal kedai buah yang macam belanda dapat tanah tu... memang degil nak jugak nak rebut tapak sebelah bangunan UMNO ampang tu. tak cukup ada sebuah kedai di bandar baru ampang dan dapat lagi 2 buah kedai di ampang waterfront. tu pun usaha ketua bahagian sewaktu jadi adun lembah jaya dulu untuk dapatkan kedai untuk tokey kedai buah tu supaya pindah. dah berkali-kali jugak bagi notis suruh pindah, nak anjak sikit tapak kedai buah tu pun tak mahu. sekarang tokey kedai tu bersekongkol pulak dengan puak fuckatan memburuk-burukan UMNO/BN bahagian ampang.

rakyat ampang dah diperbodohkan oleh puak fuckatan ni tapi masih jugak ada yang nak sokong. kalau betul la mereka bantu rakyat ampang, kenapa ramai yang datang minta bantuan di pejabat UMNO bahagian ampang???

Wednesday, December 14, 2011

Azmin, Zuraida apa kamu buat di Ampang?

Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004 berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.

PETALING JAYA: Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008. baca lagi.


ha... tu la... nak sangat ambil selangor ni. sekarang apa sudah jadi? janji tak tunaikan, rompak wang rakyat, tidak ambil berat tentang hal-hal rakyat pun. turun padang cuma nak raih pengundi je. semua hanya lakonan semata-mata, kuasa yang dikejar apa peduli dengan rakyat. rakyat cuma alat untuk dapatkan kuasa. itulah dia puak pakatan rakus. ~BB

Thursday, December 8, 2011

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT




 1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.


 2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara

3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

 5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

 6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

 7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

---------

Borang akan diedarkan mulai 10 disember 2011.~BB

Monday, December 5, 2011

Bila Sudah Terlampau-lampau Taksubnya!

KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.
  baca selanjutnya


begini la jadinya bila sudah terlampau taksub sangat samapai boleh jadi kufur. sudah terang lagi nak suluh, yang pandai pun boleh jadi bodoh akibat ketaksuban. biasalah puak PAS kan suka ambil penceramah bidang terjun. asal sokong je ambil, asal sokong je ambil. ni kot nanti pun cakap pusing gak, tak ngaku yang dia cakap macam tu. siapa lagi gurunya? hmm... sesungguhnya lelama esok ramai la yang akan sesat/murtad akibat ketaksuban yang berlebihan kerana mengagungkan tokoh ulamak yang sorang ni hingga menyamakannya dengan Nabi. 

bersederhana adalah lebih baik. ~BB

Friday, December 2, 2011

Mak Lampir Tak Tandatangan Surat Cuma Guna Cop!

ada BB dengar cerita yang Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (mak lampir) tak  tandatangan semua surat-surat rasmi tapi kerani/staf/pegawainya akan menggunakan cop tandatangannya pada surat-surat berkenaan.

BB ada juga tengok sendiri, memang tandatangan tu cop bukan yang yang asli. perkara ini juga menjadi persoalan dan rungutan rakyat kerana siapa saja boleh taip surat kemudian cop tandatangan tersebut. ada kemungkinan mak lampir sendiri pun tak tahu masalah rakyat kat Ampang ni macam mana, sebabnya bila rakyat datang pejabat, mak lampir nya memang selalu tiada di pejabat. yang cuma ada kerani/staf/pegawainya yang ikut arahan. kalau difikirkan cara tu juga menipu namanya.

yang terbaru ni mak lampir nak rampas balik dewan di kg sri melor, kg melayu ampang. wah bila dewan tu dah aktif digunakan oleh penduduk setempat terutama orang-orang UMNO yang merupakan penduduk asal kampung tu, dia mula mengelabah. tanggapannya UMNO gunakan dewan untuk aktiviti politik. walhal aktiviti yang dijalankan sebenarnya cuma aktiviti masyarakat  bukan aktiviti politik. tak semestinya jika orang UMNO yang gunakan dewan tu untuk buat aktiviti politik. orang UMNO juga sebahagian dari masyarakat, dia lupa ke?

yang tak reti pisahkan antara aktiviti masyarakat dengan aktiviti politik cuma puak-puak PR je. contohnya dalam surau dan masjid la, selalu sangat ceramah berunsurkan politik diadakan, yang tu boleh pulak? dalam tempat untuk orang beribadah pulak tu? hah! lau nak halang aktiviti politik kat dewan sri melor tu, tolong la halang dulu ceramah-ceramah politik PR dalam masjid dan surau tu dulu.

rakyat yang memilih pemimpin yang salah adalah rakyat yang menyusahkan rakyat lain. ~BB