Thursday, April 19, 2012

Ada Orang Panggil Zuraidah Mak Lampir, Doktor???

dengar-dengar kat ampang ni ada orang yang panggil zuraidah mak lampir ni doktor zuraidah. bila masa dia ada gelaran doktor tu ye? setahu BB la kat ampang yang terkenal dengan gelaran doktor tu mantan ahli parlimen BN yang dulu tu, doktor rozaidah talib (sekarang prof. madya).

memang BB akui ramai yang keliru dengan nama mereka berdua sebab bunyi nama tu seakan-akan sama. tapi si mak lampir ni patutnya bagi tau la yang sebetulnya (memang PKR ni suka menipu kot). perasannya dia bila orang panggil dia doktor sampai sanggup merelakannya. haha... dia doktor dalam bidang apa pulak ye? ada siapa-siapa yang tahu tak? 

mungkin disebabkan bunyi nama yang seakan-akan itu, mak lampir boleh menang kot? masa 2008 doktor rozaidah tidak bertanding jadi ada pengundi yang sangka zuraidah itu rozaidah terutama pengundi cina yang otai-otai tu. 

haha... kali ni kalau doktor rozaidah naik semula agak-agak macam mana ye? mesti keliru lagikan. nak kena latih pengundi-pengundi ni biasakan dengan lambang BN.


alahai mak lampir.

Betulkah RAFOC Sokong Mat Sabu???


bila baca artikel di atas mesti semua orang percaya bulat-bulat PR dapat sokongan dari RAFOC. baik punya ayat nak kasi orang percaya. tapi hakikatnya tidak benar sama sekali. lihat jawapan dari RAFOC di bawah ni.


 "Bagi kita mana-mana pihak yang berkomplot dengan komunis pada ketika itu adalah musuh negara."

haaa... terang/jelas sekali jawapannya. ingat bekas polis/tentera boleh buat main-main ke? suka-suka hati nak buat kenyataan macam tu. sarang tabuan/lebah/penyengat jangan diusik/dijolok...wehhh. bila-bila masa boleh terkena sengatan.

Wednesday, April 18, 2012

Kenapa Ada Rakyat Mencuri Paket Minuman Di Kelantan?


kesiannya sampai mencuri mamat nih. owhh! di kota bharu negeri jajahan pok nik la ni. nak kata penganggur bukan ada kerja, pencanting batik. berapa la agaknya gaji dia ni? kalau ikutkan gaji pencanting boleh mencapai rm1000 ke atas mengikut kemahiran. tak tau la pulak kat kelantan kalau gaji pencanting masih ditahap yang rendah. 

kita pun tak tahu, mungkin mamat ni ada masalah tapi takan la sampai mencuri. nasib baik la negeri kelantan belum laksanakan hudud, kalau tak mamat ni dah kehilangan tangan. apa-apa pun mamat ni mungkin ada alasan tertentu atas tindakannya.

Janji Manis PR Dah Jadi Pahit.


janji manis yang akhirnya menjadi pahit setelah gagal ditunaikan oleh puak PR. cukuplah sepenggal PR perintah selangor. penyokong PR kata kerajaan selangor sekarang lagi bagus dari zaman BN teraju tapi bukan dari semua rakyat selangor. yang nyata ramai yang datang ke pejabat UMNO/BN untuk dapatkan bantuan/pertolongan dari semua segi. ada yang kata menyesal memilih PR kerana sikap pemimpin PR yang memilih rakyat tertentu sahaja yang dapat bantuan dan kemudahan. adil ke macam tu?

semua janji-janji yang dibuat langsung tidak ditunaikan, lepas tu pulak timbul buku jinggay, program 100 hari pakatan rapuh. nak rampas putrajaya angannya. kalau dengan pentadbiran yang kelam kabut di selangor ni, agaknya macamana la kalau dia orang putrajaya, mesti habis semua aset dijual untuk kepentingan peribadi bukan untuk rakyat.

sayang sekali parti yang kununnya perjuangkan Islam kini sudah menjadi lembu suruhan DAP+PKR. kes khalwat pemimpin PAS diambil ringan begitu juga isu murtad, langsung tidak mahu ambil tindakan, senyap terus! inikah parti yang sibuk nak laksanakan hudud satu ketika dulu? nah! sekarang tukar negara berkebajikan tapi perlaksanaannya kabur!

Tuesday, April 17, 2012

Kena Tahan Dengan Pegawai Yang di-Pertuan Agong

14.04.2012, Sabtu - Nak gelak pun ada dan naik kesianpun ada. Insiden ini berlaku semalam di Masjid Negara semasa keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Actually Syah pernah jumpa budak lelaki nie di Masjid Negara dan dia suka ambil gambar-gambar VIP yang datang ke Masjid menggunakan handphone dia macam Syah jugalah tapi Syah guna kamera.

Masa Syah keluar, Syah nampak dia duduk dihadapan berhampiran karpet merah dan dihadapannya ada kereta remote controll kecil bewarna kuning. Rasanya dia baru beli. Masa orang orang ramai beratur menunggu untuk bersalaman dengan Tuanku, Syah tengok beberapa orang mengelilingi budak nie. Sah pegawai-pegawai Istana yang curiga dengan kereta remote yang dia bawa tu. Orang ramai sibuk menunggu ketibaan Tuanku kat situ tak perasanpun perkara ini. Syah tengok pegawai-pegawai tu periksa kad pengenalan beliau. Ialah dah Sah Ketua Negara ada kat situ dan dia bawa kereta remote control lagi, manalah pegawai-pegawai tak ambil tindakan demi keselamatan Tuanku. ialah mana tahu ada bom ke kan/

Bagi anda semua jika ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja serta PM dan Timbalannya janganlah kita buat-buat aksi yang mencurigakan kerana pegawai-pegawai keselamatan mereka sentiasa ada disekeliling kita dan mereka tu taklah beruniform serta kita tidak akan sedar kehadiran mereka. Heheheh ........... ada-ada jer kan?


siapa agaknya orang tu ye? kenapa pulak nak main kereta remote controll kat area masjid negara? bukan ke masjid tu tempat bersolat bukan tempat bermain. ha tu la, nak main-main jadi lain. tindakan pantas ketua negara mengesan keadaan ini patut dipuji. memang patut curiga sebab sekarang ni macam-macam boleh berlaku. lebih lagi musim berdemo nih. ~BB